Hotel murah dan best untuk ke Legoland bersama anak-anak - memang awesome!

Legoland memang mempunyai tarikan tersendiri untuk kanak-kanak. Sekali dah dibawa, memang akan berangan-angan dan mengidam-idam untuk ke sana lagi.

Sebenarnya terdapat banyak pilihan hotel dan penginapan untuk mereka yang merancang ke sana. Jika ingin penginapan yang betul-betul berhampiran Legoland, sudah tentu Legoland Hotel atau setidak-tidaknya Somerset Medini sesuai sebagai hotel pilihan. Namun, jika anda tidak begitu kisah tentang jarak, dan hanya mencari tempat untuk berehat setelah kepenatan seharian meluangkan masa di Legoland, sudah tentu terdapat banyak lagi hotel yang boleh menjadi pilihan percutian keluarga anda!

Di sini disenaraikan antara hotel menarik dengan rata-rata jarak ke Legoland sekitar 10 ke 15 minit. Hotel-hotel ini juga menawarkan harga yang amat berpatutan untuk percutian keluarga ke Legoland yang best bersama anak-anak!


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. Hotel Granada

Jarak ke Legoland: 9.8 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 10.6 km

Terletak di Taman Bukit Indah, Hotel Granada menawarkan penginapan yang convenient pada harga berpatutan untuk mereka yang merancang untuk ke taman-taman tema seperti Legoland mahupun Hello Kitty Town. Lokasi yang berhampiran dengan tempat makan dan AEON Mall memudahkan para tetamu mendapatkan keperluan ketika percutian. Selain bilik penginapan yang selesa, Hotel Granada juga menyediakan hidangan sarapan untuk tetamu yang menginap di sini.

Tawaran untuk tempahan secara online sering diadakan untuk hotel ini, menjadikan harganya kompetetif. Untuk harga terbaik, semak tawaran Hotel Granada di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
Hotel Granada, Johor


2. D Elegance Hotel

Jarak ke Legoland: 9.5 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 10.9 km

Sesuai dengan namanya, D Elegance Hotel menampilkan dekorasi stylish dan penginapan yang selesa untuk para tetamunya. Dengan harga bilik yang sangat berpatutan, anda mempunyai pilihan lima jenis bilik, termasuk triple dan family room yang sesuai jika bercuti bersama anak-anak yang masih kecil. Lokasi yang berdekatan dengan tempat makan juga menjadi plus point yang sudah tentu membantu memudahkan anda melayan karenah anak-anak semasa percutian. 

Pastikan anda mendapat tawaran terbaik D Elegance Hotel. Semak harga D Elegance Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
D Elegance Hotel


3. Orange Hotel

Jarak ke Legoland: 9.6 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 10.5 km

Sebuah hotel bajet yang menawarkan penginapan pada harga yang berpatutan untuk percutian keluarga ke Legoland mahupun Hello Kitty Town. Walaupun ruang bilik mungkin agak terhad, Orange Hotel menyediakan penginapan selesa untuk anda berehat setelah seharian meluangkan masa di taman-taman tema yang berdekatan. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Giant dan Tesco serta pilihan tempat menjamu selera di sekitarnya untuk kemudahan percutian anda.

Semak harga Orange Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapar tawaran terbaik!


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
Orange Hotel, Johor


4. The Vintage Hotel

Jarak ke Legoland: 9.1 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 11.9 km

The Vintage Hotel merupakan sebuah lagi hotel bajet yang terletak tidak jauh dari Legoland untuk percutian keluarga bersama anak-anak. Menawarkan beberapa jenis pilihan bilik termasuk bilik famili, The Vintage Hotel menyediakan penginapan yang ringkas tetapi selesa untuk anda beristirahat setelah kepenatan seharian bergembira di taman tema Legoland.

Hotel di deretan shoplot ini juga terletak berdekatan dengan kedai serbaneka dan beberapa restoran untuk kemudahan anda. Walaubagaimanapun, tiada shopping mall di kawasan sekitar hotel ini.

Semak untuk harga terbaik The Vintage Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah dekat Legoland

Hotel murah dekat Legoland
The Vintage Hotel



5. The Princeton Hotel

Jarak ke Legoland: 10.2 km
Jarak ke Heelo Kitty Town: 11.1 km

Hotel bajet yang terletak di deretan rumah kedai, The Princeton Hotel menawarkan penginapan yang ringkas untuk percutian anda ke Legoland. Dengan lokasi yang berhampiran mall seperti AEON dan Tesco serta tempat makan, insya Allah percutian bersama anak-anak menjadi lebih mudah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli tiket ke Legoland di hotel ini untuk mengelakkan queue di taman tema terutamanya semasa musim cuti sekolah.

Semak harga terbaik The Princeton Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
Princeton Hotel


6. Hotel Nusa CT

Jarak ke Legoland: 6.4 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 9.4 km

Mungkin hotel yang paling dekat ke Legoland dalam senarai ini. Hotel Nusa CT menawarkan penginapan serba ringkas untuk anda beristirahat semasa percutian anda. Jika anda berkunjung bersama-sama anak-anak kecil, hotel ini juga menyediakan pilihan bilik famili untuk keselesaan anda. Terdapat juga restoran di sekitar hotel ini untuk anda menjamu selera. 

Hotel ini sebenarnya biasa-biasa dan basic sahaja, namun lokasinya yang boleh dikatakan hotel bajet terdekat dengan Legoland menjadikan ia salah satu pilihan mereka yang bercuti ke sini bersama anak-anak. Jika anda bercadang untuk menginap di sini, mungkin lebih baik jika anda berkenderaan kerana tiada mall yang terletak di kawasan berhampiran jika anda perlu mendapatkan apa-apa keperluan.

Untuk harga terbaik, semak tawaran Hotel Nusa CT di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
Hotel Nusa CT


7. Tune Hotel

Jarak ke Legoland: 15.3 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 16.1 km

Siapa yang tidak kenal dengan Tune Hotel yang bertemakan warna merah ini? Salah satu pilhan hotel bajet popular di Malaysia, Tune Hotel yang terletak di Danga Bay ini sesuai dijadikan 'pangkalan' percutian anda ke Legoland bersama anak-anak. Lokasi yang berhampiran restoran dan 7-Eleven juga memudahkan para tetamu. 

Walaupun Tune Hotel boleh dikatakan yang paling jauh dari Legoland di dalam senarai ini, mereka menyediakan shuttle servis ke Legoland dan Universal Studio untuk kemudahan tetamu mereka.

Semak harga Tune Hotel, Danga Bay di Agodabooking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
Tune Hotel, Danga Bay


 8. V8 Hotel

Jarak ke Legoland: 11.7 km
Jarak ke Hello Kitty Town: 12.5 km

Jika anda berkunjung ke Legoland bersama anak-anak kecil, hotel ini mampu menjadi penginapan yang best untuk percutian anda sekeluarga. Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang ditawarkan termasuk family suite yang sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. 

Bukan itu sahaja, pada harga yang ditawarkan, hotel ini juga menyediakan kolam renang dilengkapi slide yang sudah tentu membuatkan anak-anak excited walaupun setelah seharian bermain di Legoland. Hmm... cuma satu masalahnya. Ibu bapa juga pasti kepenatan melayan karenah anak-anak berseronok pula di kolam hotel sekembalinya dari Legoland!

Dapatkan harga terbaik V8 Hotel. Semak tawaran di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel murah best dekat Legoland

Hotel murah best dekat Legoland
V8 Hotel




Tiada ulasan:

Catat Ulasan