Suasana kampung di Avillion Port Dickson Resort

Hotel best di port Dickson cuti dengan anak-anak
Hijau dan damai di Avillion Port Dickson Resort

Cuti tak panjang dan tak mahu menghabiskan banyak masa on the road, tapi mahukan persekitaran tenang dan terasa jauh dari kota. Nak ke mana ya? Hmmm... tak perlu pergi jauh.

Pada akhir Disember 2019, kami memilih untuk membawa anak-anak bercuti ke Avillion Port Dickson Resort yang terletak hanya kira-kira sejam setengah memandu dari Kuala Lumpur. Walaupun kami pernah ke Port dickson atas beberapa urusan, ini adalah pertama kali kami menginap di hotel dengan kawasan pantai seluas 23 ekar menghadap Selat Melaka ini.



Check-in

Urusan check-in berjalan dengan sangat lancar. Walaupun ketika itu kawasan lobi agak crowded dan agak ramai tetamu yang berurusan di kaunter, beberapa kaunter dibuka sekaligus melancarkan urusan tetamu. Alhamdulillah, kami tidak perlu menunggu lama untuk diberi kunci bilik.

Sesuatu yang kami rasa agak pelik di sini adalah arrangement parking untuk tetamu. Kawasan parking di dalam kawasan resort agak limited dan tidak mencukupi apabila resort agak penuh ditempah. Disebabkan itu, Avillion Port Dickson menyediakan guarded parking di seberang jalan berhadapan dengan resort ini.

Tetamu yang meletakkan kenderaan di kawasan ini terpaksa berjalan kaki melintas jalan yang memisahkan kawasan parking dan resort. Walaupun tidak jauh, kami mendapati jalan tersebut agak sibuk. Tiada jejantas ataupun traffic light untuk membantu tetamu melintas jalan. Oleh itu, anda mestilah berhati-hati jika meletakkan kenderaan di sini.


Hotel menarik di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Avillion PD dan kawasan parking dipisahkan Jalan Pantai yang agak sibuk (foto: Google Maps)  



Bilik

Chalet atas air tempat penginapan kami untuk dua malam seterusnya terletak berdekatan dengan private beach. Walaupun mungkin kelihatan agak dated, keadaan bilik adalah bersih. Kami menempah dua unit chalet yang terletak bersebelahan satu sama lain. Setiap chalet mempunyai daybed, sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak kecil. Bilik air juga luas, lengkap dengan bathtub dan open sky shower.


Hotel best di Port Dickson untuk anak-anak
Bilik dengan pangkin daybed yang boleh dijadikan extra bed selesa untuk anak-anak


Sarapan

Hidangan buffet sarapan bagi kami adalah memuaskan. Daripada selera tempatan seperti nasi lemak dan meehun hingga ke roti dan pastri disediakan sebagai pilihan. Untuk anak-anak kami yang sememangnya tidak berselera besar, sarapan di sini lebih daripada mencukupi.

Oleh kerana tetamu agak ramai, meja yang ada cepat dipenuhi walaupun kami keluar bersarapan agak awal. Alhamdulillah, bukan sahaja staff agak cekap mencari tempat untuk setiap tetamu, malah makanan yang habis juga cepat di'top-up'. Thumbs up!


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Kawasan buffet sarapan di Avillion Port Dickson



Aktiviti

Dengan kawasan resort yang luas, Avillion Port Dickson menawarkan aktiviti-aktiviti sesuai untuk tetamu dewasa dan kanak-kanak. Boleh dikatakan masa anak-anak kami di sini sentiasa occupied dengan melakukan aktiviti luar bilik yang pelbagai.


1. Private beach

Jika anda ingin berehat sambil menikmati pemandangan pantai di Port Dickson, Avillion menawarkan bukan hanya satu, tetapi dua private beach sebagai pilihan. Private beach pertama yang dinamakan Riau Beach terletak lebih dekat dengan kawasan lobi. Pantai ini adalah pusat untuk aktiviti water sport di sini. Mungkin kerana itu, rata-rata kami melihat lebih ramai tetamu bertumpu di pantai ini berbanding private beach kedua.

Secara peribadi, kami lebih menggemari private beach kedua yang dinamakan Tumasek Beach. Pantai ini terletak berhampiran unit chalet sewaan kami di hujung resort. Walaupun kawasannya lebih kecil, kami merasakan Tumasek Beach lebih tenang dan lebih sesuai sebagai tempat untuk bersantai dan bersiar-siar bersama keluarga.

Persekitaran pantai kedua-dua private beach ini dijaga dengan baik. Namun begitu, jika dibandingkan dengan sesetengah pantai lain di negara kita, pasir di sini tidaklah putih dan halus, bahkan bagi kami kebersihan air laut juga so-so sahaja. Disebabkan itu, walaupun anak-anak kami seronok mengambil angin dan bermain pasir, mereka tidak bermandi-manda di sini.


Hotel best di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Kawasan pantai Tumasek Beach


2. Swimming pool

Untuk memenuhi keperluan tetamu yang pelbagai, swimming pool di Avillion Port Dickson terbahagi kepada dua kawasan. Kawasan pertama yang dinamakan Village Pool sesuai untuk tetamu yang berkunjung bersama anak-anak, manakala kawasan kedua yang dinamakan Cochin Pool pula dikhaskan hanya untuk tetamu dewasa. Maaf, kanak-kanak tidak dibenarkan di Cochin Pool.


Hotel best di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Suasana di Village Pool semasa kunjungan kami

Hotel best di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Cochin Pool... jauh berbeza dengan suasana di atas, kan?


Sudah tentu, dengan pembahagian begini, suasana di Village Pool jauh lebih meriah berbanding dengan Cochin Pool yang nyata lebih tenang. Keriuhan suara kanak-kanak should be expected, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung semasa musim cuti persekolahan. Tiada life guard disediakan di pool ini. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi sendiri anak-anak bermain.

Seperti juga kanak-kanak lain, anak-anak kami turut tidak melepaskan peluang bermain di Village Pool. In fact, memandangkan mereka tidak mandi di pantai, pool ini menjadi antara tarikan utama mereka di sini. Selain mandi di kolam renang, tumpuan mereka sudah tentu di satu-satunya slide ringkas yang terdapat di Village Pool! Berkali-kali turun naik slide tetap tak membosankan untuk mereka.


Hotel best di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Woohooo! Seronok bermain slide di Village Pool


3. Petting farm

Kawasan kecil yang dikhaskan sebagai 'penginapan' haiwan seperti ayam dan arnab ini membuatkan suasana kampung di Avillion Port Dickson terasa lebih realistik. Dibuka setiap hari sekitar pukul 10 pagi, petting farm ini menjadi tumpuan kebanyakan tetamu kanak-kanak yang berkunjung ke resort ini. Yang menariknya, tetamu bukan hanya dibenarkan masuk dan melihat haiwan-haiwan ini, malahan anak-anak juga berpeluang memberi makan kepada haiwan-haiwan yang berkeliaran di kawasan ini. Oh, jika anda berkunjung pada hari Rabu atau Ahad, anak-anak turut berpeluang menyertai aktiviti bathe-a-pet yang diadakan.

Tiada bayaran tambahan dikenakan samada untuk memasuki petting farm, mahupun mengambil makanan yang disediakan pihak resort untuk diberikan kepada haiwan-haiwan di sini.


Hotel menarik di Port Dickson cuti dengan anak-anak
Masing-masing tak sabar menunggu pintu petting farm dibuka


4. Kid's Cabin

Avillion Port Dickson turut menyediakan kawasan khas yang dinamakan Kid's Cabin untuk anak-anak meluangkan masa bersama-sama ketika percutian. Tiada bayaran dikenakan jika anak-anak sekadar ingin meluangkan masa beristirehat, membaca buku atau bermain alatan permainan yang disediakan di sini. Namun begitu, bayaran dikenakan jika mereka ingin melakukan sesetengah aktiviti berbayar seperti sand art dan henna painting.


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Kawasan kanak-kanak Kid's Cabin

Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Playground ringkas turut disediakan


Aktiviti di sini adalah free and easy. Tiada aktiviti berjadual yang diatur di Kid's Cabin. Sebelum ke sini, kami mendapat tahu bahawa Avillion Port Dickson turut mengadakan aktiviti masakan untuk kanak-kanak. Sayangnya, aktiviti tersebut kini sudah tidak diadakan lagi.

Oh, jika anda berminat, Kid's Cabin turut menyediakan spa untuk kanak-kanak. Ruangan khas yang menarik disediakan lengkap dengan beberapa jenis pakej sebagai pilihan kanak-kanak yang ingin merasa diri dipamper semasa percutian.


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Kawasan spa kanak-kanak lengkap dengan katil spa di sebalik langsir


5. Family Movie Time

Jika anda menginap di Avillion Port dickson, anda boleh membawa anak-anak menonton movie bersama-sama di bilik-bilik khas berhampiran Kid's Cabin. Setiap bilik dilengkapi sofa dan set television dan boleh memuatkan kira-kira 6-8 orang. Terdapat beberapa slot tayangan ditetapkan setiap hari. Jika ingin menonton movie di sini, jangan lupa untuk melakukan tempahan awal lebih-lebih lagi jika berkunjung semasa cuti persekolahan. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk menonton movie di sini.

Oh, sebelum itu, jangan pula bayangkan suasana seperti di panggung wayang. Sejujurnya, bagi kami, susun atur bilik tayangan yang disediakan sebenarnya lebih mirip ruang tamu dengan sistem teater yang baik.

Ketika ke sini, kami memilih waktu tayangan tengahari memandangkan ketika itu cuaca agak panas untuk melakukan aktiviti di luar. Walaupun menonton movie bersama-sama bukanlah sesuatu yang asing, dengan ambience yang lain daripada kebiasaan, anak-anak tetap gembira berehat dan meluangkan masa bersama-sama begini.


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Bersama-sama menonton movie di bilik tayangan


6. Aktiviti-aktiviti lain

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, Avillion Port Dickson turut menawarkan banyak pilihan aktiviti berbayar untuk seisi keluarga. Daripada aktiviti air, aktiviti bermotor dan beberapa pilihan games, tetamu mempunyai banyak pilihan untuk percutian yang lebih memorable.

Memandangkan ketika ke sini kami mendapat beberapa activity voucher, sempat juga kami melakukan aktiviti tambahan lain seperti fish feeding, bermain ping-pong, banana boat, memancing, memanah, bermain mini atv dan go-kart. Alhamdulillah, percutian ringkas kali ini menjadi lebih menarik dan anak-anak sangat seronok melakukan pelbagai aktiviti yang ada.


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Fish feeding

Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Menanti ikan yang tak kunjung tiba

Hotel menarik di Port dickson untuk anak-anak
Excited untuk first ATV ride


Sesuatu yang tak sempat kami lakukan adalah melihat Avi spa, iaitu sebuah award winning spa yang terkenal di Avillion Port Dickson. Walaupun tidak berniat untuk mendapatkan rawatan spa di sini, teringin juga sekadar melihat iconic spa yang menjadi highlight resort ini. Tak mengapa, mungkin rezeki di lain waktu.     

Adakah kami enjoy percutian di sini? Alhamdulillah, sudah tentu! Bagi kami, tidak seperti Hotel Grand Lexis yang pernah kami kunjungi di mana tarikan utamanya ialah pool peribadi di dalam bilik, tarikan di Avillion Port Dickson lebih tertumpu pada suasana persekitaran dan aktiviti keluarga yang banyak ditawarkan. Malah, sepanjang masa di sana, kami terasa seperti berada di desa yang jauh dari kesibukan walaupun hakikatnya Port Dickson ialah sebuah bandar tumpuan terutamanya semasa hujung minggu dan musim cuti persekolahan. 


Hotel menarik di Port Dickson untuk anak-anak
Suasana malam yang tenang di Avillion Port dickson


Jika anda berminat untuk menginap di Avillion Port Dickson, tempahan boleh dilakukan secara online di laman web mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga dan tawaran di laman-laman ini untuk deal terbaik semasa percutian keluarga nanti.



Penginapan menarik lain di Port Dickson:

Hotel Grand Lexis







2 ulasan:

  1. Nice resort :) private beach yang best tu..tapi kalau dah air laut tak bersih sgt..terjun pool lah jawabnya

    BalasPadam