Klinik gigi best untuk kanak-kanak

Dentist best untuk kanak-kanak
Dental Valet, Bangi - klinik gigi yang sangat children friendly

Gigi sememangnya aset yang sangat berharga untuk setiap individu. Gigi yang sihat sangat penting untuk seseorang berfungsi dengan baik. Jika sakit gigi... Aduh! Tak jadi kerja dibuatnya. Disebabkan itulah penjagaan gigi semakin dititik beratkan oleh ramai ibu bapa pada masa kini.

Tidak seperti ketika saya kecil di mana kebiasaannya doktor gigi hanya dilawat ketika bermasalah, kini semakin ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka untuk pemeriksaan berkala. Namun, di pihak si kecil pula, kadang-kadang lawatan ke klinik gigi terasa seperti pengalaman yang mengerikan.

Disebabkan itu, tak hairanlah jika ramai kanak-kanak yang takut dan tidak mahu berjumpa doktor gigi. Bunyi alatan sahaja sudah menggerunkan, apatah lagi apabila terasa ngilu apabila prosedur dilakukan.

Bagi kami, dua anak yang pertama tidak mempunyai masalah. Kedua-duanya berjaya memberanikan diri setiap kali menerima rawatan di mana-mana klinik gigi, walaupun ketika masih di usia pra-persekolahan.

Dentist best untuk kanak-kanak
Ruang menunggu Dental Valet menjadi tarikan sebaik kami tiba
Namun, lain pula halnya dengan si adik. Sejak awal lagi, dia sudah takut tiap kali menjejakkan kaki ke bilik doktor gigi. Tak pernah berani. Pada awalnya kami tidaklah begitu kisah memandangkan dia masih kecil dan hanya mempunyai gigi susu. Tiap kali ke klinik gigi untuk melakukan pemeriksaan, masing-masing hanya memujuk. Walau telah berkali-kali pergi, kebiasaannya, dia hanya akan membenarkan doktor melihat sahaja ke dalam mulutnya. Tak lebih dari itu.

Keadaan ini mula menjadi masalah apabila dia sudah mula mempunyai gigi kekal ditambah lagi baru-baru ini, doktor mendapati terdapat gigi yang memerlukan rawatan. Seperti yang dijangka, kerja doktor tidak mudah. Anak kami mula menjerit-jerit dan meronta-ronta sebaik doktor cuba memasukkan alatan ke mulutnya. Mulut tidak mahu dibuka dan dia langsung tidak memberi kerjasama. Puas memujuk namun langsung tidak berkesan. Sekejap mahu mak duduk bersama, sekejap mahu ayah, sekejap mahu keluar sebentar, namun tiap kali rawatan cuba dilakukan, responsnya masih sama sehinggakan bibirnya sedikit terluka terkena alatan ketika meronta.

Menyedari kami tidak akan berjaya memujuknya, bahkan keadaan semakin tidak terkawal, kami pulang sahaja. Rawatan tak selesai dan dia juga makin traumatised untuk ke klinik gigi. Makin sukar keadaannya.


Tabiat thumb sucking merisaukan anda?
Baca usaha kami dalam menghentikannya... klik di sini


Dentist best untuk kanak-kanak
Satu lagi sudut yang menjadi tarikan anak kami
Ketika pening apa mahu dibuat inilah saya mendapat tahu tentang sebuah klinik pergigian yang menyediakan perkhidmatan paediatric dental. Walaupun agak baru beroperasi, kami mendapat tahu ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Jadi, apa salahnya mencuba? 

Terus saya mengaturkan temujanji untuk ke klinik ini - Dental Valet yang terletak di Bangi. Mungkin kerana klinik ini masih baru, agak terpusing-pusing juga saya mencari lokasinya walaupun menggunakan waze. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke sini.

Dental Valet terletak di bangunan belakang Kompleks PKNS Bangi. Masuk sahaja ke klinik ini, anak kami yang dari awal masih takut untuk ke klinik gigi terus seronok melihat kawasan menunggu yang disediakan. Langsung dia menuju ke arah mainan yang ada.

Staf di sini peramah dan membantu. Memandangkan keadaan anak kami yang tidak cooperative, tambahan pula dirinya sudah traumatised dengan lawatan ke klinik gigi sebelum ini, kami dinasihatkan untuk terus berjumpa dengan pakar paediatric dental yang bertugas. Katanya dalam kes begini, lebih baik pakar yang merawat. Jika tidak bermasalah, pegawai pergigian sudah memadai.

Staf dan doktor yang bertugas tidak rush untuk memanggil anak kami ke bilik rawatan. Sengaja dibiarkan dulu dia leka bermain untuk mengurangkan rasa skeptikalnya mengenai klinik gigi. Selepas beberapa ketika, barulah dia dipanggil untuk ke bilik rawatan. Walau telah agak leka bermain, di saat dipanggil, dia masih kelihatan teragak-agak dan minta dipimpin.

Dentist best untuk kanak-kanak
Meninjau dahulu peralatan yang disediakan
Apabila berada sahaja di hadapan pintu bilik... Waaa, bukan sahaja pesakit, malah kakak-kakak juga seronok melihat kerusi dinosaur tempat rawatan dilakukan. Walau masih teragak-agak, dia tetap bersetuju untuk duduk di kerusi itu, namun enggan untuk berbaring. Dilihat semua peralatan yang disusun berdekatan kerusi dan dengan rasa curiga, mula bertanya doktor tentangnya, "Yang ni apa? Yang ni guna untuk apa? Yang ni akan pusing tak? Yang ni sakit tak? Yang ni ada keluar air tak? Kalau keluar air, saya taknak, " dan sebagainya. Doktor dan staf melayan dengan sabar dan tersenyum.   

Mungkin melihatkan keadaannya begitu, doktor tersebut membiarkan sahaja dia meninjau-ninjau peralatan yang ada. Dalam masa yang sama, doktor bertanyakan lebih lanjut tentang masalah yang berkaitan kepada saya. Setelah anak kami kelihatan agak tenang, doktor mula memujuknya untuk berbaring dan membuka mulut. "Saya lagi suka duduk," jawabnya. Doktor langsung tak mendesak. Dalam keadaan duduk, dia membuka mulut. Perlahan-lahan dia membenarkan doktor memasukkan cermin untuk memeriksa giginya. Setelah beberapa ketika, dia mengadu tidak selesa duduk dan bersetuju untuk berbaring.

Dentist best untuk kanak-kanak
Sesi suaikenal
Apabila cuba memulakan rawatan, doktor di'interogate' dahulu tentang setiap alat yang hendak digunakan. Tawar-menawar terpaksa dilakukan sebelum satu-satu alatan boleh digunakan. Ada yang dipersetujui, ada yang direject, dan ada juga yang dipersetujui dengan bersyarat - contohnya suction hanya boleh digunakan jika anak kami sendiri yang memegang dan memasukkan ke dalam mulut dan bukannya pembantu doktor. Rasa nak tergelak juga sebenarnya melihatkan gelagat anak kami dan dalam masa yang sama kagum melihat kesabaran doktor dan pembantunya. 

Setelah rawatan selesai, anak kami kelihatan gembira dan tenang. Dia turun dari kerusi dan terus sambung bermain di ruang menunggu. Sementara itu, doktor menerangkan kapada saya tentang keadaan dan masalah gigi anak kami dan the plan of action untuk rawatan yang akan datang. 

Dentist best untuk kanak-kanak
Alhamdulillah, akhirnya bersetuju untuk memulakan rawatan
Kini, anak saya tidak lagi takut apabila bercakap tentang lawatan ke klinik gigi. Tiada lagi tangisan apabila memberitahunya perlu ke klinik gigi. Walaupun masih ada rawatan yang perlu dilakukan, dia tenang dan tidak menolak. Bukan sahaja tenang, malah dia kelihatan seronok bercakap mengenainya. Tidak nampak dia takut lagi untuk ke klinik gigi. Cumanya, dia memberikan syarat - hanya Dental Valet dan doktor tersebut sahaja yang dimahu!

Jika anda mengalami masalah yang sama, saya amat mengesyorkan Dental Valet sebagai klinik pergigian kanak-kanak untuk rawatan anak anda. Dari segi harga, saya merasakan ia agak berpatutan. Mungkin sedikit mahal, namun tidak jauh beza dengan klinik yang kami lawati sebelumnya. Sekurang-kurangnya kini anak kami sudah mahu giginya diperiksa. 

Dental Valet boleh dihubungi di talian 03-89209611.

Lain-lain perkhidmatan pergigian juga boleh didapati di Dental Departure di mana anda boleh memilih klinik, membaca review dan membuat appointment secara online menerusi site ini. Beberapa klinik di Dental Departure turut menawarkan perkhidmatan paediatric dentistry (walaubagaimanapun, Dental Valet belum tersenarai di sini).

Jika anda mempunyai pengalaman di mana-mana klinik pergigian untuk kanak-kanak yang anda rasakan highly recommended, anda dialu-alukan untuk turut berkongsi mengenainya di ruangan komen di bawah. Semoga bermanfaat untuk semua.   




10 ulasan:

  1. Tq info. Sedang mencari klinik gigi untuk bawak anak 3 tahun. Harga macam mana ye? Persekitaran nampak menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Bagi saya harga reasonable, tak terlalu mahal jika dibandingkan dengan klinik gigi yang saya lawati sebelum ke sini.

      Padam
    2. Harga macam mana ? Rm80 kebawah ?

      Padam
    3. Consultation dengan pakar gigi kanak-kanak RM80. Untuk details kos rawatan, boleh hubungi Dental Valet di nombor di atas.

      Padam
  2. tq sharing..saya tinggal di rawang nak juga cari klinik gigi mesra kanak-kanak macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome.. sorry, di Rawang saya tak pasti pula. Do share kalau ada, ya?

      Padam
  3. salam..
    nak tanya anak saya berumur 6tahun gigi garham anak saya masalh berlubang jika hendak merawat atau di buang gigi garham tu berapa ya kos nye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Maaf, saya tidak mempunyai senarai kos rawatan secara detail. Kos berbeza mengikut masalah, jenis gigi, prosedur dll. Untuk anggaran kos, anda boleh hubungi Dental Valet di nombor di atas.

      Padam
  4. Salam dkt mana klinik gigi ini


    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Klinik ni di Bangi, berdekatan Kompleks PKNS.

      Padam