Percutian keluarga ke Legoland, Johor: Legoland Hotel

Percutian ke Legoland Johor
(Foto: Agoda.com)

Baru-baru ini kami berkesempatan membawa anak-anak bercuti ke Legoland, Johor. Ini adalah kali pertama kami ke sini. Walaupun sejak ia dibuka, anak-anak sudah berkali-kali bertanya jika kami boleh membawa mereka ke Legoland, namun, sebelum ini kami tidak berkesempatan untuk ke sana. Jadi, sebaik sahaja mereka mengetahui yang kami akan membawa mereka ke sana, melompat-lompat kegembiraanlah mereka.


Lain-lain pilihan hotel menarik untuk percutian ke Legoland


Legoland hotel
Legoland hotel
Lobi Hotel Legoland

Kami telah memilih untuk menginap di hotel Legoland untuk percutian ini. Pada mulanya, saya bercadang untuk menginap di hotel lain sahaja. Oleh itu, saya telah survey dan hampir-hampir melakukan tempahan, tetapi seperti pucuk dicita ulam mendatang, Legoland hotel telah melancarkan promosi istimewa yang saya rasa lebih berbaloi. Memang, walaupun dengan promosi tersebut, harga bilik di Legoland plus tiket untuk satu keluarga masih lebih mahal, namun, perbezaannya tidak terlalu banyak.

Ingin menmpah bilik di Legoland Hotel? Semak harga Legoland Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.

Legoland hotel ialah sebuah hotel yang mensasarkan kanak-kanak. Oleh itu, seluruh hotel boleh dikatakan di dekorasi khas untuk kanak-kanak. Kami memilih bilik bertemakan Kingdom. Terdapat 3 tema untuk dipilih - Kingdom, Pirate dan Adventure. Sewaktu melakukan tempahan, tema Pirate habis ditempah.

Legoland hotel
Sebuah lagi playground di lobi
Sesampai di lobi hotel, sudah jelas anak-anak kagum dengan hotel tersebut. Kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box. Staff di sana juga sangat peramah dan helpful.

Disaat menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif. Tercengang-cengang anak-anak kami dibuatnya.  



Hotel menarik mesra bajet untuk percutian keluarga ke Legoland


Legoland hotel
Sudut blok gergasi. Keadaan sedikit gelap
kerana movie time sedang berlangsung
Bilik yang ditempah dibahagikan kepada dua bahagian - satu bahagian mempunyai katil king size, khas untuk ibu bapa, dan sebahagian lagi mempunyai katil bertingkat dengan satu lagi extra bed yang boleh ditarik keluar, khas untuk kanak-kanak. Bahagian kedua boleh memuatkan 3 kanak-kanak dengan selesa. Kedua-dua bahagian mempunyai televisyen, dan terdapat pintu yang boleh dikunci memisahkan kedua-dua bahagian ini. Hanya ada satu bilik air yang terletak berdekatan dengan bahagian kanak-kanak.

Bagi saya, bilik di Legoland hotel memang selesa. Dekorasinya menarik, dan sudah tentu ditujukan untuk kanak-kanak. Jika ibu bapa mengaharapkan suasana berbulan madu, mereka akan kecewa kerana bahagian ibu bapa juga didekorasi seperti kanak-kanak.

Sesuatu yang lain daripada yang lain - jika anda ke sini, jangan lupa membuka treasure chest yang diletakkan di bahagian bilik anak-anak. Pihak hotel akan menyediakan sehelai kertas dengan beberapa soalan sebagai clue untuk anda membuka treasure chest tersebut. Jika gandingan nombor anda betul, anda akan berjaya membuka peti tersebut. Di dalamnya diletakkan beberapa hadiah untuk anak-anak anda bawa pulang sebagai cenderahati!

Legoland hotel
Kingdom themed room (Agoda.com)
Kami turun bersarapan agak awal atas nasihat staff hotel. Katanya, jika terlambat, restoran agak penuh. Lagipun, kami ingin memanfaatkan masa yang ada untuk ke taman tema Legoland. Tambahan pula pelanggan hotel Legoland diberi keutamaan untuk masuk ke taman tema setengah jam lebih awal daripada pengunjung-pengunjung lain.

Pilihan makanan semasa sarapan di Legoland hotel boleh dikatakan banyak. Namun, untuk hotel yang pride itself sebagai kids friendly hotel, secara jujurnya saya merasakan mereka perlu lebih banyak menambah kids friendly menu. Sebagai contoh, mereka perlu menambah lebih banyak menu berperisa coklat (secara amnya, kanak-kanak = coklat!). Tentu kanak-kanak lebih berselera. Sebagai contoh, boleh diadakan coklat muffin, puff berinti coklat atau menyediakan nutella spread untuk dimakan bersama roti.

   
    
Pilihan homestay menarik berdekatan Legoland


Legoland hotel
Buffet sarapan di Bricks Restaurant
(foto: Agoda.com)
Hotel Legoland juga menawarkan buffet makan malam, namun, bagi saya, harganya agak mahal dan tidak berbaloi, apalagi anak-anak kami kebiasaannya tidak makan banyak. Ketika kami ke sini, harga buffet makan malam adalah RM100++ untuk dewasa dan RM50++ untuk kanak-kanak. Namun, jangan risau. Legoland hotel terletak bersebelahan Medini Mall, jadi, makan tengahari dan malam tidak menjadi masalah. Walaupun dipanggil mall, ia bukanlah sebuah shopping complex yang sesuai untuk anda membeli-belah. Namun, Medini Mall cukup untuk pengunjung hotel dan taman tema mendapat sedikit keperluan kerana ia mempunyai sebuah convenience store di samping beberapa restoran seperti KFC, Burger King, Chicken Rice Shop dan Secret Recipe. 

Percutian ke Legoland Johor
Model yang diperbuat daripada Lego seperti ini
menjadi tarikan kanak-kanak
Kenapa kami memilih Legoland hotel? Pertama, kerana mereka sedang mengadakan promosi yang mana, jika diambil kira total kos, perbezaan dengan menginap di hotel lain tidak jauh bezanya. Kedua adalah kerana lokasinya. Bagi saya, apabila membawa anak-anak kecil, lokasi amat penting. Legoland hotel berada betul-betul berhadapan theme park entrance. Jika anak yang masih bayi sudah terlalu kepenatan dan meragam, atau terbuang air hingga kotor bajunya, saya boleh membawanya pulang untuk berehat atau mencuci apa yang patut sementara kakak-kakaknya masih meneruskan bermain.

Lihat harga terbaik Legoland Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.

Pada hari kedua, nasib kami tidak begitu baik kerana hujan beserta guruh dan kilat turun selama beberapa jam. Keseluruhan taman tema ditutup buat sementara hingga guruh dan kilat reda. Ketika itu, kami boleh membawa anak-anak pulang untuk berteduh dan berehat. Legoland hotel juga menyediakan perkhidmatan di mana jika ini berlaku, anda boleh meminta operatornya memberitahu anda sebaik theme park dibuka semula. Dengan ini, anak-anak bukan sahaja boleh berehat dengan cukup, tetapi juga memaksimumkan masa bermain di theme park sepuas-puasnya. Klik di sini untuk pengalaman percutian keluarga ke taman tema Legoland. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...