Kudis buta: Adoila... gatalnya

Rasanya tak siapa di antara kita yang tak penah dengar penyakit kudis buta, atau juga dikenali sebagai Scabies ni. Kalau tak pada diri sendiri, mesti penah berlaku pada anak-anak, ahli keluarga atau rakan-rakan. In fact, saya rasa ramai yang penah mengalami sendiri penyakit ni. Gatalnya? Alahai.... Allah saja yang tahu.....


Apa sebenarnya kudis buta ni?

Walaupun ramai di antara kita yang penah mengalamai, atau setidak-tidaknya penah melihat orang lain mengalaminya, ada di antara kita yang rasanya kurang pasti tentang penyakit yang agak kerap berlaku terutamanya di institusi-institusi yang sesak seperti asrama atau rumah asuhan.

Jangan risau.... walaupun kulit memang nampak tak cantik dan gatalnya amatla 'menensionkan', kudis buta bukanlah tanda yang seseorang tu tak pandau jaga kebersihan. Jadi, kalau nanti anak balik dari asrama dan dijangkiti penyakit ni, janganla pulak kita marah "Apa adik ni... kotor sangat ke kat sana?" :)

Penyakit kudis buta atau scabies ni sebenarnya disebabkan gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei. Sebelum apa-apa, mari kita berkenalan dulu dengan Mr. atau Mrs Scabiei ni:


Hah... ni la rupanya sang kutu yang buat kita tergatal-gatal tu. Takla cantik rupanya. Sedikit biodata mengenai kutu kudis buta atau Scabies ni:
  • Berbadan bulat 
  • Berukuran lebih kurang 0.4mm je
  • Kutu betina akan mengorek masuk ke dalam kulit dan bertelur
  • Telur-telur menetas dan hidup dalam kulit untuk jangka hayat lebih kurang 30 hari
  • Kutu pada semua peringkat umur boleh menjangkiti manusia

Jadi, macamana kita boleh dijangkiti?
  • Sentuhan kulit ke kulit dari mereka yang dijangkiti
  • Juga boleh merebak dari pakaian dan cadar yang dijangkiti sebab kutu ni boleh hidup selain atas kulit manusia selama lebih kurang 2 hari

Tanda-tanda kudis buta:
  • Gatal yang amat sangat, terutama waktu malam dan lepas mandi air panas. Kegatalan sebenarnya terjadi akibat alahan pada kutu
  • Bintik merak seperti ruam (kadang-kadang berair)
  • Garisan beralun dan pendek pada kulit (tempat kutu megorek)

Kegatalan biasanya start 3-4 minngu lepas dijangkiti. Tapi, bagi mereka yang dah pernah kena jangkitan kutu ni, Kegatalan boleh terjadi cuma dalam masa 24 jam lepas dijangkiti.


Kat mana biasanya kutu ni suka duduk? 

Kutu ni paling suka duduk di celah-celah jari, tapak tangan dan pergelangan tangan. Pendek kata tempat yang kurang berambut.




Selain tempat-tempat tersebut, kutu ni juga boleh didapati di mana-mana bahagian badan seperti:

  • Kawasan kemaluan
  • Punggung
  • Sekitar pusat
  • Ketiak
  • Siku
  • Kaki dan buku lali
Biasanya kawasan leher dan muka tak dijangkiti. Tapi, kalau kutu ni hinggap pada baby, kawasan-kawasan ini boleh juga dijangkiti.

Macamana nak merawat?

Biasanya doktor akan memberikan ubat-ubatan berbentuk krim atau losyen untuk membunuh kutu-kutu Scabies ni. Ubat-ubatan yang biasa dipakai adalah seperti berikut:
  • Losyen Benzyl Benzoate
  • Krim Gamma Benzene Hexachloride
  • Losyen Malathion

Macamana nak sapu?
  • Sapu dari leher kebawah. Pastikan semua kawasan terlibat termasuk celah jari, bawah kuku dan kemaluan juga di sapu. 
  • Biarkan semalaman hingga esok pagi sebelum di bilas
  • Ambil selama 3 malam berturut-turut atau seperti mengikut nasihat doktor
  • Basuh pakaian dan cadar dengan air panas

Semua ahli keluarga yang tinggal sebumbung perlu dirawat pada masa yang sama, tak kira mereka ada merasa gatal atau tidak. Ini untuk mencegah kutu dari merebak.


Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ini disebabkan rasa gatal tu sebenarnya berpunca dari alahan atau reaksi badan terhadap jangkitan kutu ni. Kegatalan akan hilang selepas badan berhenti bereaksi, jadi, sementara tu, anda mungkin perlukan ubat tahan gatal.

Wassalam


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan