Percutian keluarga ke Pulau Pinang: Golden Sands Resort

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
Golden Sands Resort, Pulau Pinang

Cuti sekolah akhir tahun 2016, sekali lagi kami ke Pulau Pinang. Tak dinafikan dengan adanya resort-resort mesra kanak-kanak, Pulau Pinang sememangnya mempunyai tarikan tersendiri terutamanya untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. Manakan tidak, hotel-hotel ini bukan sahaja menyediakan penginapan yang selesa, malah mereka memastikan anak-anak gembira dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan yang ditawarkan. 

Jika sebelum ini kami memilih untuk menginap di Holiday Inn Resort, kali ini kami memilih Golden Sands Resort sebagai tempat penginapan kami. Oleh kerana kami menjangkakan untuk lebih banyak meluangkan masa di hotel pada percutian ini, maka kami memilih hotel yang menawarkan lebih kemudahan dan aktiviti kanak-kanak. Harap mereka tak bosan apabila terpaksa menghabiskan banyak masa di penginapan.

Golden Sands Resort terletak di persisiran pantai Batu Ferringhi. Ia terletak di bawah pengurusan Shangri-La Resort, yang juga mempunyai property lain di sana iaitu Shangri-La Rasa Sayang. Shangri-La Rasa Sayang terletak hanya bersebelahan dengan Golden Sands, namun penginapannya dikatakan lebih exclusive (dan sudah tentu lebih tinggi ratenya).  Anda boleh menyemak harga Golden Sands Resort di Agodabooking.com dan Expedia.

Urusan check-in adalah mudah dan lancar. Malah, setiap kami dihidangkan welcome drink yang sememangnya membantu menghilangkan dahaga setelah menempuh perjalanan yang panjang.

Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan kemudahan dan aktiviti kanak-kanak yang disediakan oleh Shangri-La boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua tetamu di Golden Sands dan juga Shangri-La Rasa Sayang. Kemudahan seperti Kids Club dan Adventure Zone terletak di bangunan yang dikongsi oleh tetamu di kedua-dua hotel ini. Mungkin dari segi bilik dan ambience, kedua-dua hotel ini dikatakan tidak sama, namun bagi kami apa yang penting ialah kemudahan kanak-kanak yang baik dan menyeronokkan. Disebabkan itu, kami merasakan Golden Sands Resort lebih dari mencukupi untuk tujuan percutian kali ini.

Sejujurnya, saya tidak dapat bayangkan bagaimanakah bilik di Shangri-La Rasa Sayang yang dikatakan lebih ekslusif. Agaknya, pasti sangat hebat. Ini adalah kerana, bagi saya bilik di Golden Sands pun sudah sangat-sangat selesa dan bersih. Terasa sangat cozy sebaik melangkah masuh ke bilik. Malah, tak keterlaluan jika saya katakan bahawa bagi saya, bilik yang disediakan lebih daripada sempurna. Memandangkan anak-anak sudah semakin besar, kami mengambil dua bilik yang mempunyai interconnecting door. Katil di bilik kami bersaiz king manakala di bilik anak-anak adalah dua katil supersingle yang didekatkan. Memang luas, dan cukup selesa untuk keempat-empat mereka adik-beradik tidur sekali. Bilik air juga sangat selesa. Di bilik kami, bilik air dengan shower disediakan manakala di bilik anak-anak pula mempunyai bathtub.

(Tips: Sesetengah bilik di sini bertentangan pool manakala sesetengah lagi bertentangan jalan. Bagi kami, bilik bertentangan pool memberi view yang lebih cantik untuk percutian di sini)


Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
Bilik yang cosy di Golden Sands Resort, Pulau Pinang

Pilihan bilik yang ditempah termasuk sarapan pagi. Kami turun agak awal untuk memastikan tidak tersangkut dalam 'jam' tetamu lain yang turut ingin bersarapan. Maklumlah, ketika itu musim sekolah dan sudah tentu kebanyakan hotel penuh dengan pengunjung.

Buffet breakfast mempunyai banyak variety. Daripada selera Malaysia ke pelbagai jenis roti dan bun, bagi kami ia lebih dari mencukupi. Puas anak-anak kami menambah makanan mengikut selera masing-masing.

Walaubagaimanapun, misi untuk escape dari kesesakan tetamu pada waktu sarapan tidak berjaya pada hari kedua di sana. Terlupa pula bahawa hari tersebut bukan hanya cuti sekolah, malah di tambah pula dengan long weekend menyebabkan jumlah tetamu kelihatan luar biasa ramai. Bersama tetamu lain, kami terpaksa menunggu giliran memandangkan semua meja yang sudah penuh. Namun, saya merasakan pihak Golden Sands Resort agak cekap dan professional dengan menyediakan tempat menunggu yang selesa. Walaupun ramai yang terpaksa menunggu, mereka cekap mengendali keadaan.

Antara agenda utama anak-anak apabila ke hotel... sudah pastilah swimming pool! Di Golden Sands Resort, bukan sahaja swimming pool biasa disediakan, malahan kawasan yang dikenali sebagai splash pad menjadi tarikan tetamu di sini tanpa mengira usia. Walaupun kawasannya kecil dengan hanya dua pool slide, anak-anak kami sudah cukup teruja bermain di sini. Kami melihat bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga tidak melepaskan peluang bermain slide air yang disediakan. Sebagai langkah keselamatan, sentiasa ada staf yang menjaga kawasan slide di sini untuk memastikan perlanggaran tidak berlaku.

Selain slide, kawasan splash pad juga menyediakan pancuran dan dump bucket di mana kanak-kanak yang bermain beramai-ramai menunggu di bawah bucket tersebut untuk disimbah air. Anak-anak kami turut tidak melepaskan peluang menunggu di bawah bucket tersebut apabila dilihat ia hampir diisi penuh.


Hotel menarik Pulau Pinang
Pool slide di Splash Pad

Hotel menarik Pulau Pinang
Dump bucket atau tipping bucket di Splash Pad

Seperti kebanyakan children friendly hotel, Golden Sands Resort juga menyediakan Kids Club khas untuk tetamu kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Pelbagai aktiviti berjadual disediakan. Aktiviti ini berubah setiap hari. Ada yang percuma dan ada juga yang memerlukan bayaran. Anda boleh memeriksa dengan pihak Kid's Club mengenai jadual aktiviti dan yang manakah yang memerlukan bayaran. Aktiviti berbayar akan dinyatakan lebih awal di dalam jadual yang disediakan. Anak-anak kami sempat menyertai aktiviti seperti membuat chocolate ball, membuat art, mewarna t-shirt (berbayar), movie time dan juga pool time bersama-sama rakan-rakan di sini.

Di Kid's Club ini, bukan sahaja petugas Shangri-La akan memantau anak-anak anda, malahan jika anak anda menyertai aktiviti di sini, mereka juga layak untuk bersama rakan-rakan lain menjamu makan tengahari dan malam percuma di salah satu restoran di Golden Sands Resort. Sebelum waktu makan, kanak-kanak akan diberi pilihan menu untuk diorder supaya makanan dapat disediakan lebih awal. Apabila waktu makan telah tiba, mereka akan dibawa ke restoran sebelum setiap mereka dihidangkan menu pilihan masing-masing. Ketika kami di sini, anak-anak kami dibenarkan memilih antara tiga pelihan menu, iaitu nasi goreng, spaghetti ataupun burger. Memang seronok mereka makan bersama rakan-rakan meskipun masing-masing baru mengenali satu sama lain di Kid's Club.

