Satu ketika dahulu, mungkin kita banyak mendengar kisah kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Banyak program dijalankan untuk menolong kanak-kanak ini contohnya program bakul sekolah dan susu sekolah. Alhamdulillah, dengan kemakmuran negara, masalah ini sudah semakin banyak dapat diatasi.
Tetapi, kini, masalah lain sudah mula timbul – masalah obes di kalangan kanak-kanak. Mungkin, sestengah dari kita menganggap kanak-kanak ‘sihat’ sebagai comel, tetapi, jika berat kanak-kanak itu sudah terlampau melebihi berat yang sepatutnya untuk ketinggian, jantina dan umur kanak-kanak tersebut (iaitu 120% melebihi berat ideal untuk kanak-kanak tersebut), kanak-kanak itu boleh dikategorikan sebagai obes. Jika anda risau yang anak anda tergolong dalam kategori kanak-kanak obes, doktor anda adalah orang terbaik untuk menentukan samada anak anda benar-benar obes atau tidak. Ada sesetengah ibu bapa yang risau sedangkan anak mereka cuma sekadar tembam sedikit dan apabila dibandingkan berat badan dengan ketinggian, jantina dan umur anak itu, berat badan anak mereka sebenarnya masih di dalam lingkungan normal.
Ingat, berat badan ideal anak anda tidak boleh diukur dengan index berat (body mass index) yang sering digunakan untuk mengetahui berat ideal untuk orang dewasa kerana berat badan kanak-kanak perlu disesuaikan dengan umur dan juga jantina kanak-kanak tersebut.
Adakah kanak-kanak obes akan obes apabila dewasa?
Tidak semestinya. Ia bergantung pada umur kanak-kanak itu dan betapa serius peratusan obes kanak-kanak tersebut. Jika anak anda sudah berumur 4 tahun dan didapati obes, mungkin anda perlu berusaha menolong anak anda mengawal berat badannya. Ini kerana, ada yang mengatakan daripada 10 ke 40% kanak-kanak obes pada umur ini, 50 ke 85% obes apabila dewasa; dan risiko ini semakin meningkat dengan meningkatnya umur anak anda.

Adakah obes di kalangan kanak-kanak mempengaruhi kesihatan kanak-kanak tersebut?
Sesetengah penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dikaitkan dengan obesity dikalangan kanak-kanak walaupun peratusan penyakit tersebut yang berlaku dikalangan kanak-kanak adalah kecil jika dibandingkan dengan orang dewasa (tetapi masih ada kes yang berlaku dikalangan kanak-kanak). Penyakit lain seperti sakit jantung mungkin berlaku apabila sudah dewasa.

Tetapi, terdapat satu lagi masalah penting yang mungkin kadang-kadang kebanyakan kita terlupa untuk memberi perhatian. Kerana badan yang obes, kanak-kanak ini mungkin menjadi bahan usikan rakan-rakan disekolah dan ini boleh memberi kesan terhadap perkembangan sosial dan membuatkan kanak-kanak obes rasa rendah diri dan tidak yakin terhadap diri sendiri.
Oleh itu, selain dari masalah kesihatan, obesiti juga boleh mempengaruhi perkembangan sosial dan mental kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan