Kenapa anak tantrum? Video menarik...



Sebab anak tantrum
(photo: www.parents.com)
Anak tantrum, menjerit dan berguling-guling di lantai mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa mungkin dapat memahami apa yang dimahukan anak, tetapi kadang-kadang walaupun sebagai ibu bapa, kita tidak tahu apa yang dimahukan anak (adakah tantrum normal? Lagi artikel mengenai tantrum di sini).

Memang terdapat beberapa punca mengapa anak mula untuk tantrum. Antara punca utama yang boleh membuatkan anak anak anda memulakan ‘drama’ mereka adalah kerana mereka mahukan sesuatu; dan ‘sesuatu’ itu kebiasaannya adalah perhatian anda (sebab itu banyak tantrum terjadi apabila ibu bapa ada bersama anak tetapi tidak dapat menumpukan perhatian pada mereka, sebagai contoh, ibu sedang sibuk memasak di dapur, ibu sedang bercakap di telefon dan sebagainya) dan sesuatu benda atau perkara (contohnya permainan, aiskrim, mahu bermain di dalam hujan dan tidak mahu mandi dan sebagainya). Selain daripada dua perkara utama yang baru sahaja disebutkan tadi, tantrum juga boleh berpunca daripada perasaan bosan, letih, lapar dan tidak sihat.

sebab anak tantrum
(photo: www.todaysparent.com)
Tetapi, mengapa anak anak memilih jalan untuk tantrum untuk meminta sesuatu yang dimahukan? Sebagai ibu bapa, kebanyakan dari kita (ini termasuklah diri saya sendiri) kadang-kadang akan mengalah apabila anak sudah mula menjerit dan berguling-guling. Oleh kerana ini, anak anak akan berfikir yang tantrum adalah cara yang sesuai untuk mem
buat ibu bapa mengalah – Cuma bertahan lebih lama, dapatkan lebih perhatian dari ibu bapa dan akhirnya ibu bapa akan melayan kehendak mereka.

Dalam kata yang lain, walau apapun punca anak anda tantrum, perbuatan mereka adalah jalan untuk menarik perhatian anda dalam usaha mendapatkan apa yang dikehendaki. Dan memahami kenapa anak anda berkelakuan begitu adalah penting dalam usaha ibu bapa menangani tantrum (atau lebih tepat untuk saya katakan mengurangkan kekerapan dan juga intensity tantrum. Ini adalah kerana, agak mustahil untuk memberhentikan terus tantrum kerana ia adalah satu proses di dalam perkembangan anak anda) dan sekaligus mengajar anak anak 2 perkara penting yang akan mempengaruhi perkembangan mereka dan cara mereka berinteraksi kelak:

  1. Kelakuan begitu bukan cara berkesan untuk mendapatkan sesuatu
  2. Ada cara lain yang lebih manis dan boleh diterima untuk mendapatkan apa yang dikehendaki

Saya teringat satu video menarik tentang anak tantrum yang pernah saya lihat di youtube. Saya cuba mencari semula dan Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana dapat berkongsi video itu dengan anda.

Kenapa video ini saya katakan menarik? Kerana di dalam video itu, anda boleh melihat contoh typical anak menggunakan cara tantrum untuk mendapatkan perhatian ibunya. Jika anda perhatikan anak anda sendiri, walaupun anak anda mungkin tidak menunjukkan secara jelas seperti di dalam video ini, anda akan dapat melihat walaupun anak anda kelihatan sudah tidak kisah tentang apa yang terjadi di sekeliling mereka, mereka sebenarnya akan memastikan yang perbuatan mereka mendapat perhatian anda.

Jika anda biasanya berusaha memujuk anak anda, mungkin anda tidak akan perasan yang perhatian anda sebenarnya amat penting untuk anak anda walaupun mereka sedang menjerit atau berguling. Tetapi, jika satu hari anda cuba berpura-pura tidak mengendahkan perbuatan mereka, kemungkinan besar anda akan dapat melihat cara tersendiri mereka untuk memastikan perbuatan mereka mendapat perhatian anda. Ada yang datang untuk tantrum di kaki anda, ada yang cuba mengintai untuk memastikan anda melihat perbuatan mereka (secara peribadi, inilah yang dilakukan oleh anak saya sendiri), ada yang berhenti menangis sebentar, datang kepada anda dan sambung semula perbuatan mereka di hadapan anda (seperti yang boleh anda lihat di dalam video ini) dan banyak lagi (adakah anda mengetahui corak tantrum berbeza pada usia berbeza? Baca mengenainya di sini).

Walau apapun cara mereka, mengetahui bahawa perhatian anda adalah perkara utama yang mereka mahukan boleh dijadikan ‘senjata’ anda untuk cuba menangani tantrum, dan mengajar anak anak cara yang lebih elok untuk mereka mendapatkan sesuatu.


Perhatikan di dalam video ini, anak tersebut hanya menangis dan berguling apabila dia dapat melihat ibunya – dan memastikan yang ibunya juga dapat melihat perbuatannya. Sambil mengambil gambar video ini, ibunya akan beralih ke tempat lain setiap kali anaknya menjumpainya. Gelagat anak ini nampak kelakar juga... tetapi inilah yang dikatakan budak-budak :)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan