Terima Kasih... Cikgu Tadika!!!

Terasa teramat-amatla terima kasih pada cikgu-cikgu tadika di seluruh Malaysia. Kenapa? Sebab diorangla yang bersusah-payah hingga membuatkan ramai kanak-kanak di Malaysia ni membesar menjadi budak-budak cerdik dan berjaya.

Hmmm... kenapa pulak tiba-tiba rasa macam ni?

Nak kata tiba-tiba terasa tu takla jugak... cuma kepada mereka yang penah mengajar anak-anak membaca, mereka akan faham bahawasanya bukan senang masa mula-mula nak bagi budak-budak yang tak tahu apa-apa ni pandai membaca... apalagi menulis dan mengira.

Sebagai orang besar, kita (atau mungkin saya je kot?) dah lupa pengalaman belajar membaca... rasa cam membaca tu dah jadi our second nature. Yelah, kalau tak baca buku pun, hari-hari kita membaca tulisan kat papan tanda tepi jalan, baca menu nak makan dan macam-macam lagila.

Tapi, untuk seorang budak, semua perkataan dan tulisan depan mata mereka tak bermakna apa-apa. Sebelum ni sebenarnya tak penah terfikir pun perkara ni, tapi, sejak cuba mengajar sendiri anak membaca barula tahu... Ya Allah... tak senang rupanya nak bagi budak-budak pandai. Dah gi kursus mengajar budak membaca, beli peralatan-peralatan bantuan mengajar dan sebagainya pun, masa mula-mula start mengajar... anak nampak blur je... ntah faham atau tak apa yang diajar.

Kalau blur tu sekejap takpe lagi, ni makan berbulan-bulan jugak diorang nampak blur... ish, takleh jadi ni. Kita keep on ulang-ulang ajar, tapi diorang terkelip-kelip je. Bila suh ulang sendiri, dia pandang je kita. Tu tak masuk lagi kita tengah mengajar, diorang dah start buat boring, amik mainan tu, amik mainan ni, kata tiredla, masa tula mintak susu, masa tula nak tido.

Mungkin ada di antara kita yang bernasib baik, anak kejap je dah faham apa yang diajar.... tapi bagi saya, proses memperkenalkan anak pada bacaan amatla mencabar kesabaran dan mental. Dan si saat itulah terfikir, "ni baru sorang dua anak, tak tahula apa perasaan cikgu-cikgu di tadika mengajar sekelas anak murid. Tak senang rupanyaaaa...." 

Cumanya, bila anak dah mula faham konsep yang diajar dan mula membaca, memang terasa amatla berbaloi-baloi usaha selama ni.



So, untuk cikgu-cikgu tadika semua... saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Sesungguhnya kalian semua yang bertangunggjawab berusaha memastikan anak-anak menguasai skill paling penting dalam menuntut ilmu ni supaya mereka berjaya dikemudian hari.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...