Matematik mudah - sifir 9 dalam tangan!

Bercakap tentang matematik, di zaman dahulu, kebanyakan kita diajar untuk mengambil pendekatan menghafal sifir. Bagi kebanyakan pelajar sekolah ketika itu, sifir darab seperti kemahiran asas matematik yang dikuasai hampir semua pelajar. Latihan demi latihan, drill demi drill akan dilakukan di sekolah, malah di rumah sesama adik-beradik.

Secara peribadi, saya merasakan kemahiran ini semakin luntur. Sebagaimana lunturnya kemahiran orang dewasa menghafal nombor-nombor telefon yang pelbagai, begitu juga anak-anak kita dalam menghafal sifir darab. Zaman sekarang, jangan katakan nombor telefon rakan-rakan, ramai di antara kita (termasuk diri saya sendiri) yang tidak begitu ingat nombor telefon pasangan malah nombor telefon sendiri. Alasannya senang. Saya tak perlu telefon diri sendiri!

Berbalik kepada kemahiran sifir darab, saya mendapati anak-anak saya sendiri tidak begitu cekap seperti mana kanak-kanak suatu ketika dahulu dalam menghafal sifir. Kalau menghafal pun tidak cekap, apalagi jika di drill dan ditanya secara random. Ini terutamanya ketika mereka mula-mula belajar sifir darab. Walaupun saya memahami kemahiran sifir ini mengambil masa, keadaan ini mula membuatkan mereka demotivated. Tambahan pula syllabus sekarang juga rata-rata semakin mencabar berbanding dulu.

Disebabkan itu, saya mencari cara lain untuk membantu mereka. Alhamdulillah, saya menemukan cara yang sesuai dengan mereka. Malah, setelah beberapa tahun menggunakannya, salah seorang anak saya masih suka menggunakan cara ini berbanding menghafal. Terpulanglah. Lain orang lain caranya. 

Teknik ini bukanlah hasil invention diri sendiri. Mungkin juga ada antara anda yang sudah pun tahu mengenainya. Namun, saya kongsikan juga dengan harapan dapat membantu mereka yang sedang mencari-cari teknik mudah mengajar sifir. 

Saya mulakan dengan sifir 9 kerana ini adalah yang paling mudah dan yang pertama saya ajarkan kepada anak-anak dahulu. Kemahiran yang diperlukan hanyalah pandai mengira. Itu sahaja. Mari kita mulakan... bismillah.

(Klik di sini untuk teknik sifir 6,7 dan 8)

Contoh 1:

9 X 4


Matematik mudah

Langkah 1 - Buka kesemua jari seperti di atas


Matematik mudah


Langkah 2 - Tutup jari yang keempat dari kiri.


Matematik mudah


Langkah 3 - Kira bilangan jari yang terbuka ke sebelah kiri jari yang ditutup. Di dalam contoh ini, bilangan jari yang terbuka ke sebelah kiri ialah 3.


Matematik mudah

Langkah 4 - Sekarang, kira bilangan jari yang terbuka ke sebelah kanan jari yang ditutup. Anda dapat melihat ada 6 jari yang terbuka ke sebelah kanan.


Matematik mudah


Langkah 5 - Voila! Sekarang anda sudah mendapat jawapannya. Hasil darab 9 X 4 adalah gabungan nombor di sebelah kiri dan kanan jari yang ditutup. Jadi, 9 X 4 = 36 !


Contoh 2:

9 X 9

Matematik mudah

Langkah 1 - Sekarang, mari kita cuba dengan nombor lain, 9 X 9


Matematik mudah

Langkah 2 - tutup jari kesembilan dari kiri.


Matematik mudah

Langkah 3 - Ulang langkah yang sama seperti cubaan sebelum ini. Kira jumlah bilangan jari yang terbuka ke sebelah kiri jari yang ditutup. Terdapat 8 jari yang terbuka ke sebelah kiri.


Matematik mudah

Langkah 4 - Kini giliran jari ke sebelah kanan jari yang ditutup. Hanya satu jari ke sebelah kanan.


Matematik mudah


Langkah 5 - Sekarang gabungkan sahaja dua nombor itu. Jadi, 9 X 9 = 81.


Sangat-sangat mudah, kan? Alhamdulillah, sekejap sahaja anak anda sudah tahu sifir 9. Saya rasakan ianya sangat mudah sehinggakan kini saya sendiri sering menggunakan teknik ini. Selamat mengajar dan belajar!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan