Bumi Sarawak sememangnya terkenal dengan kekayaan flora dan fauna yang terpelihara selama berjuta tahun yang lalu. Oleh itu, tak hairanlah jika keindahan alam semulajadi ini sentiasa menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara.
Jika anda seorang pencinta alam semulajadi, apa kata luangkan masa untuk membawa anak-anak mendekati warisan negara kita ini ketika percutian keluarga yang akan datang. Di sekitar bandaraya Kuching yang sememangnya popular sebagai lokasi tarikan pelancong, terdapat beberapa hotel menarik yang mengetengahkan konsep back to nature sesuai untuk anda membawa keluarga beristirahat dalam persekitaran yang tenang dan mendamaikan.
Di sini disenaraikan beberapa hotel menarik di sekitar Kuching yang menawarkan konsep sebegini yang boleh dijadikan penginapan keluarga yang menarik dan unik semasa percutian yang akan datang. Selamat bercuti!
Senarai hotel menarik dan strategik di bandaraya Kuching
(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)
1. Permai Rainforest Resort, Santubong
Hotel menarik yang sangat sesuai untuk pencinta alam. Terletak di kaki Gunung Santubong dan tidak jauh dari Damai Beach, Permai Rainforest Resort menawarkan pengalaman percutian unik di tengah-tengah hutan Borneo yang kaya dengan kepelbagaian flora da fauna. Penginapan jenis Tree House sudah tentu menjadi tarikan utama hotel menarik ini. Bilik yang dibina di atas tiang-tiang setinggi 20 kaki ini sudah tentu memberi anda dan keluarga pengalaman menakjubkan yang tidak mudah dilupakan. Jika anda tidak sanggup menaiki tangga yang tinggi setiap kali ke bilik penginapan, atau mempunyai anak-anak yang sedang aktif dan risaukan keselematan mereka, anda boleh memilih penginapan di cabin sebagai alternatif.
Sebagai sebuah hotel berkonsep eco-resort, pelbagai aktiviti seperti nature walk, lawatan ke Bako National Park, mendaki Gunung Santubong, dolphin watching, berkelah di air terjun, menyegarkan diri di natural pool dan banyak lagi. Selain itu ia juga terletak tidak jauh dari Sarawak Cultural Village - sebuah living musuem menarik untuk anda membawa anak-anak mengenali dengan lebih dekat budaya masyarakat di sini.
(Tahukah anda bahawa anda boleh melihat dolphin atau ikan lumba-lumba di Sarawak? Dolphin di sini adalah dari jenis Irrawaddy dolphin dan bukan Bottle Nose Dolphin yang lebih popular dan friendly. Irrawaddy dolphin adalah jenis ikan lumba-lumba yang 'pemalu', dan kebiasaannya jika bernasib baik, hanya bahagian fin boleh dilihat dan mereka tidak melompat keluar dari air. Oleh itu, dolphin sighting tidak mendapat jaminan oleh pengusaha tour. Jika anda ingin menyertai dolphin watching tour ini, adalah lebih baik jika anda ke sana ketika mating season, iaitu dari December ke Jun untuk lebih peluang melihat ikan lumba-lumba yang pemalu ini. Klik di sini untuk lain-lain tawaran tour menarik di Kuching).
Jika berminat menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga Permai Rainforest Resort di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda.
Permai Rainforest Resort, Santubong |
2. Damai Beach Resort, Santubong
Terletak di persisiran Pantai Teluk Bandung, Damai Beach Resort terletak di kawasan Santubong, kira-kira 40 minit berkenderaan dari bandaraya Kuching. Jika menginap di sini, sudah tentu aktiviti yang ditawarkan adalah berbeza daripada aktiviti di bandaraya Kuching. Boleh dikatakan, penginapan di kawasan Santubong ini sesuai untuk mereka yang inginkan percutian back to nature. Aktiviti seperti kayak, lawatan ke Satang Island, memancing, jungle trekking dan lain-lain disediakan di hotel menarik ini pada harga tambahan. Selain itu, Damai Beah Resort juga terletak tidak jauh dari Sarawak Cultural Village - living museum menarik yang wajib dikunjungi jika bercuti di Kuching. Bukan itu sahaja, hotel menarik ini juga terletak berhampiran dengan Damai Central yang memudahkan anda mencari tempat menjamu selera.
Beberapa pilihan bilik penginapan disediakan dengan Baruk Suite sebagai highlight di sini. Baruk adalah rumah pahlawan kaum Bidayuh suatu ketika dahulu dengan rekabentuk binaan yang unik. Dalam erti kata lain, anda berpeluang menginap di penginapan yang diilhamkan dari rekabentuk rumah Land Dayak di hotel menarik ini dalam suasana yang serba moden. Jika anda berkunjung bersama anak-anak, anda juga boleh memilih family suite atau pilihan bilik dengan connecting room untuk keselesaan percutian anda. Anak-anak anda juga boleh meluangkan masa di outdoor pool atau Kids Village yang disediakan di sini (Kids Village adalah sebuah kawasan ringkas tempat kanak-kanak meluangkan masa. Ibu bapa perlu memantau anak-anak yang bermain di sini).
Sebelum ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga Damai Beach Resort di Agoda, booking.com dan Expedia jika memilih untuk menginap di sini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda.
Damai Beach Resort, Santubong |
Hotel murah, menarik dan selesa di bandaraya Kuching
3. Cove 55, Santubong
Rumah agam indah yang dahulunya digunakan sebagai family house, Cove 55 kini mengalu-alukan tetamu yang inginkan kedamaian semasa percutian berlatarbelakangkan pemandangan indah Laut China Selatan dan Gunung Santubong. Bilik-bilik di rumah agam yang kini bertukar wajah menjadi hotel menarik ini menawarkan penginapan dengan sentuhan mewah dan boleh disewa secara berasingan. Selain itu, terdapat juga dua buah chalet yang terletak sedikit terasing daripada main building jika anda mahukan lebih privacy bersama keluarga. Kawasan yang luas, di samping kolam renang ringkas juga sesuai sebagai tempat anak-anak bermain dan keluarga bersantai. Walaupun berlatarbelakangkan pemandangan pantai yang indah, perlu diingatkan bahawa pantai berdekatan Cove 55 kurang sesuai untuk anda membawa anak-anak bermain pasir atau bermandi-manda. Oleh itu, hotel menarik ini sesuai jika anda mahukan tempat penginapan yang menenangkan minda sambil berlatarbelakangkan pemandangan indah, namun kurang sesuai jika anda ingin percutian yang menawarkan banyak aktiviti pantai dan hutan rimba.
Jika ingin merasai pemgalaman menginap di rumah agam mewah ini, pastikan anda menyemak harga Cove 55 di Agoda dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda sekeluarga.
Cove 55, Santubong |
4. Borneo Highlands Resort, Padawan
Sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan jauh dari hiruk-pikuk urusan sehari-harian, hotel menarik yang terletak pada ketinggian 1000 meter atas paras laut ini menawarkan percutian indah dikelilingi alam semulajadi hutan hujan warisan negara kita. Di sini, pelbagai aktiviti seperti hiking, trekking, dan bird watching boleh dilakukan dalam persekitaran udara yang dingin dan segar. Jika memilih untuk ke sini, jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan menakjubkan Kalimantan Viewpoint yang menjadi highlight hotel menarik ini. Selain itu, terdapat juga padang golf disediakan khas buat peminat golf berekreasi dalam persekitaran yang nyaman dan mendamaikan.
Terletak di sempadan Malaysia-Kalimantan, perjalanan ke kaki bukit mengambil masa kira-kira 2-3 jam dari Kuching, dengan tambahan 30 minit dari kaki bukit ke resort. Perjalanan menuju ke atas agak curam. Sentiasalah berhati-hati apabila memandu. Anda boleh memilih untuk memandu sendiri ke resort, atau menggunakan perkhidmatan foothill transfer yang disediakan pihak resort pada harga tambahan. Beberapa pilihan bilik ditawarkan untuk keselesaan anda. Jika bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih bilik famili yang memuatkan sebuah katil bersaiz king dan 2 katil single sebagai penginapan anda sekeluarga.
Jika anda seorang pencinta alam dan ingin membawa anak-anak ke percutian back to nature, jangan lupa untuk menyemak harga Borneo Highlands Resort di Agoda dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang akan datang.
Borneo Highlands Resort, Padawan |
5. Aiman Batang Ai Resort, Lubok Antu
Hotel menarik yang agak terpencil ini menawarkan penginapan yang cukup unik berilhamkan rumah panjang kaum Iban berhampiran empangan di pinggir Taman Negara Batang Ai. Hanya dihubungkan oleh jalan air, anda perlu memandu sejauh kira-kira 4 jam dari bandaraya Kuching ke jeti dan kemudiannya menaiki bot selama kira-kira 20 minit ke hotel menarik ini.
Jika membawa anak-anak mendekati alam semulajadi di sini, anda boleh memilih bilik dengan connecting door untuk keselesaan penginapan anda sekeluarga. Pelbagai aktiviti ditawarkan seperti jungle trekking, memancing dan berkelah di air terjun. Selain itu, jika ke sini, jangan melepaskan peluang melawat rumah panjang tradisi orang Iban untuk mengenali dengan lebih dekat kehidupan salah satu kaum etnik bumi Sarawak ini.
Jika berminat untuk merasai pengalaman penginapan di hotel menarik ala-rumah panjang ini, jangan lupa untuk menyemak harga Aiman Batang Ai Resort di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan harga terbaik semasa percutian anda nanti.
Aiman Batang Ai Resort, Lubok Antu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan