Mengajar anak membaca

Teknik berkesan mengajar anak membaca
(sumber foto huffingtonpost.com)
Semua ibu bapa pasti mahu melihat anak-anak kecil mereka boleh membaca. Disebabkan itu, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak membaca. Antaranya yang pernah saya cuba adalah kaedah 'whole word approach' dan kaedah phonetic.

Cara pertama yang saya gunakan dalam usaha mengajar anak membaca adalah kaedah 'whole word approach'. Secara senangnya, cara ini memerlukan kita menunjukkan sebanyak mungkin perkataan kepada anak-anak kita sambil menyebut perkataan itu dan memberitahu maksud perkataan itu. Kaedah ini dikatakan boleh diapply sejak anak-anak masih bayi dan dikatakan kanak-kanak dengan sendirinya akan mengetahui yang huruf-huruf yang ditunjuk itu mewakili bunyi-bunyi tertentu.

Mmmm... ketika diintroduce dengan kaedah ini, saya berpendapat ia sesuatu yang menarik. Lagipun, saya ditunjukkan dengan video bagaimana seorang bayi seawal umur 9 bulan boleh mengenalpasti perkataan-perkataan yang ditunjukkan. Selepas melihat sendiri video tersebut, saya terus membeli produk yang disyorkan.




Seperti yang disarankan, saya mula menunjukkan video yang digunakan di dalam produk itu dan menemani anak saya yang ketika itu masih bayi menonton perkataan-perkataan yang ditunjukkan. Apabila anak saya semakin besar, saya mula menulis perkataan-perkataan lain di atas kertas dan menunjukkannya kepada anak saya.

Tetapi, saya tidak pasti apa yang silapnya. Sehingga anak saya berumur 2 tahun, dia masih tak menunjukkan apa-apa kemajuan. Tak ada satu perkataan pun yang betul-betul dia kenal. Saya tahu yang dia masih tak kenal sebab ketika menggunakan kertas yang saya biasa gunakan, ada perkataan yang dia tahu, tetapi, apabila saya menulis perkataan-perkataan tersebut di dalam buku, dia tak tahu membacanya.. mungkin dia cuma cam warna kertas atau warna marker yang saya gunakan.

Saya menjadi frustrated. Lagi-lagi saya telah membaca review bagaimana ada kanak-kanak yang lebih muda yang berjaya diajar menggunakan kaedah itu.

Setelah gagal dengan kaedah itu, kakak saya memberitahu tentang kaedah phonic yang digunakan untuk anak-anaknya. Rupanya dia juga pernah mencuba kaedah pertama yang saya gunakan dan menghadapi masalah yang hampir serupa. tetapi, setelah menggunakan kaedah phonics, anak-anaknya menunjukkan improvement dan mula boleh membaca.

Jadi, saya terus membeli program yang diberitahu - Read Easy Phonics yang ditulis oleh 2 penulis suami isteri yang berasal dari Malaysia... Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad.


Teknik berkesan mengajar anak membaca
(sumber foto readnetwork.com)

Ini komen saya tentang buku ini. Mungkin kerana ia ditulis oleh rakyat Malaysia dan disesuaikan dengan kebanyakan kita yang tak menggunakan bahasa Inggeris (kebanyakan kita menggunakan bahasa rojak) sebagai bahasa perbualan di rumah, buku ini berkesan kepada anak saya.

Peringkat awal menggunakan buku ini agak mencabar. Ibu bapa perlu banyak bersabar terutamanya dalam mengajar anak memahami konsep blending of sound. Ketika mengajar anak saya, saya merasakan peringkat tersebut yang paling susah dan memakan masa. Buku ini sebenarnya mengajar kanak-kanak yang setiap huruf mempunyai bunyi tertentu dan bunyi-bunyi itu boleh di blend untuk membuat satu perkataan.

Apa yang saya suka tentang buku ini ialah, walaupun mengajar anak memahami konsep itu agak susah dan memakan masa, once anak grasp the concept... pelajaran akan menjadi senang untuk kedua ibu dan anak. Insya Allah anak akan mula boleh membaca termasuklah perkataan-perkataan baru.

Kini, setelah 3 bulan saya menggunakan buku ini, anak saya menunjukkan improvement. Dia sudah pandai mengeja dan membaca simple words walaupun dia tak membaca selancar orang dewasa. Saya juga supplementkan buku ini dengan buku berkonsepkan phonics yang lain (anak saya paling suka buku cerita berasakan phonic My Phonics Reader keluaran Pelangi).

Jadi, jika ada ibu bapa yang menghadapi masalah mengajar anak membaca, saya sarankan buku Read Easy Phonics ini. Ia juga ada dalam version Melayu iaitu Bacalah Anakku. Harga buku ini berpatutan, dan satu set beginner level mempunyai 8 buku, flashcards dan teaching guide video. Jika berminat, anda boleh mendapatkan buku ini di sini mahupun di kedai online seperti bookcafe atau di kebanyakan kedai buku di seluruh Malaysia.



3 ulasan:

  1. Saya juga menghadapi masalah untuk mengajar phonics blending. Namun, saya akan terus berusaha. Once konsep ini difahami, saya rasa tiada masalah untuk anak saya membaca

    BalasPadam
  2. Salam..followers2 blog ni pun boleh belek2 blog saya. Saya pun ada menjual buku ini:

    http://hzreadnetwork.blogspot.com

    BalasPadam
  3. terima ksih atas krn berkongsi info. anak umut 4 thn tp saya baru nak mula ajar die mengenal huruh rasa menyesal pulak sebab mcm lambat nak mula..

    Hari tu dah mula mengajar tapi nampak mcm liat sikit...kene kuat usaha lagi ini...

    Jemput ke blog saya
    izzanyrosdin.blogsport.com

    BalasPadam