Banglo British untuk penginapan keluarga di Fraser's Hill - seperti percutian luar negara!

Fraser's Hill sememangnya terkenal dengan banglo-banglo zaman kolonial yang bukan sahaja masih kekal, malah masih digunakan hingga ke hari ini. Walaupun tempat ini kecil, kehadiran banglo-banglo heritage ala English countryside memberi keunikan tersendiri kepada tempat ini. Disebabkan ini, tak hairanlah jika Fraser's Hill diberi jolokan 'the Little England of Malaysia'.

Banglo-banglo ini sesuai menjadi pilihan penginapan jika anda ingin berkumpul dan bercuti bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Bukan sahaja menawarkan penginapan yang unik, malah kebanyakan banglo heritage ini memberi ruang untuk anak-anak kecil bermain dan berlari dengan bebas semasa percutian.

Kebanyakan banglo di sini dimiliki oleh syarikat-syarikat yang memanfaatkan kemudahan unik seperti ini sebagai tempat istirahat pekerja yang berkhidmat dengan syarikat mereka. Walaubagaimanapun, ada juga antara syarikat-syarikat ini yang membuka tempahan banglo milik mereka untuk tempahan oleh orang awam (sudah tentu, staff mereka tetap diberi keutamaan selain mendapat potongan harga istimewa).

Di sini disenaraikan banglo-banglo yang boleh ditempah sebagai penginapan oleh orang awam. Senarai ini adalah hasil pencarian semasa merancang percutian pada Julai 2017. Ada antara banglo yang dinyatakan harga, dan perlu diingatkan bahawa harga yang dinyatakan adalah sepertimana yang diberitahu ketika ketika itu. Jika ada penginapan seperti ini yang tidak disenaraikan, anda boleh menambahnya di ruangan komen di bawah. Semoga membantu.


1. Banglo Puncak Inn

Banglo Puncak Inn terdiri daripada 4 buah banglo yang berasa di bawah pengurusan yang sama dengan Hotel Puncak Inn. Banglo-banglo ini mempunyai kapasiti tetamu yang berbeza dan berada di lokasi yang berlainan di sekitar Fraser's Hill. Penginapan banglo begini sudah tentu menjadi pilihan mereka yang ingin merasai pengalaman bermalam di banglo kolonial ataupun mereka yang mencari penginapan yang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga. Berikut adalah serba sedikit mengenai Banglo Puncak Inn:

a. Banglo Abu Suradi - Juga dikenali sebagai Banglo Tioman, banglo ini mempunyai dua bilik dan sesuai untuk tetamu seramai 4 orang. Walaubagaimanapun, tidak seperti kebiasaan banglo lain di sini, Banglo Abu Suradi tidak mempunyai ruang tamu ataupun ruang makan. Dalam kata lain, banglo ini merupakan 2 bilik penginapan yang bersambung. Banglo ini juga berada betul-betul berhadapan jalan. Disebabkan itu, sesetengah tetamu mungkin merasa terganggu dengan bunyi kenderaan yang melalui laluan tersebut. Disebabkan lokasi seperti ini juga, ia mungkin kurang sesuai jika anda inginkan sebuah penginapan banglo di mana anda boleh membiarkan anak-anak berlari dan bermain di halaman. Namun begitu, banglo Abu Suradi berada sangat berhampiran masjid dan ini memudahkan anda untuk bersolat berjemaah semasa percutian.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Banglo Abu Suradi/Banglo Tioman, Fraser's Hill (foto" Agoda)

b. The Cottage - juga dikenali sebagai Banglo Bentong, banglo ini sesuai untuk penginapan sehingga 8 orang tetamu. Banglo ini mempunyai 2 bilik di bahagian utama dan 2 lagi di bahagian belakang yang bersambung dengan bahagian utama. Bahagian belakang ini adalah bahagian di mana bilik pekerja ditempatkan suatu ketika dahulu. Kesemua bilik mempunyai attached bathroom. Berbeza dengan Banglo Abu Suradi, banglo ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan sesuai sebagai tempat berkumpul dan beramah mesra bersama-sama ahli keluarga. Dapur juga turut disediakan untuk penyediaan sarapan atau hidangan ringkas. Selain itu, lokasi The Cottage juga tidak begitu jauh dari masjid dan ini memudahkan tetamu beragama Islam menunaikan kewajipan untuk bersolat berjemaah.


Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill
The Cottage/Banglo Bentong, Fraser's Hill (foto: Agoda)

c. Banglo Hollebekke - Berlatarbelakangkan bangunan apartment Fraser's Silverpark Resort, Banglo Hollebekke atau dikenali juga sebagai Banglo Cini menawarkan peginapan 5 bilik sesuai untuk 10 orang tetamu. Seperti juga The Cottage, Banglo Hollebekke mempunyai bahagian belakang yang menempatkan dua bilik manakala bahagian utama menempatkan 3 bilik. Kesemua bilik di bahagian utama mempunyai attached bathroom manakala dua bilik di bahagian belakang berkongsi bilik air. Kawasan living, dining dan dapur ringkas turut disediakan.

Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill
Banglo Hollebekke/Banglo Cini, Fraser's Hill (foto:Agoda)

d. Banglo Cicely - Dikelilingi alam semulajadi yang segar dan terpelihara, Banglo Cicely atau Banglo Kuantan menawarkan penginapan 6 bilik sesuai untuk mereka yang bercuti beramai-ramai sehingga 12 orang tetamu. Seperti kebanyakan banglo lama di sini, banglo Cicely mempunyai bahagian utama dan bahagian belakang yang kebiasaannya dahulu menempatkan pekerja yang menguruskan kediaman ini. Terdapat tiga bilik masing-masing dengan attached bathroom di bahagian utama sementara baki tiga bilik lagi terletak di bahagian belakang denganb bilik air berkongsi. Selain bilik penginapan, banglo ini turut mempunyai ruang living, dining dan dapur kecil yang ringkas di samping kawasan BBQ untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun sahabat-handai.


Banglo Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill
Banglo Cicely/Banglo Kuantan, Fraser's Hill  (foto: Agoda)


Jika berminat untuk menginap di banglo-banglo ini, anda boleh menghubungi talian 09-3622007 atau tempah secara online di Agoda.


2. Rompin House

Sebuah banglo percutian sesuai untuk percutian keluarga sehingga 12 orang tetamu, kediaman heritage ini menawarkan penginapan selesa dikelilingi udara segar sesuai untuk membawa anak-anak lebih mendekati keindahan  alam semulajadi.

Banglo kolonial ini mempunyai 5 bilik selain ruang tamu dan makan. Walaupun banglo ini mempunyai kawasan dapur, anda tidak dibenarkan memasak di sini. Caretaker banglo ini boleh menyediakan hidangan makanan buat para tetamu.

Rompin House terbuka untuk tempahan secara online melalui airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar secara percuma di sini dan dapatkan potongan RM120 untuk tempahan pertama anda*. Jika telah mempunyai akaun, anda boleh terus klik di sini untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini.

*tempahan anda mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM1200 untuk mendapat potongan ini


Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill
RompinHouse, Fraser's Hill (foto: airbnb)


3. Banglo Glen

Dimiliki oleh KTM, Banglo Glen terletak hanya bersebelahan dengan 'The Paddock' yang menyediakan aktiviti menunggang kuda dan memanah di Fraser's Hill. Banglo lama ini mempunyai 6 buah bilik dan terletak di kawasan yang agak tinggi berbanding kawasan persekitarannya. Ini memberikan kelebihan dari segi view di halaman banglo.  Penginapan begini sememangnya sesuai dijadikan lokasi berkumpul bersama-sama. Ketika dihubungi, harga yang dinyatakan untuk orang awam adalah RM600 setiap malam (rate adalah sama untuk hari berkerja ataupun hari minggu). Jika ingin menginap di sini, anda boleh menghubungi pihak yang bertanggungjawab di 03-22631273 / 013-2072408. Banglo ini tidak terbuka untuk tempahan secara online.


Banglo di Fraser's Hill
Banglo Glen, Fraser's Hill  (foto: aroundguides.com)


4. Banglo Arundel dan Bunge

Arundel dan Bunge adalah dua buah banglo milik syarikat Kumpulan Kuala Lumpur Kepong yang terletak dikawasan yang sama di Fraser's Hill. Banglo Arundel mempunyai 4 buah bilik dengan 2 shared bathroom manakala Bunge adalah lebih besar dengan 4 buah bilik, masing-masing dengan attached bathroom. Banglo-banglo ini boleh disewa secara berasinga atau kedua-duanya sekali, terpulang kepada jumlah ahli dalam rombongan anda. Setiap banglo banglo boleh memuatkan kira-kira 10 orang tetamu dan ia disewakan dengan harga sekitar RM1000 hingga RM1200 setiap satu. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi talian 05-2417844 atau emailkan kepada holidaybingalow@klk.com.my. Kedua-dua banglo ini tidak terbuka untuk tempahan secara online.


Banglo di Fraser's Hill
(foto: facebook.com)



5. Rumah Rehat Sri Berkat

Walaupun menawarkan sewaan bilik secara berasingan, Rumah Rehat Sri Berkat di bawah pengurusan Selangor Tourism Sdn Bhd turut menawarkan sewaan banglo secara keseluruhan untuk tetamu yang mungkin mencari penginapan yang sesuai untuk keluarga yang ramai. Banglo dua tingkat dengan 9 bilik keseluruhan ini turut menawarkan kawasan runag tamu dan dapur ringkas selain barbeque pit sesuai untk mengadakan hari keluarga dan sebagainya.  

Untuk maklumat lanjut mengenai banglo ini, anda boleh klik di sini atau hubungi 03-55132000. Anda juga boleh membaca pengalaman penginapan kami di rumah agam ini di sini. Banglo ini tidak terbuka untuk tempahan secara online.


Banglo di Fraser's Hill
Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser's Hill (foto: tourismselangor.com)



6. Banglo Bank Pertanian

Dibuka untuk sewaan orang awam sejak September 2016, banglo milik Bank Pertanian ini menawarkan penginapan yang sesuai untuk penginapan mereka yang berkunjung dalam bilangan ahli keluarga yang ramai. Walaupun senibina banglo ini mungkin tidak kelihatan se-'Inggeris' banglo-banglo lain dalam senarai ini, ia adalah penginapan paling mesra poket jika anda ingin menyewa keseluruhan banglo. Bermula dengan hanya RM470++, keseluruhan banglo 6 bilik ini boleh ditempah dan ianya sesuai untuk mengadakan hari keluarga dan sebagainya. Jika berminat, anda boleh menghubungi talian 03-89259042.


Banglo di Fraser's Hill

Banglo di Fraser's Hill
Banglo Bank Pertanian, Fraser's Hill

Nota: Saya tidak berjaya menghubungi pihak Highland Resthouse Holding/Rezab Mutiara Sdn Bhd yang menguruskan beberapa banglo seperti Banglo Jerantut, Banglo Raub/Banglo Kindersley, Banglo Brinchang/Banglo Dacres, Banglo Jelai/Banglo Clifford dan Banglo Pekan/Banglo Parr. Kesemua talian yang dihubungi sudah tiada dalam perkhidmatan. Oleh itu, kami tidak tahu jika banglo-banglo tersebut masih terbuka untuk tempahan atau sebaliknya. Jika anda mengetahui tentangnya, anda boleh berkongsi di ruangan komen di bawah untuk rujukan bersama


7. Banglo Green Acres

Terletak agak terasing dari pekan Fraser's Hill, Banglo Green Acres adalah sebuah lagi penginapan di Fraser's Hill yang menawarkan percutian keluarga dikelilingi alam semulajadi. Banglo lima bilik ini menawarkan pilihan tempahan bilik secara berasingan ataupun sewaan banglo secara keseluruhan dan sesuai untuk kumpulan tetamu sehingga 30 orang. 

Selain daripada bilik-bilik, penginapan ini turut mempunyai living dan dining hall, well-equipped kitchen, balkoni dengan pemandangan hutan yang terpelihara, activity room yang dilengkapi pool table, set television dan permainan kanak-kanak, serta trampoline besar di perkarangan banglo. Jika anda merancang untuk mengadakan team-building untuk syarikat, Banglo Green Acres turut mempunyai event hall yang hanya disediakan khas untuk corporate event.  

Klik di sini untuk membaca pengalaman kami menginap di Banglo Green Acres. Maklumat lanjut mengenai banglo ini juga boleh dilihat di laman web rasmi mereka di sini atau hubungi 012-7246575. Alternatively, tempahan secara online boleh dilakukan melalui Agodabooking.comExpedia dan Airbnb. Jika anda belum pernah mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar secara percuma di sini dan dapatkan diskaun RM120 untuk tempahan pertama anda*.

*tempahan anda mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM1200 untuk mendapat potongan ini


Banglo best di Fraser's Hill

Banglo best di Fraser's Hill
Banglo Green Acres (foto: greenacresfraser.com)





8 ulasan:

  1. Maklumat yg dikongsi sangat lengkap dan membantu. Terima kasih byk

    BalasPadam
  2. Saya baru balik dr bercuti di banglo bank pertanian/agro bank.Mmg puas hati.Bilik besar dan luas.Suasana yg tenang.Sesuai utk percutian ramai 8 keluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah 👍👍👍

      Padam
    2. HI, May I know how to book ? is it open for public? thanks..




      Padam
    3. Sorry for the late reply. Banglo Bank Pertanian is opened for public booking. You can contact the number above to book.

      Padam
  3. banglo ape yg best utk lepak2 and boleh buat BBQ ? utk trip ofis 10 org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba hubungi Banglo Bank Pertanian atau Banglo Glen. Good review daripada mereka yang pernah ke sini bersama kawan-kawan.

      Padam