Swine flu: Lindungi anak anda dari H1N1 virus



Swine flu atau kini dikenali sebagai H1N1 flu mula-mula dikesan di Negara Mexico pada lewat Mac tahun ini, di mana pihak berkuasa di sana melaporkan kes-kes yang melibatkan jangkitan paru-paru yang teruk yang berlaku pada mangsa yang sebelumnya tiada apa-apa masalah kesihatan, sehingga meyebabkan ramai mangsa yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan sesetengahnya meyebabkan kematian.

Kini, setelah 4 bulan berlalu sejak Swine flu atau H1N1 flu mula-mula dikesan, penyakit ini telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dan hingga kini sudahpun menyebabkan kira-kira 1,154 kematian di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali dari menerima jangkitan virus H1N1 yang berbehaya ini, dan kes-kes dan kematian di Malaysia juga semakin dilaporkan meningkat walaupun telah banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan jangkitan swine flu ini.

Sebagai ibu bapa, sudah pasti ramai yang risau dengan perkembangan ini, dan pastinya ramai yang berusaha melindungi anak-anak dari jangkitan merbahaya ini. Disebabkan vaccination yang berkesan dalam melindungi seseorang daripada jangkitan virus H1N1 masih di dalam kajian, pencegahan dari segi amalan harian amat penting. Semakin ramai ibu bapa yang menggalakkan anak-anak memakai face mask apabila berada di luar rumah.

Namun, selain face mask, apakah langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam usaha melindungi anak-anak daripada virus ini?

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh di ambil ibu bapa dalam melindungi anak-anak daripada jangkitan swine flu atau H1N1 flu ini.



  1. Jadikan membasuh tangan menggunakan air dan sabun suatu kebiasaan bagi anak anda. Adalah disarankan kanak-kanak disjar membasuh tangan selama 20 saat dan jika air dan sabun tiada, anak-anak anda boleh menggunakan hand sanitizer.
  2. Ajar anak untuk menutup hidung dan mulut ketika batuk atau bersin menggunakan tisu. Pastikan tisu dibuang sebaik digunakan.
  3. Jangan jadikan kebiasaan anak menyentuh mata, nulut dan hidung mereka. Ini adalah kerana, virus ini boleh berjangkit jika seseorang menyentuh sesuatu benda yang contaminated dengan virus ini dan kemudiannya menyentuh mulut, hidung atau mata mereka.
  4. Tingkatkan imunisasi anak dengan memberi makanan yang berkhasiat, banyakkan minum air, rehat yang mencukupi dan galakkan senaman.
  5. Jika anak sakit, jangan hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan. Ini bukan sahaja untuk mengelakkan penyebaran penyakit di kalangan rakan-rakan mereka, tetapi juga untuk membolehkan anda member penjagaan yang lebih rapi untuk anak anda.
  6. Jauhkan anak –anak anda daripada mereka yang sakit.
  7. Jauhkan anak-anak anda dari tempat yang sesak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan