Homestay dan guesthouse best di Melaka

Penginapan di hotel mungkin sudah terlalu biasa. Apa kata sekali-sekala beralih angin kepada penginapan gaya homestay yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk mereka yang bercuti dalam jumlah ahli keluarga yang agak ramai.

Penginapan homestay dan guesthouse kini semakin berkembang maju setanding dengan penginapan di hotel. Di Melaka (dan juga di tempat-tempat lain) yang menjadi tumpuan para pelancong, pengusaha-pengusaha homestay semakin kreatif dalam menimbulkan mood percutian untuk tetamu yang berkunjung. Jika anda ingin merasai pengalaman menginap di homestay dan guesthouse untuk percutian keluarga yang akan datang, di sini disenaraikan beberapa homestay dan guesthouse menarik yang boleh menjadi pilihan penginapan anda sekeluarga di bandaraya bersejarah Melaka.


(sumber foto: airbnb, Agoda, booking.com dan Expedia)    


1. Wayfarer Guesthouse

Merupakan hasil perniagaan keluarga, Wayfarer Guesthouse adalah sebuah guesthouse menarik jika anda lebih sukakan penginapan berdekatan tebing Sungai Melaka. Selain memberi kelebihan menikmati pemandangan Sungai Melaka semasa percutian, lokasi guesthouse ini juga memudahkan anda ke tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya Melaka hanya dengan berjalan kaki!

Terdapat lima pilihan bilik ditawarkan di Wayfarer Guesthouse ini, kesemuanya dengan sentuhan heritage dan attached bathroom. Untuk mereka yang memerlukan bilik yang lebih besar, anda boleh memilih samada pilihan bilik duplex ataupun family suite. (Klik di sini untuk catatan penginapan kami di sini)  

Maklumat lanjut mengenai Wayfarer Guest House boleh didapati di laman rasmi mereka di sini atau hubungi talian 06-2819469. Selain itu, penginapan ini juga terbuka untuk tempahan secara online di Agodabooking.comExpedia dan airbnb. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang. 



Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Wayfarer Guesthouse, Melaka


2. Vista Rio

Sebuah lagi homestay berdekatan Sungai Melaka yang boleh menjadi pilihan penginapan anda sekeluarga, terutamanya jika anda ke sini dalam jumlah ahli keluarga yang lebih ramai. Homestay menarik yang boleh memuatkan sehingga 7 orang tetamu ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Gabungan dekorasi moden dan tradisional memberikan keunikan kepada penginapan  dua tingkat untuk anda sekeluarga di Melaka ini. Selain itu, lokasi Vista Rio juga memudahkan anda berjalan kaki dan bersiar-siar bersama keluarga ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar bandaraya bersejarah ini.

Vista Rio Melaka boleh ditempah melalui Agoda dan booking.com dan airbnb.



Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Vista Rio, Melaka


3. Casugria Boutique Residence

Dahulunya merupakan villa kolonial Belanda yang dibina pada tahun 1810,  kini Casugria Boutique Residence menawarkan penginapan unik untuk percutian anda sekeluarga ke Melaka. Terletak hanya kira-kira 10 minit berkenderaan ke tempat-tempat yang sering menjadi kunjungan para pelancong, homestay menarik ini turut dilengkapi kolam renang yang sudah tentu menjadi tarikan tetamu tanpa mengira peringkat umur. Tak kira jika anda berkunjung hanya bersama pasangan atau bercuti bersama ahli keluarga yang ramai, Casugria Boutique Residence sedia menawarkan penginapan yang sesuai dengan keperluan anda.

Homestay menarik di villa kolonial warisan Belanda ini terbuka untuk tempahan melalui Agoda, booking.comExpedia dan airbnb


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Casugria Boutique Residence, Melaka



4. Tranquerah 125 Residence

Ingin merasai pengalaman menginap di rumah Baba dan Nyonya? Homestay Tranquerah125 membuka peluang untuk anda sekeluarga merasai penginapan menarik berkonsepkan Baba dan Nyonya yang sememangnya sinonim dengan negeri bersejarah ini. Terpulng kepada keperluan anda, ilik-bilik di homestay yang diilhamkan daripada bangunan rumah kedai lama ini boleh disewa secara berasingan ataupun keseluruhan. Terdapat 3 buah bilik tidur ditawarkan dengan setiap satu mempunyai attached bathroom. Jadi, jangan bertangguh lagi. Homestay menarik ini sudah tentu boleh dimasukkan di dalam wishlist penginapan percutian keluarga yang akan datang!

Maklumat lanjut mengenai homestay ini boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Alternatively, tempahan secara online juga boleh dilakukan melalui portal Agoda


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Tranquerah 125 Residence, Melaka



5. Lorong One Melaka

Terletak di Ujong Pasir, Melaka, Lorong One menawarkan penginapan moden berkonsep industrial `untuk percutian anda sekeluarga. Homestay menarik ini sebenarnya terdiri daripada dua unit rumah (seperti rumah berkembar) yang dihubungkan dengan connecting door. Hmmm... connecting door? Bagaimana dengan privacy? Jangan risau. Connecting door ini akan sentiasa ditutup KECUALI anda menyewa kedua-dua unit. Jadi, tak kisah jika anda merancang percutian dalam bilangan ahli keluarga yang ramai atau sedikit, homestay menarik ini boleh menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian anda! Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu. Jika anda tidak merancang untuk berjalan kaki ke tempat-tempat menarik, Lorong One boleh menjadi pilihan penginapan yang ideal untuk percutian anda kerana ianya terletak hanya kira-kira 10 ke 15 minit berkenderaan ke kebanyakan tempat tumpuan pelancong di bandaraya bersejarah ini!

Berminat untuk menginap di sini? Lorong One terbuka untuk tempahan melalui Expedia dan airbnb


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka


Homestay airbnb menarik di Melaka
Lorong One, Melaka



6. The Nature Bali Lodge

Penginapan berkonsep percutian bali di Melaka? Sudah tentu. Dengan dekorasi interior yang menarik dan tersendiri, unit apartment yang dijadikan homestay ini bukan sahaja menawarkan tempat istirahat yang selesa, malah lokasi strategik sebagai pangkalan anda sekeluarga meneroka bandaraya yang terkenal dengan sejarah tanahair ini. Homestay menarik ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Memandangkan homestay ini sebenarnya adalah unit apartment, ia mempunyai kelebihan dari segi kemudahan seperti kolam renang kanak-kanak, gym, kawasan parking dan lif.

The Nature Bali Lodge boleh ditempah secara online melalui airbnbbooking.com dan Expedia.


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
The Nature Bali Lodge, Melaka



7. Rimba Hang Kasturi

Mengambil nama bersempena pahlawan Melaka lima bersaudara, Rimba Hang Kasturi ialah homestay menarik hasil kerja-kerja pemuliharaan bangunan rumah kedai lama yang sesuai untuk dijadikan penginapan jika anda merancang percutian beramai-ramai bersama keluarga! Homestay yang boleh memuatkan sehingga 14 orang tetamu dengan selesa ini mengetengahkan dekorasi interior yang unik, dengan bahagian dinding lama dikekalkan dan penggunaan kayu yang tidak dicat atau divarnish untuk menimbulkan rasa penginapan di bangunan zaman silam. Bukan sahaja sesuai dijadikan pangkalan istirahat dan bersantai bersama keluarga, homestay menarik ini turut menawarkan private dipping pool yang sudah tentu menjadi hit di kalangan kanak-kanak (dan orang dewasa juga!). Selain itu, lokasi homestay menarik ini juga hanyalah walking distance ke tempat-tempat menarik di bandaraya yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ini.

Homestay Rimba Hang Kasturi boleh ditempah untuk penginapan percutian anda di airbnbAgoda dan booking.com.


Homestay airbnb menarik di Melaka


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Rimba Hang Kasturi, Melaka



8. Vintage Eleven Villa

Ingin merasai percutian di penginapan mewah untuk seluruh keluarga? Vintage Eleven Villa menawarkan penginapan homestay dalam suasana mewah lengkap dengan kolam renang peribadi dan jacuzzi untuk percutian keluarga yang bergaya! Homestay menarik di bangunan heritage ini boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu dan terletak tidak jauh dari tarikan pelancong menjadikannya port yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga.

Maklumat lanjut mengenai penginapan ini boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Homestay dengan sentuhan mewah ini juga boleh ditempah secara online di Agoda, dan Expedia.  


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Vintage Eleven Villa, Melaka


9. 45 Lekiu

Sebuah homestay mewah yang ekslusif untuk penginapan 4 orang tetamu yang terletak tidak jauh dari Jonker Street. Homestay menarik di bangunan heritage yang dibina pada tahun 1941 ini menawarkan penginapan bergaya dengan private pool tidak jauh dari kesibukan bandaraya Melaka yang sentiasa menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika menginap di sini, anda boleh menikmati masa berkualiti we time pada waktu petang bersama keluarga di roof top patio sambil menghirup coffee yang dibuat menggunakan nespresso coffee machine yang disediakan. 45 Lekiu mempunyai sebuah bilik tidur master dan sebuah bilik tidur di bahagian attic. Sila ambil perhatian bahawa tiada bilik air di bahagian attic dan anak-anak yang tidur di situ perlu berkongsi bilik air di bilik master atau menggunakan bilik air yang terletak berdekatan dengan kolam.

Maklumat lanjut mengenai 45 Lekiu boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Jika ingin merasai pengalaman menginap di homestay mewah ini, 45 Lekiu juga boleh ditempah secara online melalui airbnb
  

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
45 Lekiu, Melaka






3 ulasan:

  1. Terima kasih atas pengkongsian..

    Kini melaka menawarkan pelbagai homestay dan penginapan dan sangat mudah utk anda temui.. selamat bercuti kpd pengunjung...

    BalasPadam