Swine flu: ketahui tanda-tandanya



Ketika dunia sedang mengalami masalah penularan swine flu, atau kini dikenali sebagai H1N1 flu, adalah penting untuk kita mengetahui apakah tanda-tanda jangkitan ini. Ini adalah kerana, sebagai ibu bapa, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil, komplikasi jangkitan swine flu atau H1N1 ini adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah (apatah lagi bayi berumur 6 bulan ke bawah). Jangkitan swine flu atau H1N1 ini kebanyakannya sama seperti jangitan flu biasa. Antara tanda-tandanya termasuklah:
  1. Demam yang tinggi (melebihi 100 F)
  2. Batuk
  3. Selsema
  4. Sakit tekak
  5. Pening
  6. Sengal-sengal badan
  7. Badan berasa sejuk
  8. Muntah atau cirit-birit (dalam sesetengah kes)

Tetapi, jika jangkitan ini berlaku di kalangan kanak-kanak, bagi anak-anak kecil terutamanya, ibu bapa perlu lebih peka kepada beberapa tanda yang di anggap warning signs. Jika anak menunjukkan salah satu tanda berikut, anda perlu segera membawa anak untuk menerima rawatan:
  1. Anak kelihatan susah bernafas atau bernafas dengan laju
  2. Warna kulit berubah
  3. Tidak minum air yang cukup
  4. Anak tidak begitu responsive
  5. Anak irritable atau inconsolable
  6. Tidak kencing atau tiada air mata keluar apabila menangis
  7. Simtom asal berlaku semula dengan demam dan batuk yang semakin teruk
Adalah penting untuk ibu bapa menjadi pemerhati agar dapat memberikan fakta yang tepat kepada doktor agar rawatan yang perlu dapat diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan