Berhenti thumb sucking... trial and error

berhenti menghisap jari
(photo: newkidscenter.com)

Tabiat menghisap jari terutamanya ibu jari (thumb sucking) adalah tabiat yang amat biasa dilihat di kalangan kanak-kanak. Semasa kecil, tabiat ini mungkin tidak menjadi masalah, malahan kelihatan comel pula. Namun, bagaimana jika tabiat ini berlarutan sehingga besar?

Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap jari mereka selepas umur 4 tahun. Ini mungkin kerana peer pressure di tadika menyebabkan mereka berhenti tabiat ini dengan sendiri.

Walaubagaimanapun, sekitar 20% kanak-kanak yang mempunyai tabiat thumb sucking tidak berhenti selepas umur 5 tahun. Semakin besar anak, sudah tentu ibu bapa menjadi semakin risau jika tabiat ini berterusan kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan gigi yang sihat.

berhenti menghisap jari
Tabiat thumb sucking yang berlarutan
ke usia persekolahan merisaukan
ibu bapa
(photo: forbes.com)
Saya mengakui pernah menjadi salah seorang ibu yang risau dengan tabiat thumb sucking yang berterusan ini. Pening juga kepala. Pada awalnya ketika anak masih kecil, memang saya tak ambil kisah tentangnya, tambahan pula dia sudah mula menghisap ibu jari seawal minggu pertama dilahirkan walaupun diberikan susu badan sepenuhnya. Mungkin sudah tabiatnya ketika dalam kandungan. "Tak apalah, lama-lama berhentilah tu," saya fikir.

Namun, ternyata sangkaan saya meleset, dan anak saya termasuk di dalam 20% yang tidak berhenti selepas berumur 5 tahun, malahan tabiat tersebut berlarutan walau dia sudah mula bersekolah rendah! Saya mula risau, terutamanya apabila gigi kekal mula tumbuh dan menampakkan kesan dari tabiatnya sehingga orang sekitar bertanya. Malahan, doktor gigi yang merawatnya sendiri menasihati kami agar berusaha menghentikan tabiatnya kerana ia sudah mula meninggalkan kesan pada gigi kekalnya.

Lebih merisaukan saya apabila ada antara ibu-ibu yang saya kenali memberitahu bahawa mereka menghadapi masalah yang sama, dan anak-anak mereka masih meneruskan tabiat ini walau sudah menghampiri usia sekolah menengah! "Macam-macam dah buat, tapi tak nak berhenti. Tak tahu lagi nak buat macamana!"

Saya berharap anak saya tidak meneruskannya hingga dewasa. Maka, bermulalah usaha untuk menghentikan tabiat ini. Misi pertama, sudah tentu menasihati secara baik, lebih-lebih pula doktor memberitahu marah boleh membuatkan masalah semakin teruk. Tabiat thumb sucking ini dikatakan mampu memberi ketenangan kepada kanak-kanak tersebut. Maka jika dimarah dan menyebabkan mereka stress, tabiat thumb sucking ini boleh menjadi lebih parah. Memandangkan anak sudah besar, saya cuba memberitahunya apakah kesannya jika tabiat ini berterusan. Ditanya jika dia faham... sudah tentu jawapnnya ya. Adakah dia berhenti? Langsung tidak!

Misi kedua... menunjukkan gambar-gambar mereka yang rosak giginya akibat tabiat ini. Zaman sekarang, tak susah mencari gambar-gambar ini. Google sahaja di internet, pelbagai gambar akan keluar. Saya memilih gambar yang jelas kerosakan giginya. Memang, takut dia melihat kesan yang berlaku.. "saya taknak gigi jadi macam tu, mak!" Namun, mungkin kenikmatan yang diperoleh mengatasi rasa takutnya. Lama saya mencuba cara yang pertama dan kedua, namun gagal.

berhenti hisap jari
Kerosakan gigi akibat tabiat thumb sucking (photo:http://en.wikipedia.org)

Misi ketiga... hadiah ganjaran. Kalau diikutkan, hampir apa sahaja cara untuk mengajar anak, pasti disebutkan tentang reward atau kaedah ganjaran. Apa salahnya mencuba. Jadi, dengan penuh harapan, saya menjanjikan ganjaran untuknya "kalau sepanjang minggu ini tak lagi menghisap jari, insya Allah, mak akan belikan kamu hadiah.. kamu boleh pilih hadiah apa yang kamu suka." Bersinar-sinar matanya mendengar tawaran begitu, dan menggunung juga harapan saya untuk dia berhenti. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Tak sekali pun dia berhenti... maka selamatlah poket saya dari segi ekonomi, tapi masalah tidak selesai. MISI GAGAL!

Misi keempat... atas nasihat saudara dan sahabat, saya mencuba cara meletakkan sesuatu yang menyebabkan rasa jari tersebut kurang enak... halia, minyak cap kapak dan pelbagai lagi. Apakah hasilnya? Gagal lagi! Mungkin kerana dia sudah besar dan pandai berfikir, apabila terasa tidak sedap, dia langsung membasuh ibu jarinya hingga hilang rasa tersebut dan kembali menikmati kenikmatan thumb sucking. Cuma satu cadangan yang tak dapat saya buat iaitu air bunga bakawali yang dikatakan terasa pahitnya walau jari telah dicuci. Sayangnya, saya tak dapat mencari bunga bakawali untuk dicuba.

Misi kelima... misi membalut jari. Saya cuba membandage jari tersebut, terutama ketika dia tidur kerana ketika itulah tabiat thumb suckingnya paling ketara. Di sebelah pagi keeseokan hari, bandage telah terbuka dan dengan gembiranya jari berada di dalam mulut. Saya mencuba pula menggunakan plaster jari, namun, plaster tersebut juga dihisapnya. Pernah sekali, hampir terkeluar plaster tersebut dari jarinya tanpa disedari. Oleh itu, saya menghentikan menggunakan plaster kerana takut dia tertelan plaster yang dihisap itu. Sarung tangan juga dicuba, namun, basah sarung tangan dihisap olehnya. Langsung tak berkesan.


Anak takut doktor gigi?
Ketahui klinik gigi best untuk kanak-kanak... klik di sini


berhenti hisap jari
Callus formation akibat tabiat thumb sucking.
Anak saya juga mengalami kesan seperti ini suatu ketika dahulu
(photo: www.ncbi.nlm.nih.gov)
By this time, bukan sahaja gigi, malah jari yang dihisap juga kelihatan sedikir kecil dan terdapat callus formation di bahagian belakang ibu jari yang mungkin disebabkan tabiat thumb sucking.

Dalam mencari cara lain, saya came across satu produk yang dipanggil thumb guard. Mengikut pengeluar produk ini, thumb guard ini direka khas untuk menghentikan tabiat thumb sucking di mana walaupun kanak-kanak tersebut menghisap jari, suction tetap TIDAK terjadi. Oleh itu, kanak-kanak tersebut tidak mendapat pleasure atau kenikmatan daripada tabiat thumb sucking dan akhirnya akan berhenti.

Secara terus terang, saya tidaklah begitu faham mechanism yang di katakan ini, namun, apa yang pasti, sesuatu perlu diusahakan untuk menghentikan tabiat ini. Maka bermulalah misi keenam, yang saya rasakan jika masih tidak berjaya, maka terpaksalah kami menerima kenyataan bahawa anak kami berkemungkinan besar memerlukan braces atau pendakap gigi apabila dewasa kelak.

Ketika itu, saya tidak dapat mencari produk ini di mana-mana di Malaysia, samada di retail shop ataupun online. Oleh itu, terpaksalah saya membeli secara online dari website luar negara. 

Harga thumb guard ini, dicampur dengan kos penghantarannya mencecah RM300++. Thumb guard ini sendiri sebenarnya tidaklah begitu mahal, namun, kos penghantarannya yang menyebabkan harga keseluruhan melambung. Namun, memikirkan bahawa kos untuk memakai braces atau pendakap gigi apabila anak sudah besar adalah berlipat ganda, maka saya mengambil keputusan untuk mencuba dan tutup mata buat masa ini.

berhenti hisap jari
Thumb guard seperti ini kini sudah boleh didapati di Malaysia 
(photo: lazada.com.my)


Hasilnya?

Kebanyakan masa saya memakaikan thumb guard ini pada waktu malam dan ketika tiada tetamu di rumah. Ini adalah kerana anak saya sebenarnya tahu bahawa tabiat ini not socially acceptable dan tidak suka jika orang lain mengetahuinya, namun mungkin dia menghadapi kesukaran untuk meninggalkannya (juga tidak begitu motivated untuk meninggalkannya).

berhenti hisap jari
Thumb guard yang dipakaikan di jari
(photo: lazada.com.my)
Anak saya mengambil masa untuk menghentikan tabiat ini. Pada mulanya, saya menyangkakan misi kali ini juga gagal, namun, selepas lebih kurang 6 bulan, saya melihat dia sudah mula kurang menghisap ibu jarinya. Malah, pada malam yang saya lupa pakaikan, saya mendapati dia tidak menghisap jarinya ketika tidur. Lama-kelamaan, saya mula mengurangkan memakai thumb guard ini, dan kini boleh dikatakan tidak perlu memakinya langsung. Alhamduilllah.

Hendak dikatakan langsung berhenti... tidak juga. Pernah selepas beberapa ketika tidak menghisap jari, kadang-kadang dia terlupa dan memasukkan jari ke dalam mulut. apabila berlaku dengan kerap, saya akan kembali memakainya, dan selepas seminggu (atau kurang), dia berhenti melakukannya. Namun, saya tidak terlalu risau kerana ia amat jarang berlaku. Malah, dalam setahun lepas, mungkin hanya sekali dia cuba kembali ke tabiat lamanya.

Untuk sesetengah kanak-kanak, mungkin mereka akan bertukar jari apabila dipakaikan thumb guard ini. Jika ini terjadi, mungkin anda perlu membeli dua unit untuk dipakaikan. Anak saya juga pernah bertukar jari apabila dipakaikan thumb guard ini (kebiasaan menghisap ibu jari kiri, namun beberapa kali saya dapati dia menghisap jari kanan apabila dipakaikan thumb guard). Namun, alhamdulillah dia tidak terus menerus bertukar jari... mungkin dia sudah terlalu biasa menghisap ibu jari kiri dan merasakan tidak selesa apabila menghisap jari kanannya.

Walau apapun, saya amat bersyukur yang kini, anak saya sudah tidak lagi meneruskan tabiat thumb suckingnya. Jika anda menghadapi masalah sama dan merasakan perlu untuk mendapatkan thumb guard untuk membantu, anda tak perlu risau. Berita baik untuk anda kerana kini, alat ini sudah boleh didapati di Malaysia dengan kos yang lebih rendah berbanding membeli secara online dari website luar negara. Anda hanya perlu ke Lazada dan taipkan 'dr thumb' atau 'thumb sucking' di kotak search dan insya-Allah produk seperti ini akan tersenarai.

Jika anda perlu mengatur temujanji dengan doktor pergigian anda, di zaman ini, tidak susah memilih klinik terbaik. Perkhidmatan seperti Dental Departure bukan sahaja membenarkan anda mengatur temujanji secara online, malah membaca review dari mereka yang pernah ke klinik-klinik yang tersenarai dan memilih klinik yang terbaik untuk anak anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan