Hotel dan penginapan di Fraser's Hill - destinasi percutian keluarga yang tenang dan mendamaikan!

Keindahan alam semulajadi di tengah-tengah kesegaran udara yang dingin sememangnya menjadi satu tarikan tersendiri yang menjadikan Fraser's Hill sebagai destinasi istirahat yang unik. Mungkin tidak sepopular Cameron Highlands, namun ia tetap menjadi pilihan destinasi weekend getaway di kalangan warga Kuala Lumpur memandangkan jaraknya yang tidak begitu jauh dari bandaraya yang sentiasa 'hidup' ini.

Jika anda sudah terbiasa dengan kehidupan fast pace seperti di kebanyakan bandaraya di Malaysia, mungkin anda akan terasa waktu berjalan dengan sangat perlahan seolah-olah dibekukan oleh kedinginan udara di tanah tinggi ini. Suasana di Fraser's Hill boleh dikatakan sangat relaxing dan langsung tiada rush hour. Percutian di sini sesuai jika anda sememangnya mencari tempat berehat dan tidak merancang untuk melakukan banyak aktiviti, dan semestinya ia bakal menjadi pilihan yang salah jika anda inginkan tempat percutian yang 'happening'.

Tidak banyak hotel mahupun aktiviti yang ditawarkan di sini, namun, jika anda benar-benar sekadar ingin berehat atau perlu de-stress dari kesibukan kota, insya-Allah keputusan bermalam di Fraser's Hill dapat memberi ketenangan yang anda idamkan.

Tiada penginapan 5 bintang ditawarkan di sini. Mungkin kerana kelembapan udaranya, seringkali juga pengunjung mengatakan tentang bau bilik, terutamanya ketika pertama kali melangkah ke masuk ruang bilik. Bau ini bagaimanapun kebiasaannya akan hilang selepas seketika. Maintenance juga difahami adalah lebih mencabar di dalam udara dan altitud begini, dan di sesetengah tempat penginapan, anda mungkin melihat tanda-tanda cat yang mengelupas, malah mungkin juga kesan-kesan kulat di dinding. Masalah seperti ini lebih ketara di bangunan-bangunan lama. Mungkin kerana usia bangunan membuatkan kerja-kerja pemuliharaan lebih sukar.

Daripada pengalaman kami ke sana, suasana sunyi yang kadang-kadang boleh terasa mencengkam turut tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anda ke sana dalam keluarga yang kecil, apatah lagi disertai kanak-kanak. Suasana sunyi ini akan lebih terasa pada waktu malam, terutamanya di penginapan-penginapan yang agak terasing dari kawasan pekan. Jika tidak biasa dengan suasana sebegini, anak-anak kecil mungkin boleh menjadi ketakutan, dan sudah tentu anda tidak dapat berehat apatah lagi enjoy the holiday apabila anak asyik menangis. Melainkan anda ke sini dalam bilangan ahli yang agak ramai, anda mengetahui bahawa ada tetamu lain yang akan menginap di penginapan yang dituju, ataupun anak-anak anda memang berhati waja, penginapan dan hotel yang terletak di kawasan pekan kecil Fraser's Hill mungkin lebih sesuai.

Di sini, disenaraikan hotel dan penginapan yang boleh menjadi pilihan anda sekeluarga. Diharap senarai ini dapat membantu anda merancang percutian keluarga yang menarik di tanah tinggi yang penuh ketenangan ini.


1. Puncak Inn

Terletak di kawasan pekan betul-betul berhadapan Clock Tower yang menjadi mercu tanda Fraser's Hill, Puncak Inn menyambut kedatangan tetamu dengan dekorasi ala-Inggeris di bahagian lobi. Beberapa pilihan bilik serba ringkas ditawarkan untuk pilihan tetamu. Walaupun saiz bilik di sini agak kecil, setiap bilik dilengkapi kemudahan seperti kipas dinding, televisyen, cerek dan hot shower. Bilik-bilik di sini bagaimanapun tidak dilengkapi carpet dan ini mungkin akan membuatkan sesetengah tetamu berasa kurang selesa kerana kesejukan di dalam cuaca seperti ini, terutamanya pada waktu malam.

Walaupun terdapat 3 level untuk bilik-bilik penginapan, hotel ini TIDAK mempunyai kemudahan lift. Oleh itu, jika ada antara ahli keluarga yang mempunyai kesulitan mendaki tangga, hotel ini tidak sesuai untuk percutian keluarga anda. Kawasan parking terletak di hadapan bangunan hotel. Parking ini walaubagaimanapun bukanlah terhad untuk tetamu hotel.

Selain bilik penginapan, pihak hotel juga menyediakan aktiviti seperti sewaan basikal dan juga permainan indoor seperti congkak, carrom dan chess pada sedikit harga tambahan. Terdapat gift shop kecil di luar bangunan hotel selain deretan kedai makan di hadapan hotel untuk memudahkan anda membawa anak-anak menjamu selera. Selain itu, anda juga hanya perlu berjalan kaki ke Fraser's Hill Bird Interpretative Centre atau Public Library yang berada tidak jauh dari hotel Puncak Inn. Sesuatu yang menarik tentang hotel ini ialah tetamu boleh menikmati pemandangan indah pekan Fraser's Hill dari level teratas yang dilengkapi kawasan berehat untuk tetamu bersantai.

Puncak Inn boleh dihubungi di talian 09-3622007 atau ditempah secara online di Agoda.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Puncak Inn, Fraser's Hill (foto: Agoda)



2. Shahzan Inn

Juga terletak di kawasan pekan tidak jauh dari Clock Tower, Shahzan Inn adalah sebuah lagi hotel yang boleh dijadikan pilihan percutian anda sekeluarga di Fraser's Hill. Walaupun interior hotel ini mungkin agak outdated, hotel ini menawarkan alternatif penginapan yang tidak terlalu sunyi memandangkan ianya hanyalah within walking distance ke pekan kecil Fraser's Hill. Kebanyakan bilik di hotel ini mempunyai 2 single bed. Bilik dengan katil bersaiz queen adalah terhad. Tiada kipas dinding atau penghawa dingin disediakan, namun, jika anda memerlukan, anda boleh meminta untuk dibekalkan dengan stand fan.

Untuk kemudahan para tetamu, kawasan hotel ini mempunyai convenience store di samping souvenir shop dan mesin ATM. Selain daripada itu, hotel ini turut dilengkapi kemudahan lift dan kawasan parking.

Shahzan Inn boleh terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Hotel ini juga boleh dihubungi di talian 09-3622300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluargadi Fraser's Hill
Shahzan Inn, Fraser's Hill (foto: Expedia.com.my)



3. Ye Olde Smokehouse

Jika anda inginkan penginapan berkonsepkan English Country, Ye Olde Smokehouse adalah hotel yang sesuai untuk percutian anda di tanah tinggi yang juga dikenali sebagai Little England of Malaysia ini. Banglo lama yang kini dijadikan hotel penginapan yangmenarik, Ye Olde Smokehouse terletak di kawasan dikelilingi hutan yang menghijau di tepi jalan kecil menuju ke air terjun Jeriau.

Setiap bilik di sini mempunyai dekorasi yang berlainan. Tiada dua bilik yang sama, namun yang pasti setiap satu mengekalkan konsep English countryside yang menjadi identiti hotel ini. Jika anda berkunjung bersama anak, anda boleh memilih bilik family yang dilengkapi sebuah katil bersaiz king dan sebuah katil single. Bilik-bilik di sini tidak mempunyai televisyen.

Memandangkan hotel ini terletak di tepi jalan kecil, kawasan parking berdekatan hotel adalah terhad. Jika kawasan parking sudah penuh, anda perlu meletak kenderaan sedikit jauh dari hotel. Jika memilih untuk menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba scones untuk minum petang yang dikatakan sangat menyelerakan!

Ye Olde Smokehouse Fraser hill tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, klik di sini atau hubungi 09-3622035.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Ye Olde Smokehouse, Fraser's Hill (foto: thesmokehouse.my)



4. TM Resort

Walaupun dimiliki oleh syarikat komunikasi TM, pilihan penginapan ini sebenarnya turut terbuka kepada orang awam. Cumanya, jika anda adalah staf TM, sudah tentu anda layak mendapat harga istimewa jika ingin menginap di sini.

Terdapat dua penginapan TM di Fraser's Hill di dua lokasi yang berbeza; TM Resort Sri Intan dan TM Resort Sri Peninjau.

TM Resort Sri Intan adalah sebuah penginapan jenis banglo 7 bilik di mana bilik-bilik di dalam banglo ini disewakan secara berasingan. Kemudahan seperti common lounge, garden dan barbeque pit disediakan untuk para tetamu. Banglo ini tidak berada di kawasan pekan Fraser's Hill. Oleh itu, kawasan persekitaran boleh menjadi agak sunyi, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung dalam bilangan ahli yang sedikit dan tiada tetamu lain menginap. TM Resort Sri Intan boleh dihubungi di talian 09-3622400 / 09-3623521 atau ditempah secara online di Agoda dan booking.com.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
TM Resort Sri Intan, Fraser's Hill


Berbanding dengan TM Resort Sri Intan, TM Resort Sri Peninjau terletak di lokasi yang lebih terasing. Kemudahan penginapan di sini adalah berkonsepkan apartment satu dan dua bilik. Terdapat 12 unit apartment kesemuanya (6 unit apartment satu bilik dan 6 unit apartment 2 bilik). TM Resort Sri Peninjau boleh dihubungi di talian 09-3622500 / 09-3622352 dan juga terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan booking.com.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
TM Resort Sri Peninjau, Fraser's Hill



5. Rumah Rehat Sri Berkat

Dibina pada tahun 1926 oleh British Red Cross, rumah agam dua tingkatyang kini berada di bawah pengurusan Selangor Tourism Sdn Bhd ini menyediakan bilik-bilik penginapan yang luas untuk tetamu yang berkunjung ke Fraser's Hill. Seperti juga kebanyakan banglo di sini, Rumah Rehat Sri Berkat tidak berada di kawasan pekan kecil di atas bukit ini. Banglo ini mempunyai 9 buah bilik, namun tidak kesemuanya mempunyai attached bathroom. Di sini, para tetamu juga boleh beristirahat dan meluangkan masa bersama-sama di common lounge, menyediakan juadah ringkas di common kitchen atau melakukan aktiviti barbeque di perkarangan banglo. Set televisyen hanya disediakan di common lounge.

Rumah Rehat Seri Berkat tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini atau hubungi 03-55132000. Anda juga boleh membaca pengalaman penginapan kami di rumah agam ini di sini.



Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser's Hill (foto: sriberkat.weebly.com)


6. Fraser's Silverpark Resort

Fraser's Silverpark Resort adalah penginapan berkonsepkan apartment di puncak bukit di luar kawasan pekan Fraser' Hill. Perlu diingati bahawa Fraser's Silverpark Resort bukanlah berada di bawah satu pengurusan, tetapi unit-unit apartment di sini dimiliki oleh beberapa pemilik berlainan, baik syarikat mahupun persendirian yang menawarkan unit mereka sebagai penginapan untuk pelancong yang berkunjung ke Fraser's Hill. 

Puncak Inn Apartment umpamanya berada di bawah pengurusan Puncak Inn (hotel pertama dalam senarai ini). Walaupun terletak di bawah pengurusan Puncak Inn, apartment-apartment yang disediakan bertempat di Fraser's Silverpark Resort, dan bukannya berdekatan dengan bangunan utama hotel mereka yang terletak berhadapan Clock Tower. Di sini juga anda boleh menginap di unit-unit apartment 'Fraser's Hill Comfy Home' yang merupakan rangkaian homestay di bawah satu pengurusan. Selain daripada itu, terdapat juga unit-unit apartment yang diuruskan secara individu oleh pemilik-pemilik apartment yang menawarkan unit mereka sebagai homestay untuk para pelancong. Disebabkan ini, sebuah unit apartment di sini mungkin berbeza daripada yang lain, terpulang kepada pihak yang menguruskan unit tersebut.

Disebabkan lokasi apartment ini yang berada di luar kawasan pekan, sesetengah pengunjung merasakan penginapan di sini agak sunyi. Walaubagaimanapun, ia tetap mendapat perhatian di kalangan pengunjung yang bercuti bersama kaum keluarga yang agak ramai, mungkin kerana ia lebih memberikan ruang untuk meluangkan masa bersama berbanding penginapan di bilik-bilik hotel.

Puncak Inn Apartment boleh ditempah di talian 09-3622007 untuk maklumat lanjut atau ditempah terus secara online di Agoda.


Percutian keluarga di Fraser's Hill
Apartment studio Puncak Inn Apartment, Fraser's Silverpark Resort, Fraser's Hill
(foto: Agoda)


Jika berminat untuk menginap di rangkaian unit Fraser's Hill Comfy Home, unit apartment dua bilik A2-3-1, A3-1-8, A3-5-6B12-3A-02, dan apartment studio B-8-6-2 terbuka untuk tempahan secara online di Agoda. Selain itu, rangkaian apartment ini juga boleh ditempah melalui airbnb.



Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga menarik di Fraser's Hill
Contoh unit Fraser's Hill Comfy Home, Fraser's Silverpark Resort, Fraser's Hill
(foto: Agoda)



7. Banglo

Sesuai dengan gelaran 'Little England of Malaysia', banglo-banglo lama era kolonial turut menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Fraser's Hill. Banglo-banglo heritage ini masih kekal dan digunakan hingga ke hari ini. Banyak di antara banglo-banglo ini yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang menjadikan banglo ini sebagai pilihan penginapan untuk staf mereka beristirahat. Namun, ada juga di antaranya yang terbuka untuk tempahan orang ramai. 

Secara amnya, banglo lama yang disewakan secara keseluruhan begini menjadi pilihan mereka yang bercuti bersama kaum keluarga atau sahabat handai yang agak ramai. Bukan sahaja mereka dapat merasa bermalam di penginapan unik begini, malah mereka turut mempunyai ruang untuk aktiviti nbersama selain kebanyakan banglo ini juga menawarkan halaman untuk anak-anak bermain dan berlari.  

Klik di sini untuk senarai banglo di Fraser's Hill untuk tempahan awam.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan