Hotel famili terbaik di Cameron Highlands - penginapan luas, pelbagai aktiviti untuk semua!

Bercuti bersama keluarga seringkali memerlukan ibu bapa memikirkan keperluan mereka yang turut sama di dalam percutian. Malahan, saya pasti setiap ibu bapa meletakkan keperluan anak-anak melebihi kehendak mereka. Walaupun ibu bapa menginginkan ketenangan dan istirahat semasa percutian seperti di Cameron Highlands, kegembiraan anak-anak pastinya tidak diabaikan. Untuk anak-anak yang masih kecil misalnya, taman permainan mungkin dilihat lebih menarik berbanding kehijauan ladang teh ataupun aktiviti membeli-belah.

Oleh kerana itu, sebahagian kita seringkali melihat kepelbagaian kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan oleh sesebuah hotel. Sebagai salah satu destinasi percutian keluarga popular di Malaysia, sudah tentu Cameron Highlands tidak ketinggalan dalam menyediakan penginapan-penginapan mesra keluarga ini. Di sini disenaraikan hotel-hotel menarik di Cameron Highlands yang boleh disenaraikan di dalam wishlist penginapan percutian keluarga untuk percutian ke tanah tinggi ini yang akan datang.   


Hotel menarik ala-Inggeris di Cameron Highlands


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. Strawberry Park Resort

Sebagai sebuah resort yang sudah agak lama beroperasi, Strawberry Park Resort bukanlah suatu nama yang asing di tanah tinggi ini. Bilik-bilik yang luas merupakan satu plus point yang memberi lebih ruang untuk anak-anak kecil yang aktif meneroka tempat penginapan menarik ini semasa percutian. Jika anda berkunjung dalam bilangan ahli keluarga yang agak ramai, pilihan Fresno (suite 2 bilik ) atau Shasta (suite 2+2 bilik) family suite mampu menawarkan penginapan selesa untuk rombongan keluarga anda.

Selain di dalam bilik, anak-anak juga pasti seronok bermain di playground yang disediakan, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang dingin begini. Bukan sahaja anak-anak boleh berseronok di taman permainan, malah anda sekeluarga masih boleh beristirahat di heated indoor swimming pool yang disediakan walaupun dalam cuaca begini. Oleh itu, jika swimming pool adalah satu kemestian untuk anak-anak semasa percutian, anda boleh memilih untuk menginap di hotel menarik ini yang menyediakan kemudahan yang jarang disediakan di hotel-hotel di Cameron Highlands ini.

Untuk tetamu dewasa pula, dengan bayaran tambahan, anda boleh memanjakan diri di kemudahan spa atau sauna yang disediakan. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar menikmati keindahan bunga yang banyak ditanam di sekitar hotel menarik ini.

Dari segi lokasi, Strawberry Park Resort yang terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang adalah agak terasing dari kesibukan pekan. Ini sekaligus memberi kelebihan untuk anda menikmati ketenangan tanah tinggi ini. Lokasi ini bagaimanapun lebih sesuai jika anda berkenderaan di sini kerana ia memberi kemudahan untuk anda berulang-alik ke pekan samada untuk membeli-belah mahupun mencari tempat menjamu selera. Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah hotel menarik ini TIDAK mempunyai kemudahan lift. Walaupun hotel ini tidak mempunyai high rise buiding, namun ia berpotensi menjadi masalah jika anda berkunjung bersama warga emas ataupun mereka yang mempunyai masalah mendaki tangga.

Strawberry Park Resort boleh ditempah secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di ketiga-tiga laman ini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda nanti.


Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highland

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands
Strawberry Park Resort, Cameron Highlands


2. Heritage Hotel

Dengan lokasi yang agak terasing dari kesibukan dan kesesakan pakan-pekan di Cameron Highlands, Heritage Hotel menawarkan penginapan yang tenang sesuai jika anda inginkan penginapan yang lebih dikelilingi alam semulajadi. Lokasi sebegini, ditambah suntikan taman kecil lengkap dengan kolam dan ikan koi adalah kombinasi menarik sebagai spot istirahat semasa percutian keluarga anda.

Bukan sahaja persekitaran yang menenangkan, malah anda sekeluarga juga boleh memilih untuk bermain pool, air hockey ataupun table football pada harga tanbahan di game room yang disediakan. Sementara anda meluangkan masa bersama di game room, anak-anak yang lebih kecil pula boleh berseronok di play area yang sesuai untuk kanak-kanak usia pra-persekolahan. 

Jika anda gemar membaca, mini library yang disediakan adalah satu lagi pangkalan istirahat yang sesuai untuk anda. Selain itu, hotel ini juga menyediakan self-service laundry yang memudahkan tetamu membasuh pakaian pada kadar yang sangat menjimatkan jika dibandingkan dengan perkhidmatan laundry hotel. Dengan adanya perkhidmatan begini, anda tak perlu risau jika merancang untuk melakukan aktiviti seperti hiking bersama anak-anak yang sudah tentu membuatkan pakaian kotor.

Hotel ini menyediakan kemudahan lift untuk kemudahan selain bilik-bilik penginapan yang luas. Pilihan bilik coonecting room juga ditawarkan jika anda memerlukan. Namun, bilik yang agak outdated kadangkala menimbulkan ketidakselesaan untuk sesetengah tetamu. Berdasarkan tetamu yang pernah ke sini, jika anda berhasrat untuk menginap di Heritage Hotel, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bilik di new wing yang rata-rata jauh lebih memuaskan berbanding bilik di old wing.

Jika ingin menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga hotel famili ini di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda nanti!


Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands
Heritage Hotel, Cameron Highlands


Hotel menarik, murah dan selesa di Cameron Highlands


3. Copthorne Hotel

Sering menjadi pilihan kerana lokasi di 'the highest accessible point of Cameron Highlands', hotel yang terletak di kawasan Brinchang ini dahulunya dikenali sebagai Hotel Equatorial sebelum ditukar ke bawah pengurusan baru pada tahun 2014. Kini dikenali sebagai Copthorne Hotel, hotel ini menyediakan bilik-bilik penginapan dan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang berkunjung.

Untuk anda yang bercuti bersama anak-anak, sudah tentu taman permainan di hotel ini mampu menjadi tarikan si kecil meluangkan masa. Jika anak-anak masih teruja untuk berenang dalam cuaca begini, Copthorne hotel turut menyediakan indoor pool kecil untuk anda melayani mereka. Bukan sahaja taman permainan dan indoor pool, malahan hotel ini juga menyediakan games room di mana anda boleh meluangkan masa bersama keluarga bermain games seperti pool dan table soccer pada harga tambahan.

Lokasi yang tidak jauh dari ladang strawberry, ladang lebah dan market memudahkan anda membawa anak-anak bersiar-siar ke tempat-tempat menarik di tanah tinggi ini. Walaubagaimanapun, jika anda merancang untuk memandu, anda perlu merancang lawatan anda agar tidak terperangkap di dalam kesesakan terutamanya pada hujung minggu mahupun cuti persekolahan.  

Bilik-bilik penginapan yang disediakan adalah luas, namun rungutan kerap juga kedengaran mengenai keadaan bilik yang berusia. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan bangunan hotel ini dibina pada tahun 1980-an. 

Terpulang kepada diri masing-masing, jika anda merasakan penginapan yang outdated bakal merosakkan mood percutian anda, hotel ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Jika menyukai lokasi, pemandangan dan kemudahan yang ditawarkan serta tetap ingin menetap di sini, anda mungkin boleh meminta diberikan bilik yang telah di refurbished. Walaupun kebiasaannya pihak hotel cuba menunaikan request para tetamu, ia tetap bukan satu jaminan terutamanya pada musim peak cuti sekolah di mana kebanyakan bilik telah ditempah. Kesemuanya bergantung pada pertimbangan anda. 

Keadaan ini mungkin lebih ketara di unit apartment yang terletak berdekatan dengan bangunan utama. Tidak semua unit apartment di sini terletak di bawah pengurusan Copthorne Hotel. Ada yang terletak di bawah pengurusan pengendali resort lain dan juga milik persendirian. Perlu diingatkan juga bahawa low rise apartment block ini juga tidak mempunyai kemudahan lift.

Copthorne Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga hotel ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian nanti.   


Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga menarik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga menarik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga menarik di Cameron Highlands
Copthorne Hotel, Cameron Highlands


Lebih sukakan penginapan homestay?



4 Nova Highlands Resort

Jika anda lebih sukakan penginapan berdekatan pekan dan kawasan tumpuan pelancong, pilihan hotel Nova Highlands Resort mungkin lebih sesuai untuk percutian keluarga anda. Hotel yang baru dibuka pada tahun 2014 ini terletak di pekan Brinchang dan menyediakan bilik-bilik penginapan yang luas sesuai untuk percutian keluarga. Pilihan bilik seperti family suite, studio suite satu dan dua bilik, apartment 3 bilik, malah penthouse 4 bilik mampu memenuhi keperluan tetamu yang bercuti dalam pelbagai bilangan ahli keluarga.

Selain penginapan keluarga yang luas, hotel menarik ini mampu menjadi pangkalan percutian strategik berdekatan banyak tempat tumpuan pelancong seperti butterfly farm, bee farm dan strawberry farm. Cukup sekadar berjalan kaki ke tempat-tempat ini - tak perlu bersesak dalam kereta atau pening mencari parking terutamanya ketika musim cuti persekolahan kerana hotel ini turut menyediakan kemudahan parking untuk tetamu-tetamunya.

Bukan hanya berdekatan ladang-ladang, malah, hotel menarik ini juga terletak hanya berhadapan dengan susur masuk ke ladang BOH Sungai Palas yang menjadi destinasi kemestian pengunjung tanah tinggi ini. Apalah lawatan ke Cameron Highlands jika tak ke ladang teh (dan strawberry), bukan? 

Bercakap tentang lokasi, kedudukan Nova Highlands Resort berdekatan dengan shopping mall memudahkan anda membawa keluarga dan anak-anak menjamu selera selain mendapatkan keperluan. Apa yang menariknya, di mall ini juga terdapat mini amusement park yang sudah tentu menambahkan keriangan anak-anak semasa percutian.

Walaupun lokasi sebegini memberi kelebihan dari segi akses ke tempat-tempat menarik, ia juga kadangkala boleh menimbulkan ketidakselesaan bagi sesetengah tetamu memandangkan aktiviti malam di sekitar hotel berlarutan hingga ke tengah malam. Jika suasana 'happening' begini tidak menjadi masalah untuk anda, Nova Highlands Resort mampu menawarkan penginapan yang menarik untuk keluarga anda. Namun, jika anda lebih sukakan suasana yang tenang dan jauh dari kesibukan, ia mungkin bukan satu penginapan ideal untuk percutian anda. Tepuk dada tanyalah selera.

Jika berminat untuk menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga Nova Highlands Resort di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga yang akan datang.


Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands
Nova Highlands Resort, Cameron Highlands

   
5. Century Pines Resort

Century Pines Resort adalah sebuah hotel yang tak mungkin anda terlepas pandang apabila melalui pekan Tanah Rata. Memandangkan kebanyakan aktiviti dan kawasan tumouan pelancong bertumpu di Brinchang, hotel menarik yang terletak di Tanah Rata ini menjadi pilihan mereka yang tidak mahu penginapan yang  terperangkap dalam kesibukan orang ramai, namun dalam masa yang sama inginkan akses berdekatan kemudahan seperti kedai, tempat menjamu selera, bank, terminal bas dan sebagainya.

Pilihan bilik penginapan yang selesa sudah tentu penting semasa percutian keluarga. Sila ambil perhatian bahawa pilihan bilik jenis standard di sini TIDAK mempunyai attached bathroom sepertimana pilihan-pilihan bilik lain seperti superior, deluxe and duplex suite. Jika anda ke sini bersama anak-anak, anda boleh meminta bilik connecting room jika memerlukan. Duplex suitenya juga sesuai untuk dijadikan sebagai family room di mana suite dua tingkat ini mempunyai katil bersaiz king di tingkat atas manakala tingkat bawahnya pula disediakan sofa bed.

Walaupun hotel ini sendiri tidak menyediakan playground, lokasinya terletak betul-betul berhadapan taman awam di mana terdapatnya taman permainan kanak-kanak dan kemudahan menyewa basikal. Ini memudahkan anda membawa anak-anak meluangkan masa untuk bebas berlari dan bermain semasa percutian. Untuk tetamu beragama Islam pula, masjid yang terletak tidak jauh dari hotel ini sudah tentu menjadi satu kelebihan dalam memudahkan anda bersolat jemaah.

Jika ingin menjadikan hotel menarik ini penginapan pilihan semasa percutian keluarga anda, jangan lupa untuk menyemak harganya di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda mendapat tawaran terbaik untuk penginapan anda di Century Pines Resort semasa percutian keluarga yang akan datang!


Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands

Hotel percutian keluarga terbaik di Cameron Highlands
Century Pines Resort, Tanah Rata, Cameron Highlands

Catatan penginapan di MARDI Cottage Cameron Highlands



Tiada ulasan:

Catat Ulasan