Sesuaikah baby/child car seat anda?

(Foto: themominmemd.com)

Memang sudah dibuktikan melalui kajian bahawa baby/child car seat dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat kemalangan. Oleh kerana itu, di sesetengah negara barat, undang-undang telah mewajibkan pemakaian kerusi kereta kanak-kanak. Namun, pemakaian baby/child car seat ini hanya berkesan jika kerusi tersebut di pasang dengan betul dan bersesuaian dengan bayi atau kanak-kanak tersebut.

Terdapat banyak pilihan baby/child car seat di pasaran, dan secara amnya, pemilihan kerusi kereta kanak-kanak ini bergantung kepada umur dan berat bayi/kanak-kanak tersebut.


Perlindungan untuk yang tersayang...


Secara keseluruhannya, terdapat 4 kategori baby/child car seat berdasarkan cara penggunaannya.

1. Rear-facing car seat (kerusi kereta bayi/kanak-kanak menghadap ke belakang)

child car seat
(foto: babycenter.com)
Kerusi kereta yang terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sehingga berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Walaupun begitu, anda dinasihatkan untuk terus menggunakan rear-facing car seat sehingga anak anda mencapai berat dan tinggi maksimum yang dibenarkan oleh pengeluar kerusi kereta berkenaan. 

Rear-facing car seat mempunyai sistem harness (tali keselamatan yang terdapat pada kerusi itu sendiri. Ia digunakan untuk menghadkan pergerakan bayi/kanak-kanak). Terdapat 3 jenis kerusi yang boleh digunakan secara rear-facing iaitu infant car seat, convertible seat dan all in one seat.

Nota: Pastikan anda TIDAK sama sekali memasang rear-facing car seat di tempat duduk hadapan sekiranya kereta anda dilengkapi beg udara di bahagian penumpang hadapan. Baby/child car seat akan berada terlalu dekat dengan dashboard kereta anda dan jika beg udara diaktifkan, ia akan menghentam baby/child car seat yang diletakkan di tempat duduk hadapan dengan kuat. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius kepada bayi atau anak anda.

a) Infant car seat:
membeli child car seat
(foto: consumerreports.org)
Hanya boleh dipasang menghadap ke belakang. Boleh menampung berat sehingga 13kg (bergantung kepada model kerusi). Oleh itu, sesuai untuk tahun pertama kelahiran. Apabila bayi mencapai berat atau tinggi maksima yang disarankan pengeluar, anda dinasihati untuk menggunakan convertible car seat atau all-in-one car seat dan menggunakannya rear-facing (menghadap ke belakang adalah posisi terbaik dan seboleh-bolehnya anak anda diletakkan dalam posisi begini selama mungkin. Kanak-kanak di Sweden diletakkan di posisi begini hingga berumur 3 ke 5 tahun untuk tujuan keselamatan).

Kerusi jenis ini kecil dan mudah dibawa keluar masuk kenderaan. Kebanyakannya merupakan sebahagian daripada stroller travel system. Oleh itu, mudah untuk anda mengeluarkan car seat jenisini dan terus meletakkannya di atas stroller tanpa mengejutkan bayi yang sedang tidur. 

b) Convertible car seat:
membeli child car seat
(foto: thecarcrashdetective.com)
Boleh dipasang menghadap ke belakang atau ke hadapan. Boleh menampung berat yang lebih berbanding infant car seat. Oleh kerana itu, kerusi jenis convertible car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama. Selain itu, apabila anak anda semakin membesar, anda masih boleh menggunakannya dengan meletakkannya menghadap ke hadapan. Bergantung kepada berat anak anda, kerusi jenis ini boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 4 tahun.

Kerusi jenis ini lebih besar dan berat berbanding infant car seat. Ia tidak mudah untuk dibawa keluar masuk kenderaan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengganggu tidur anak anda setiap kali ingin membawanya keluar atau meletakkannya ke dalam kereta anda.

c) All in one car seat:
membeli child car seat
(foto: carseatresearch.com)
Ciri-ciri: Boleh dipasang menghadap ke belakang atau menghadap ke hadapan. Selain itu, ia boleh juga digunakan sebagai booster seat. Oleh itu, ia boleh digunakan sehingga umur anak anda lebih besar berbanding convertible car seat. Sperti juga convertible car seat, all -in-one car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama.

Saiz all-in-one car seat kebiasaannya lebih besar berbanding kedua-dua jenis kerusi di atas. Oleh itu, sebelum membeli kerusi jenis ini, anda perlu memastikan yang ianya muat untuk kereta anda, terutamanya apabila dipasang menghadap ke belakang (posisi menghadap ke belakang memakan lebih ruang berbanding posisi menghadap ke hadapan).


Hati-hati dalam memilih car seat



2. Forward-facing car seat (kerusi kereta kanak-kanak menghadap ke hadapan)

child car seat
(foto: babble.com)
Kerusi kereta jenis ini mempunyai sistem harness dan tether. Tether ialah tali keselamatan panjang berklip yang terletak di bahagian atas belakang forward-facing car seat. Penggunaannya bukan sahaja menghadkan pegerakan kerusi, tetapi yang lebih penting, ia mengurangkan jarak bahagian kepala kanak-kanak daripada tercampak ke hadapan sebanyak 6-8 inci jika perlanggaran berlaku. Ini mengurangkan risiko kepala kanak-kanak daripada terhantuk ke tempat duduk hadapan, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan serius pada bahagian kepala.

child car seat
(foto: carseatblog.com)
Adalah terbaik jika anda tidak meletakkan forward-facing car seat di bahagian tempat duduk hadapan jika kenderaan yang dilengkapi beg udara. Namun, atas sebab-sebab tertentu anda terpaksa meletakkan kerusi kereta anak anda di bahagian hadapan, pastikan ianya dipasang dengan kemas dan kerusi penumpang hadapan ditolak ke belakang sejauh yang mungkin. Ini adalah untuk memaksimakan jarak antara beg udara dan anak anda jika beg udara tersebut diaktifkan.     

Terdapat tiga jenis child car seat yang boleh digunakan menghadap ke hadapan. Tiga jenis child car seat ini ialah:




a) Combination seat: 
(foto: amazon.com)

Sistem harness digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil bergantung kepada berat badan yang ditetapkan oleh pengeluar. Apabila kanak-kanak membesar, harness tidak digunakan lagi dan kerusi ini berfungsi sebagai booster seat.




b) Convertible seat

c) All-in-one seat 


3. Booster seat

memilih baby / child car seat
(foto: sun-sentinel.com)

memilih baby / child car seat
(foto: parentsneed.com)
Digunakan untuk memastikan posisi tali pinggang keledar bersesuaian dengan saiz badan kanak-kanak. Kebiasaannya, digunakan oleh kanak-kanak yang telah mencapai ketinggian 4 kaki 9 inci. As a general rule, kanak-kanak boleh menggunakan booster seat jika:

i) kanak-kanak tersebut sudah mencapai berat atau tinggi maksimum yang ditetapkan untuk menggunakan harness 
ii) Bahu lebih tinggi daripada slot harness teratas
iii) Telinga mencapai bahagian atas child car seat

4. Seat belt (tali pinggang keledar)

Sebenarnya bukanlah kerusi kereta kanak-kanak. Tali pinggang keledar direka untuk orang dewasa. Namun, kita masih perlu mengetahui cara penggunaan yang betul. Ini adalah untuk memastikan anak kita tidak menggunakan tali pinggang keledar terlalu awal. Gunakan booster seat jika anak anda masih belum sesuai menggunakan tali pinggang keledar. Jika anak anda menggunakan tali pinggang keledar, pastikan:

1) shoulder belt menyilang pada bahu dan dada, bukan pada leher atau muka
2) lap belt menyilang pada bahagian atas paha, bukan pada perut

Di bawah ditunjukkan contoh pemakaian tali pinggang keledar yang salah.

memilih baby / child car seat
(foto: buckleupnc.org)



Jika anda masih ragu-ragu tentang pemilihan baby/child car seat yang sesuai, anda boleh menggunakan Car Seat Finder untuk membantu. Car Seat Finder ialah aplikasi online yang telah dilancarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), USA bertujuan membantu ibu bapa memilih kerusi kereta yang bersesuaian untuk anak mereka. Anda hanya perlu memasukkan tarikh lahir, berat dan tinggi anak anda dan aplikasi ini akan mengesyorkan jenis kerusi kereta yang sesuai.


Related:
1. Baby/child car seat: selamatkah anak anda dalam perjalanan?
2. Baby/child car seat: Mengapa rear facing lebih selamat?
3. Portable child car seat: Waspada killer car seat di pasaran.


Jika anda sedang mencari baby/child car seat, anda boleh melihat pilihan car seat yang pelbagai di motherhood.com.mysebuah kedai online Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi yang berkualiti dan dipercayai. 



1 ulasan:

  1. Looking for the best convertible car seats for your growing baby. Here We are Discussing Best Convertible Car Seats for Kids/ Toddlers in 2020 Reviews.

    BalasPadam