Hotel di Kepala Batas, Pulau Pinang - catatan penginapan keluarga yang ringkas namun selesa!

Penginapan keluarga di Kepala Batas, Pulau Pinang
Di lobi Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

Seronok juga sesekali menemani anak 'outstation' atas urusan persekolahan. Setelah lama tak ke mana-mana dek kerana sibuk dengan urusan masing-masing, kami mengambil kesempatan ini sebagai weekend getaway setelah anak bertanya jika kami boleh mengikutnya ke pertandingan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kata orang, sambil menyelam, minum air!

Beberapa hotel kami pertimbangkan, dan akhirnya kami memilih Hotel Seri Malaysia sebagai tempat penginapan kami. Kenapa Hotel Seri Malaysia? Pertama kerana jaraknya yang agak dekat dengan lokasi pertandingan, dan yang lebih penting ialah kami memerlukan bilik famili kerana 'askar-askar kecil' kami masih tidak boleh diasingkan bilik, dan dalam masa yang sama terlalu besar untuk berkongsi katil (mungkin kerana ia adalah last minute plan, ketika itu, hotel-hotel lain sudah tidak mempunyai pilihan bilik famili). Kami telah menempah hotel ini melalui Agoda kerana harga yang ditawarkan adalah lebih murah. (Semak harga terbaik Hotel Seri Malaysia Kepala Batas di Agoda dan Expedia jika merancang ke sini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa kunjungan anda)


Penginapan keluarga di Kepala Batas, Pulau Pinang
Bilik famili yang luas dan selesa


Hotel Seri Malaysia Kepala Batas ini biasa sahaja, namun apa yang saya suka ialah bilik familinya yang luas. Anak-anak kami mempunyai ruang untuk bergerak, dan yang lebih penting ialah kami mempunyai ruang yang selesa untuk solat. Bilik famili mempunyai 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single. Biliknya bersih, dan shower juga memuaskan. Penghawa dingin memngambil sedikit masa untuk sejuk, namun ia tidak menjadi masalah untuk kami.

Selain itu, lokasi hotel ini adalah betul-betul berhadapan dengan stesen bas. Oleh itu, ia memudahkan tetamu yang datang menggunakan bas. Terdapat banyak kedai seperti convenience shop, bakeri dan gerai menjual buah-buahan di sekeliling hotel ini. Semua ini menyenangkan kami mendapatkan makanan untuk anak-anak. Bank CIMB juga berada berhampiran. Jika anda berkenderaan, hotel ini juga menyediakan kawasan meletak kenderaan. Bagi kami, semua ini memang memudahkan dan praktikal.



Penginapan keluarga di Kepala Batas, Pulau Pinang
Kawasan buffet sarapan Hotel Seri Malaysia Kepala Batas


Buffet sarapannya agak mengejutkan kami. Kenapa? Melalui pengalaman, kebiasaannya Hotel Seri Malaysia menawarkan pilihan hidangan sarapan yang agak limited. Namun, di sini, sarapannya lebih mewah. Terdapat beberapa kaunter untuk pilihan tetamu. Kaunter utama menghidangkan makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, meehoon goreng, kuew tiau goreng. Kaunter-kaunter lain pula menyediakan hidangan seperti cereal, roti beserta jem dan marjerin, meehoon dan kuew tiau sup, bubur nasi telur goreng dan omelete. Bukan itu sahaja, kuih seperti roti jala dan bubur kacang serta buah-buahan sebagai pencuci mulut turut disediakan.

Staf hotel juga sangat ramah dan sedia membantu. Malam pertama kami di situ, mereka mencadangkan kami makan di gerai char kuew tiau berdekatan. Tak perlu berkenderaan. Tak sempat terasa penat walaupun hanya berjalan kaki. Memang dekat. Char kuew tiau di situ kelihatan biasa sahaja, namun rasanya memang ada kelas! Selain char kuew tiau, gerai-gerai di situ juga ada menjual satay, nasi lemak dan burger. KFC juga ada berdekatan, namun kami mahu mencuba makanan yang disarankan masyarakat setempat. 



Penginapan keluarga di Kepala Batas, Pulau Pinang
Bersarapan di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas


Ini adalah pertama kali kami ke Kepala Batas dan kami amat berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Namun, selain hotel ini, sebenarnya terdapat beberapa pilihan penginapan lain yang boleh dipertimbangan jika anda merancang untuk ke sini. Untuk kemudahan bersama, saya kongsikan hotel-hotel lain yang boleh dijadikan penginapan di Kepala Batas:


Hotel Jannah:

Hotel di deretan shoplot yang menawarkan kemudahan penginapan di Kepala Batas ini mempunyai lokasi yang sangat memudahkan anda mendapatkan keperluan seharian ketika berkunjung ke sini. Ianya terletak hanya di belakang shopping complex dan juga berdekatan kedai-kedai dan restoran-restoran yang memudahkan anda mencari tempat menjamu selera.

Jika bercadang untuk ke Kepala Batas, anda boleh klik di sini untuk menyemak harga terbaik Hotel Jannah di Agoda. 

Hotel Kamelia:

Sebuah lagi hotel bajet yang terletak tidak jauh dari Hotel Jannah, Hotel Kamelia juga menawarkan penginapan ringkas dikelilingi pelbagai kedai yang memudahkan anda mendapatkan keperluan ketika di sini. Walaubagaimanapun, hotel ini tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk menginap di sini, anda boleh menghungi 04-5770063 atau klik di sini untuk info lanjut beserta harga penginapan di Hotel Kamelia.

At-Taqwa Inn:

Ketika menghantar anak ke lokasi pertandingan, secara kebetulan kami ternampak hotel ini yang terletak betul-betul bersebelahan masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah. Beberapa pilihan bilik sesuai untuk penginapan keluarga ditawarkan selain lokasi hotel yang sudah tentu memudahkan anda bersolat berjemaah di sini. Hotel ini tidak dikelilingi kedai-kedai seperti hotel-hotel lain. Seperti juga Hotel Kamelia, At-Taqwa Inn tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika ingin menginap di sini, anda boleh menghubungi 04-5760060 atau klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan