Sebagai ibu-bapa, jika anak kita didapati obes, sudah tentu kita ingin tahu apa yang boleh kita lakukan untuk membantu anak kita mengawal berat badannya. Di sini ada beberapa perkara dan tips untuk anda cuba dalam membantu anak anda mengawal berat badannya.
- Jika anak anda suka memakan makanan ringan, kurangkan atau lebih baik hentikan kegemarannya itu. Latih anak anda memakan makanan berserat, buah dan sayuran dan produk tenusu rendah lemak (memberi makanan tenusu rendah lemak disarankan selepas anak anda berumur 2 tahun). Kurangkan daging dan telur, terutamanya telur kuning (telur putih adalah ok). Mungkin anda boleh kurangkan telur kuning ke 3 kali seminggu. Tetapi ingat, jangan terus hentikan memberi makanan-makanan tersebut kerana anak anda masih memerlukan lemak untuk pembesarannya – KURANGKAN tetapi jangan terus diHENTIKAN.
- Lihat berapa banyak anak anda minum. Jika anak anda masih minum menerusi botol, mungkin anda boleh cuba melatihnya menggunakan cawan, dengan ini, anda boleh kurangkan pengambilan susunya jika dia terlalu kerap meminum susu. Anda juga bolah mencairkan jus yang diminumnya dengan menambah air ke dalam jusnya.
- Kebanyakan kanak-kanak perlu mengambil snek seperti biskut di antara waktu makannya. Anda boleh meneruskan memberi snek kepada anak anda tetapi pastikan ianya berkhasiat (seperti biskut dan bukan makanan ringan dan sebaiknya kurang kalori) dan kurangkan pengambilan snek tersebut mungkin ke 3 kali sehari – antara waktu sarapan dan makan tengahari, antara makan tengahari dan makan malam dan sebelum tidur.
- Latih anak anda makan sendiri. Ini kerana kebanyakan ibu bapa member lebih dari yang diperlukan apabila menyuapkan anak makan. Jika anak anda makan sendiri dan berhenti, anda tidak perlu menyuruhnya menghabiskan baki makanan yang tinggal. Anak anda berhenti kerana dia sudah cukup dengan makanan yang dimakannya. Satu lagi perkara yang boleh anda lakukan ialah perlahankan anak anda apabila dia sedang makan. Apabila anak anda makan dengan lebih perlahan, kebiasaanya pengambilan makanannya juga akan kurang. Anda tidak perlu menyuruhnya makan dengan perlahan – ini biasanya tak berkesan. Tetapi, anda boleh berbual-bual dengannya ketika dia sedang makan untuk mengalihkan perhatiannya, sekaligus membuatnya makan dengan lebih perlahan.
- Pastikan anak anda makan kerana lapar dan bukan sebab lain. Jika anak anda makan kerana bosan, kerana makanan menjadi sumber ‘comfort’ untuknya atau apa sahaja sebab lain, adalah susah untuk mengawal pengambilan makanannya. Sebagai ibu bapa, jangan memberinya gula-gula untuk memujuknya apabila dia terjatuh, membeli kek untuk membuatnya diam apabila anda membawanya keluar membeli belah atau memberinya biskut kerana anda tidak mahu anak anda menganggu anda membuat kerja rumah. Dengan member anak anda makanan untuk sebab-sebab ini, anak anda akan belajar makan walupun dia tidak lapar.
- 6. Pastikan anak anda bersenam. Anda tak perlu mengahantar anak anda ke gym atau sebagainya, cuma biarkan dia berlari, melompat, memanjat dan sebagainya. Adalah lebih baik jika anda boleh membawa anak anda dan keluarga bersenam bersama-sama dengan berjalan di taman atau melakukan apa sahaja aktiviti bersama. Ini bukan sahaja baik untuk anak anda, tetapi juga untuk anda dan ikatan kekeluargaan anda.
- Kurangkan rancangan televisyen. Kenapa? Kajian menunjukkan kanak-kanak yang suka menonton televisyen lebih cenderung untuk masalah berat badan.... hmmmm.... mungkin rancangan dan iklan televisyen sekarang sudah terlalu banyak mempengaruhi pemakanan kanak-kanak; sebagai contoh iklan makanan ringan dan hadiah dan permainan yang disertakan bersama.
Apapun, anda mungkin tak dapat mengawal pemakanan anak anda dalam sehari atau seminggu. Tak apa, buat secara berperingkat, dan ingat, anak anda masih memerlukan lemak dan kalori di dalam pemakanannya. Kurangkan tapi jangan hentikan terus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan