Hotel menarik berdekatan Legoland untuk percutian keluarga yang BEST!

Legoland - memang destinasi percutian impian kebanyakan kanak-kanak. Jika merancang percutian ke sini, pilihan hotel dan penginapan penting untuk memastikan anak-anak dapat berehat dengan cukup setelah kepenatan seharian bermain di taman teman. Terutamanya jika anda membawa anak-anak kecil,  rehat yang cukup amat penting untuk memastikan percutian yang menyeronokkan untuk semua. Keletihan dan lapar adalah antara common trigger untuk kanak-kanak tantrum semasa percutian. Di sini, saya senaraikan beberapa hotel dan penginapan yang saya rasakan sesuai jika anda merancang percutian keluarga ke Legoland:


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. Legoland Hotel

Jika merancang percutian ke Legoland, Legoland Hotel sudah semestinya antara hotel yang berada pada top of the list sebagai tempat penginapan. Hotel ini mensasarkan golongan kanak-kanak. Dekorasi dan konsep hotel ini sudah tentu mampu membuatkan anak-anak anda teruja. Selain itu, yang lebih penting adalah lokasi hotel ini. Ia berada sangat berdekatan dengan taman tema Legoland. Keluar sahaja pintu hotel, anda sudah berada berdekatan dengan pintu masuk taman tema, tak perlu melintas jalan raya pun. Ini sudah tentu memudahkan anda  membawa pulang anak-anak jika perlu untuk berehat, membersihkan diri dan sebagainya. Dari segi makan juga, selain daripada makan di restoran hotel, anda juga boleh membawa anak-anak makan di Medini Mall yang terletak bersebelahan dengan Legoland hotel - hanya berjalan kaki sahaja, tak perlu berkenderaan.

Namun, dari sudut kos, hotel ini boleh dikatakan mahal berbanding hotel-hotel lain, lebih-lebih lagi jika anda membawa ahli keluarga yang ramai. Namun, kadang-kdanag, pihak Legoland hotel mengadakan promosi yang agak berbaloi, samada dari segi harga bilik atau tiket khas untuk pelanggan hotel. Jadi, jika anda ke sini, jangan lupa menyemak jika pihak Legoland hotel sedang mengadakan promosi.

Merancang untuk mneginap di sini? Semak harga Legoland Hotel boleh secara online di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel best Legoland

Hotel best Legoland

Hotel best Legoland

Hotel best Legoland
Legoland Hotel, Malaysia


2. Somerset Medini

Somerset Medini adalah alternatif penginapan yang terletak berdekatan taman tema Legoland - pada kadar yang lebih murah! Dari segi lokasi, Somerset Medini adalah penginapan yang paling dekat dengan taman tema Legoland selepas Legoland Hotel. Hanya beberapa minit berjalan kaki untuk sampai ke taman tema Legoland. Malahan, walaupun Somerset Medini terletak hanya within walking distance ke Legoland, jika anda tidak mahu berjalan kaki, pihak Somerset Medini juga menyediakan shuttle berjadual percuma untuk anda ke sana.

Penginapan di Somerset Medini adalah berkonsepkan service apartment, jadi, ia amat sesuai untuk penginapan percutian keluarga. Selain dari bilik tidur, kemudahan-kemudahan lain yang disediakan termasuklah mini kitchen, gym dan swimming pool. Kepada yang membawa anak-anak kecil, children playroom turut disediakan.

Klik untuk menyemak tawaran harga Somerset Medini di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland
Somerset Medini, Johor


3. Somerset Puteri Harbour

Satu lagi penginapan Somerset, namun kali ini ianya terletak di Puteri Harbour. Juga berkonsepkan service apartment, Somerset Puteri Harbour menyediakan penginapan selesa untuk anda berehat selepas seharian melayan karenah anak-anak.

Jika percutian anda semata-mata untuk ke Legoland, Somerset Medini lebih sesuai sebagai pilihan penginapan. Namun, jika anda juga ingin membawa anak-anak ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club, Somerset Puteri Harbour terletak lebih dekat dengan tempat-tempat ini. Somerset Puteri Harbour terletak lebih kurang 10 minit drive ke Legoland (complimentary shuttle disediakan) dan hanya within walking distance ke Hello Kitty Town.

Lihat tawaran online Somerset Puteri Harbour di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland
Somerset Puteri Harbour, Johor


4. Hotel Jen

Terletak di Puteri Harbour, Hotel Jen merupakan salah satu hotel alternatif untuk penginapan anda jika merancang untuk bercuti ke Legoland. Dengan design yang minimalis, hotel ini menawarkan penginapan selesa untuk percutian keluarga bersama anak-anak. Anda juga boleh membawa keluarga bersiar-siar melihat pemandangan harbour yang berdekatan.

Hotel Jen terletak hanya lebih kurang 8-10 minit berkenderaan ke Legoland Theme Park, dan hanya bersebelahan dengan Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Ini menjadikan ia hotel yang ideal jika anda merancang untuk membawa anak-anak ke tempat-tempat ini. Di samping lokasinya, hotel ini juga menyediakan free shuttle service ke Legoland untuk para tetamunya.

Semak harga penginapan Hotel Jen di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland

Hotel best cuti Legoland
Hotel Jen, Johor


5. KSL Hotel and Resort

Kepada yang mahukan lebih kepelbagaian aktiviti semasa percutian mereka, anda boleh memilih KSL Resort sebagai hotel penginapan anda. Berbanding Hotel Jen, KSL Hotel and Resort terletak kira-kira 20 minit perjalanan ke Legoland dan 25 minit perjalanan ke Puteri Harbour di mana terletaknya Hello Kitty Town dan The Little Big Club. Hotel ini menawarkan pilihan bilik dan service apartment untuk keselesaan tetamu yang berkunjung.

Untuk kemudahan, bukan sahaja tiket masuk ke theme park boleh dibeli melalui hotel ini, malahan pihak hotel juga boleh mengatur perkhidmatan kenderaan ke Legoland jika anda memerlukan (caj tambahan dikenakan). Selain tiket ke tempat-tempat ini, KSL Hotel and Resort juga menawarkan pakej Universal Studio jika anda berminat.

Jika anak-anak belum puas bermain di Legoland, anda boleh membawa mereka ke Dinosaurs Alive. Dinosaurs Alive adalah taman tema air percuma untuk para tetamu KSL Hotel and Resort. Walaupun mungkin tak setanding taman tema air Legoland, cukuplah sebagai gula-gula memujuk anak-anak yang masih ingin bermain. Jika keadaan cuaca tidak mengizinkan anda ke Dinosaurs Alive, anda boleh membawa mereka menonton wayang di Cineplex ataupun bermain di golf simulator yang disediakan.

Lokasi KSL Hotel and Resort yang berdekatan dengan shopping complex juga memudahkan anda mendapatkan keperluan atau sekadar membawa keluarga berjalan-jalan.

Klik untuk menyemak atau menempah KSL Hotel and Resort secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan