(sumber foto: afamosa.com) |
Catatan yang mungkin telah lama overdue, namun, masih menjadi kenangan yang menceriakan anak-anak hingga kini! Walaupun tarikan A Famosa Resort ini boleh dikatakan telah agak berusia, anak-anak kami amat menyukai percutian ke Safari Wonderland ini .
Percutian singkat bersama sepupu-sepupu mereka ini sebenarnya tidaklah dirancang. Daripada tiga tarikan utama A Famosa Resort (taman tema air, Safari Wonderland dan Cowboy Town), kami hanya memilih untuk ke Safari Wonderland. Sebabnya? Kekangan masa, dan pengalaman lalu di mana anak-anak kami tidak begitu enjoy water park di sini. Mengapa kami tidak ke Cowboy Town? Perarakan mereka menghiburkan, namun permainan dan rides lain di situ memerlukan anda perlu membayar extra untuk setiap permainan (on top of entry tiket) membuatkan kami rasa tidak berbaloi. Lagipun, ianya dibuka hanya pada sebelah malam dan kami mempunyai urusan lain ketika itu.
Memberi makan gajah selepas pertunjukan 'Elephant Encounter' |
Berbalik kepada percutian keluarga ke Safari Wonderland, kami memastikan untuk bersiap awal pagi untuk ke sana. Maklumlah, ketika itu cuti sekolah, sudah tentu ramai pengunjung. Tiket telah kami beli semasa online promotion diadakan. Jika anda merancang untuk membeli tiket di kaunter, pastikan membawa MyKad dan MyKid untuk harga istimewa.
Perkara pertama yang kami lakukan apabila masuk ialah menyemak waktu pertunjukan yang diadakan di situ. Terdapat 4 pertunjukan di lain-lain kawasan di dalam Safari Wonderland iaitu Elephant Encounter, Multi-animal Funtime, Colour of the Bird dan Wild Wild West Show. Jarak waktu antara pertunjukan-pertunjukan ini boleh diakatakan one after another (setiap pertunjukan diadakan dua kali sehari). Oleh itu, anda perlu merancang jika mahu menyaksikan kesemuanya terutamanya apabila berjalan bersama kaki-kaki kecil yang banyak!
Anak-anak kami dan sepupu-sepupu mereka sangat terhibur dengan pertunjukan yang disaksikan. Mereka amat gembira menyaksikan pelbagai aksi pertunjukan gajah, melihat gajah menghasilkan lukisan, mendapat 'free shower' daripada gajah yang sedang beraksi dan memberi makan gajah selepas pertunjukan selesai. Semasa persembahan Multi-animal Funtime, jika anda berani, anda boleh meng-volunteer untuk memegang ular sawa dan mencium ular tersebut... erkk! Tiada seorang pun antara kami yang berani... malah terasa mujur tak dipilih ke pentas melakukannya. Untuk persembahan Colour of the Bird pula, anda berpeluang bergambar dikelilingi sekumpulan itik dan flamingo yang dilepaskan di akhir pertunjukan. Untuk anak-anak kami yang tidak biasa dengan haiwan-haiwan ini, ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan, walaupun ada juga yang bertempiaran lari takut disudu itik! Wild Wild West Show? Ia adalah satu pertunjukan Red Indian melawan Cowboy yang digayakan dengan aksi-aksi lucu dan menghiburkan.
Berjalan-jalan di Walk-thru area |
Satu lagi tarikan unik di sana ialah Safari Adventure. Anda dibawa memasuki 'tempat kediaman' haiwan-haiwan seperti harimau, singa, zirafah, unta dan banyak lagi menggunakan trak yang ditutupi cage (kami tidak sempat mengambil gambar trak tersebut kerana sibuk mengawasi anak-anak yang sedang excited. Takut juga jika tiba-tiba ada yang terbuka pintu cage trak tersebut!). Seperti kata anak-anak kami, jika di zoo, haiwan-haiwan tersebut berada di dalam kandang dan kita yang melihat mereka, tetapi di sini, anda yang akan dibawa di dalam kandang dan haiwan-haiwan tersebut yang melihat anda! Yang menariknya, anda boleh melihat haiwan-haiwan ini dalam jarak yang dekat. Oh... truck ride ini agak bumpy dan terhentak-hentak. Oleh itu, jika anda sedang mengandung, anda perlu pertimbangkan samada ingin mengikuti ride ini ataupun tidak.
Selain itu, anda juga boleh menaiki boat ke Monkey Island, iaitu sebuah pulau buatan kecil yang menempatkan monyet secara bebas, melalui walk-thru area yang menempatkan haiwan-haiwan seperti flamingo, swan dan burung merak, melawat farmhouse dan menunggang haiwan seperti gajah, unta dan kuda (bayaran tambahan dikenakan untuk menunggang haiwan). Satu tarikan yang diidami anak kami namun tak kesampaian ialah memberi makan harimau. Ketika itu, kami agak berkejar dan waktu memberi harimau makan baru sahaja selesai.
Makan tengahari yang ringkas disediakan, cukup untuk mengalas perut dan mengelakkan anak-anak meragam kelaparan. Oh, bagaimana pula dengan penginapan di sana? Disebabkan kami ke sana bersama tiga keluarga, kami telah memilih untuk menginap di apartment tiga bilik di A Famosa Resort. Berbanding dengan studio apartment di Condotel di sana (di mana kami menginap ketika pertama kali ke sana), unit apartment tiga bilik penginapan kami kelihatan run down, manakala kebersihan juga so-so sahaja. Air di swimming pool juga kelihatan agak cloudy menyebabkan kami tidak membenarkan anak-anak berenang di sana. Mujurlah kami tidak banyak meluangkan masa di penginapan tersebut... hanya sekadar balik bermalam. Mungkin disebabkan itu juga, setiap kali bercakap mengenai percutian ini, anak-anak tidak begitu mengingati tentang apartment tersebut... apa yang sentiasa terpahat di ingatan mereka hanyalah keceriaan di Safari Wonderland!
(A Famosa Resort juga menyediakan bilik hotel dan villa, namun kami tidak pernah menginap di kedua-dua jenis penginapan tersebut)
(A Famosa Resort juga menyediakan bilik hotel dan villa, namun kami tidak pernah menginap di kedua-dua jenis penginapan tersebut)
Lain-Lain yang menarik
Catatan percutian keluarga
6. Penginapan di hotel dengan mini waterpark , Ayer Keroh, sesuai untuk kanak-kanak
7. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
7. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
Mana nak menginap?
2. Hotel best untuk percutian bersama anak-anak di Melaka
3. Hotel berkonsep heritage menarik di Melaka - seperti kembali ke zaman silam!
4. Under budget? Tak ada masalah. Lihat senarai hotel mesra poket yang selesa di sini
5. Masih tak dapat buat pilihan? Klik untuk lebih hotel menarik di bandaraya Melaka dan sekitar.
Thanks for sharing
BalasPadamYou're most welcome 😊
Padam