Cuti hujung minggu baru-baru ini, kami telah berkesempatan membawa anak-anak ke Fraser's Hill atau Bukit Fraser. Destinasi kali ini sebenarnya sudah lama berada di dalam wishlist family weekend getaway, namun belum pernah kesampaian.
Perjalanan ke Fraser's Hill dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya kira-kira 2 jam setengah. Berbanding dengan Cameron Highlands, jalan ke Fraser's Hill sempit dan berliku-liku, terutamanya pada 8 km terakhir. Walaupun jalannya sempit, anda tidak perlu risaukan kereta yang datang dari arah bertentangan kerana pada 8 km terakhir ini, laluan mendaki ke Fraser's Hill adalah berlainan dengan laluan menuruni bukit yang perlu anda gunakan dalam perjalanan pulang kelak. Jika ada anak-anak yang mudah mabuk, laluan ke sini sudah tentu terasa sangat mencabar walaupun hakikatnya, perjalanan ke sini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama.
Rumah Rehat Sri Berkat yang menjadi tempat penginapan semasa percutian keluarga kami (foto: tourismselangor.com) |
Sesampainya di Fraser's Hill, langsung laluan yang berliku sebentar tadi dilupakan. Udara yang segar, kehijauan alam sekitar yang masih terjaga dan suasana yang tenang membuatkan kami sangat excited untuk menghabiskan masa hujung minggu di sana. Walaupun udaranya dingin, ianya tidak sesejuk udara di Cameron Highlands. Anak-anak kami tak memerlukan jaket yang dibawa kerana suhu di sana bagi kami adalah just nice. Pekan di sana juga kecil, dan tidak kelihatan ramai pengunjung walaupun ketika hujung minggu.
Kami telah memilih untuk menginap di Rumah Rehat Sri Berkat yang beroperasi di bawah pengurusan Selangor Tourism Sdn Bhd. Banglo dua tingkat yang dibina pada tahun 1926 ini menawarkan 9 bilik penginapan untuk tetamu yang bercuti di Fraser's Hill. Terdapat 3 jenis bilik sebagai pilihan, iaitu Deluxe, Executive dan Suite. Bilik-bilik di sini agak besar, terutamanya bilik jenis Executive dan Suite. Terdapat banyak kawasan untuk anak-anak bermain dan berlari-lari baik di dalam bilik atau di kawasan banglo ini sendiri. Namun begitu, tidak semua bilik di sini mempunyai attached bathroom. Jika anda menginap di bilik Executive umpamanya, anda perlu melintas koridor kecil untuk ke tandas yang berada betul-betul di hadapan bilik. Connecting room turut disediakan (namun, connecting room ini adalah antara bilik yang tidak mempunyai attached bathroom).
Terdapat common kitchen yang dilengkapi peti sejuk, freezer, toaster dan peralatan asas seperti pinggan di mana anda boleh menyediakan makanan ringkas. Selain itu, lounge tempat beristirahat dan menonton televisyen berada di kedua-dua tingkat banglo ini. Televisyen tidak disediakan di dalam bilik.
Bilik suite yang sangat luas |
Koridor yang memisahkan Executive Room dan bilik air |
Terdapat common kitchen yang dilengkapi peti sejuk, freezer, toaster dan peralatan asas seperti pinggan di mana anda boleh menyediakan makanan ringkas. Selain itu, lounge tempat beristirahat dan menonton televisyen berada di kedua-dua tingkat banglo ini. Televisyen tidak disediakan di dalam bilik.
Antara sebab kami memilih banglo ini adalah kerana kami ingin mengadakan sesi barbeque bersama anak-anak. Sejak berkenalan dengan aktiviti ini, mereka sangat looking forward untuk sesi sebegini setiap kali percutian. Terdapat barbeque pit yang disediakan di sini untuk kegunaan tetamu. Jika merancang untuk berbaque, arang, starter dan mancis perlu dibawa sendiri oleh anda. Jika anda mempunyai lampu kecemasan mudah alih, ia juga dapat membantu kerana kawasan di sekitar barbeque pit ini agak gelap. Untuk kami yang tidak begitu professional ini, agak susah untuk kami mengagak jika ayam yang dibakar sudah masak.
Barbeque pit yang disediakan |
Caretaker yang menginap di belakang banglo lama ini juga sangat helpful. Banglo ini dijaga bersih, selain katil yang disediakan selesa. Bilik air dilengkapi hot shower, manakala tuala dan sabun di dalam soap dispenser turut dibekalkan.
Namun begitu, secara peribadi, saya merasakan pihak pengurusan perlu lebih prihatin dalam usaha untuk memelihara bangunan heritage ini, lebih-lebih lagi di kawasan dengan cuaca begini. Di banyak kawasan, terdapat lumut yang tumbuh di dinding bahagian dalam bangunan dan struktur kayu seperti rangka pintu dan hiasan kayu mereput dengan agak obvious. Memang difahami bahawa di dalam cuaca begini, lebih senang untuk lumut hidup dan proses pereputan kayu juga lebih mudah, namun, apabila keadaan seperti ini dibiarkan, ia sudah tentu boleh menimbulkan ketidakselesaan untuk tetamu yang berkunjung (kami agak bertuah kerana ketika kami sampai di sana, caretaker bangunan ini menunjukkan bilik-bilik yang ada dan membenarkan kami memilih bilik yang kami suka).
Contoh bahagian dinding yang memerlukan maintenance |
Memandangkan banglo ini bukan berada di kawasan pekan, suasana di sekitar terasa sangat tenang dan mendamaikan. Bagi kami yang dewasa, sememangnya suasana begini adalah percutian ideal untuk merehatkan fikiran. Namun, untuk anak yang masih kecil, walaupun mereka seronok bermain dan berlari di kawasan banglo yang luas ini, apabila tiba waktu malam, ada juga yang ketakutan. Mungkin kerana tidak biasa dengan rumah yang besar begini, ditambah pula ketika itu tiada orang lain yang menginap di sini, membuatkan mereka merasa terlalu sunyi. Alhamdulillah, anak kami hanya ketakutan pada malam pertama penginapan. Pada malam kedua, mungkin kerana ada tetamu lain yang check in dan menginap di sana, mereka sudah mampu bermain dan ke sana ke mari seperti di rumah sendiri! Sejujurnya, ini adalah kali pertama kami menginap di banglo heritage besar seperti ini. Penginapan seperti ini mungkin lebih meriah dan sesuai jika percutian disertai oleh kaum keluarga atau kenalan yang agak ramai. Barulah anak-anak tidak terasa terlalu terasing.
Bersarapan pagi dikelilingi udara segar dan suasana yang mendamaikan |
Bangunan yang lebih rendah adalah kediaman caretaker Rumah Rehat Sri Berkat. Bilik-bilik penginapan terletak di bangunan dua tingkat sebelahnya. |
Oh, jika ada yang berfikir kalau-kalau terdapat sebab-sebab lain yang membuatkan anak kecil kami ketakutan, jawabnya tidak. Tiada apa-apa kejadian aneh berlaku di banglo lama ini semasa penginapan kami di sini.
Secara keseluruhannya, selain daripada beberapa bahagian bangunan yang memerlukan lebih maintenance oleh pihak pengurusan, penginapan di bangunan heritage ini mampu menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan.
Rumah Rehat Sri Berkat tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan ini, anda boleh ke laman rasmi Rumah Rehat Sri Berkat di sini atau hubungi talian 09-3622036.
Salam admin, terima kasih atas perkongsian. Sy tahu banglo ini dari buku "CERITA MALAYSIA KE PIALA DUNIA". Banglo ini pernah dijadikan kem latihan skuad harimau malaya sebelum kelayakan piala dunia. Menarik dan terima kasih.
BalasPadamWaalaikumussalam. Terima kasih juga di atas perkongsian. Alhamdulillah, pengetahuan baru buat kami 👍
PadamAdmin boleh sy ketahui berapa Kos sewa banglo ni untuk 2 mlm. Tolong bg no contact
BalasPadamHi Murali. Encik boleh klik link di atas untuk info lanjut tentang banglo ini atau call 09-3622036.
Padam