Hotel menarik Pulau Pinang
Antara kemudahan di Kids CLub

Hotel menarik Pulau Pinang
Menunggu lunch bersama rakan-rakan Kids Club 

Selain Kid's Club, Adventure Zone adalah satu lagi tarikan kanak-kanak yang ada di sini. Tidak seperti Kids Club yang hanya terbuka untuk tetamu hotel, kemudahan Adventure Zone turut terbuka untuk orang awam. Oleh itu, jika anda menginap di hotel-hotel berdekatan, anda masih boleh membawa anak-anak untuk mereka bermain di sini. Namun, berbeza dengan Kid's Club di mana staf disediakan untuk sentiasa memantau anak-anak, di Adventure Zone, anak-anak anda bebas bermain dan berlari sendiri. Staf yang bertugas hanya disediakan di bahagian slide untuk memastikan tiada perlanggaran berlaku. Oleh itu, ibu bapa perlu berada di sini untuk memantau anak-anak bermain. Sekurang-kurangnya seorang dewasa dimestikan untuk menemani sehingga 6 orang kanak-kanak yang bermain. 

Adventure Zone adalah indoor playground yang menawarkan tempat bermain bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah ibu bapa yang ingin mencuba slide yang disediakan. Bukan selalu dapat merasa keseronokan permainan kanak-kanak!

Keseluruhan kawasan Adventure Zone dilengkapi penghawa dingin untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak bermain. Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis slide yang menjadi tarikan di sini. Kami melihat kebanyakan pelanggan yang datang pasti mencuba rainbow slide mereka. Namun, jika anda mahu lebih cabaran, anda boleh mencuba vertical drop slide yang disediakan. Cuma pastikan anda memakai baju berlengan panjang anda tidak akan dibenarkan mencuba drop slide jika memakai baju berlengan pendek. Selain itu, stokin diwajibkan untuk setiap mereka yang ingin bermain di sini.

Hotel menarik Pulau Pinang
Rainbow slide yang menjadi tarikan utama di Adventure Zone

Kepada mereka yang membawa anak kecil, Adventure Zone juga menyediakan kawasan khas yang dipanggil Toddler Zone untuk kanak-kanak yang lebih kecil bermain dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Jika anda lebih selesa membiarkan sahaja mereka bermain sendiri, terdapat kerusi dan meja yang disediakan untuk anda menunggu. Di kawasan ini juga terdapat kaunter snek di mana anda boleh membeli minuman dan snek ringkas buat mengalas perut sementara memerhatikan anak-anak bermain.

Adventure Zone dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Bayaran masuk adalah RM35 untuk dua jam. Namun, jika anda menginap di Golden Sands Resort ataupun Shangri-La Rasa Sayang, anda hanya dikenakan RM24 untuk dua jam atau RM48 untuk separuh hari. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk ibu bapa yang menemani anak-anak bermain di sini.

Dari segi lokasi, Golden Sands Resort terletak berdekatan dengan deretan gerai yang menjual pelbagai cenderahati pada waktu malam. Ini menjadikan hotel ini sesuai jika anda merancang souvenir hunting.

Beca pelancong yang berwarna-warni juga berada betul-betul di hadapan resort ini., sekaligus memudahkan anda membawa anak-anak merasai pemgalaman menaiki beca di Pulau Pinang. Ketika di sini, kami difahamkan bahawa selain dilengkapi lampu berwarna-warni, beca di Batu Ferringhi rata-rata lebih besar berbanding beca di Georgetown. Oleh itu, sudah tentu harga untuk anda menaiki beca di sini juga berbeza dengan harga beca di Georgetown.

Selain itu, Mady Char Kuew Teow dan Jeruk Madu Pak Ali yang sememangnya popular di Pulau Pinang terletak hanya within walking distance sahaja dari Golden Sands Resort. Jika anda merancang untuk ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga Golden Sands Resort, Pulau Pinang di Agodabooking.com atau Expedia dan bandingkan untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda.


Update Mac 2018: Sekali lagi kami berpeluang menginap di Golden Sands Resort Shangri-La semasa percutian pendek di Pulau Pinang. Kami melihat servis dan kemudahan yang ditawarkan masih sangat memuaskan seperti kunjungan sebelum ini. Anak-anak juga masih sangat gembira dengan aktiviti yang ditawarkan. Selain itu, kami diberitahu bahawa tetamu yang menginap di Hotel Jen, Goergetown juga boleh menggunakan kolam renang dan kemudahan kanak-kanak yang ada di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan