Swiss Garden Damai Laut, Lumut - kini berwajah baru!

Hotel best untuk anak-anak di Perak
Swiss Garden Damai Laut,Lumut - kini berwajah baharu!

Untuk percutian kali ini, sekali lagi kami membawa anak-anak ke Swiss Garden Damai Laut, Lumut. Entah mengapa terasa ingin ke sini sekali lagi, bersiar-siar di tepian pantai memang mendamaikan. Sesampainya kami di sini, alhamdulillah... what a pleasant surprise!

Swiss Garden Damai Laut Resort kini sudah berwajah baharu! Walaupun sekali pandang bangunannya masih kekal seperti dahulu, pengalaman percutian kali ini sama sekali tidak sama dengan kunjungan kami lebih dua tahun yang lepas.


1. Check-in

Urusan check-in masih dilakukan di lobby utama yang luas. Tiada apa-apa perubahan ketara di bahagian ini. Staf masih mengekalkan kemesraan dan urusan check-in untuk tempahan yang telah kami lakukan melalui Agoda berjalan lancar. Semasa di kaunter, kami diberitahu pengubahsuaian masih dilakukan pada bahagian tandas sebahagian bilik-bilik penginapan secara berperingkat.



2. Bilik

Pengubahsuaian bilik tidak dilakukan pada ruang tidur, cuma pada ruangan mandi. Bilik yang telah diubahsuai mempunyai shower, berbanding bilik asal yang mempunyai bath tub. Kami memilih bilik yang telah diubahsuai. Alhamdulillah, kami berpuas hati dengan bilik yang diberi. Kami diberikan dua bilik dengan connecting door. Kedua-dua bilik terasa cozy dan tidak kelihatan run-down walaupun masih mengekalkan perabot asal. Katil yang disediakan selesa, kebersihan bilik sangat baik dan dinding juga telah dicat semula. Tiada lagi cat-cat menggelembung seperti dahulu.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Salah satu bilik yang ditempah

Bilik air kini terbahagi kepada dua bahagian berasingan - toilet dan shower. Bidet hose dan spray disediakan di bahagian toilet. Seperti menjadi trend di banyak hotel kini, kedua-dua bahagian ini menggunakan frosted door yang tidak boleh dikunci. Open concept wardrobe turut disediakan berhadapan bilik mandi.

Kedua-dua bilik yang ditempah juga mempunyai balkoni yang memudahkan kami menjemur pakaian basah sepulangnya dari kolam renang dan pantai.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Bilik air yang telah diubahsuai


3. Makan & Sarapan

Walaupun breakfast spread sederhana, kami berpendapat variety hidangan lebih banyak berbanding kunjungan sebelum ini. Untuk anak-anak kami yang tidak begitu banyak makan, hidangan yang ditawarkan lebih daripada mencukupi. Malahan, tidak seperti kebanyakan hotel di mana mereka hanya makan tanpa berkata apa-apa, kali ini masing-masing bersetuju, "makanan di sini sedap!".


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Hidangan buffet

Selain sarapan, kami juga memilih untuk makan malam di dalam resort. Disebabkan anak-anak banyak meluangkan masa melakukan aktiviti di dalam resort, kami tidak mencari makan malam diluar. Bandar terdekat iaitu Manjung berada kira-kira setengah jam berkenderaan dari Swiss Garden Damai Laut.

Kami berpendapat BBQ Buffet Dinner yang ditawarkan sangat berbaloi. Bahagian barbeque menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti ayam, lamb, dan seafood seperti udang, kepah dan lokan. Selain bahagian barbeque, buffet dinner ini turut menawarkan berbagai-bagai jenis hidangan seperti nasi, kuew tiau, pasta, salad, laksa, brownies, pelbagai jenis kek, aiskrim dan ais kacang. Walaupun tetamu pada malam itu agak ramai, makanan sentiasa di refill. Rasa kesemua hidangan juga sangat memuaskan.

Sebagai bonus, memandangkan malam itu adalah malam Sabtu dan cuaca juga baik, tetamu turut berpeluang menyaksikan persembahan bunga api terus dari kawasan buffet.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Pertunjukan bunga api ketika makan malam

4. Swimming pool

Boleh dikatakan perubahan fasiliti ini yang paling mengujakan anak-anak kami. Tidak sabar-sabar mereka ingin bermain di pool 'baru' ini. Mana tidaknya, sebahagian kawasan pool yang besar kini telah ditukarkan menjadi mini waterpark yang menarik!


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Kawasan yang kini diadakan slide

Hotel best untuk anak-anak di Perak
Kawasan children pool dahulu yang kini dijadikan jacuzzi

Jika dahulu hanya saiz kolam yang luas menjadi tarikan, kini semakin banyak sebab untuk anak-anak mengajak ke swimming pool. 'Mini waterpark' di sini disesuaikan untuk kanak-kanak pada peringkat umur yang pelbagai dan terbahagi kepada tiga bahagian. Satu bahagian slide yang lebih tinggi untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar, satu bahagian slide yang lebih rendah dan satu bahagian 'water playground' untuk anak-anak kecil.

Memang tak dinafikan, daripada anak yang paling besar hingga yang paling kecil, tidak jemu bermain di sini. Bukan hanya slide dan water playground, malah 'waterpark' ini juga dilengkapi water gun dan tipping water bucket yang menambahkan keseronokan mereka bermain.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Kawasan slide untuk anak-anak yang lebih besar
Hotel best untuk anak-anak di Perak
Kawasan water playground

Disebalik riuh-rendah kanak-kanak bermain di mini waterpark, swimming pool dewasa yang terletak hanya bersebelahan kelihatan tenang dengan ibu bapa yang mengambil kesempatan merehatkan diri sementara menunggu anak-anak bermain. Walaupun sebahagian kawasan swimming pool telah ditukarkan ke mini waterpark, pool dewasa yang dikekalkan masih luas dan selesa. Ditambah pula dengan kedudukan menghadap pemandangan laut memberi suasana yang mendamaikan buat para pengunjung.

Jika tidak mahu berenang, anda juga boleh berehat di jacuzzi dengan lanskap air terjun buatan. Boleh dikatakan keseluruhan make-over kawasan ini yang disiapkan pada November 2017 sememangnya menjadi dan memberi nafas baharu kepada resort menarik ini.


5. Kids Club

Selain swimming pool, satu lagi perubahan ketara dapat dilihat di Swiss Garden Damai Laut Kids Club. Kelab kanak-kanak yang dahulunya boleh dikatakan tired-looking kini bertukar ceria dengan lebih aktiviti menarik disediakan untuk anda sekeluarga.

Tiada lagi arcade games disediakan. Dinding telah dicat baharu dan dihiasi lampu-lampu menarik. Di bahagian hadapan, meja aktiviti di atur dengan beberapa permainan seperti pretend kitchen, pretend dresser, blok lego dan carom disediakan. Di sini juga anak-anak kami melakukan aktiviti stone painting dan beberapa kanak-kanak lain pula lebih suka mewarna lukisan yang disediakan. Selain mewarna dan stone painting, anak-anak anda juga boleh memilih aktiviti lain seperti batik painting, key chain painting, t-shirt painting dan sand art pada harga tambahan.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Sedang asyik melakukan aktiviti stone painting
Hotel best untuk anak-anak di Perak
Sudut kreatif kanak-kanak yang dilengkapi blackboard besar

Jika bahagian hadapan disesuaikan untuk aktiviti art and craft, bahagian belakang pula lebih sesuai untuk anak-anak aktif yang memerlukan lebih ruang untuk bermain. Di sini disediakan ball pit dan pretend house selain blackboard besar tempat kanak-kanak boleh melahirkan idea kreatif mereka.

Bahagian tengah masih mengekalkan fungsi sebagai tempat menonton filem, namun sudah tentu dengan wajah baru! Set televisyen kecil kini ditukar ke set televisyen melengkung, bench tempat duduk di tukar ke bean bag yang selesa dan keseluruhan ruang dicat gelap dengan hanya disimbahi lampu yang malap untuk memberi suasana seperti di panggung wayang.


Hotel best untuk anak-anak di Perak

Hotel best untuk anak-anak di Perak

Hotel best untuk anak-anak di Perak
Antara perubahan wajah di Kid's Club, Swiss Garden Damai Laut, Lumut, Perak

Bukan hanya kesemua bahagian telah diupgrade, malah aktiviti baru yang menarik turut ditambah seperti Nerf shooting range dan kawasan permainan wall bat ball. Walaubagaimanapun, ketika kami di sini, staf Kids Club memberitahu bahawa mereka masih menunggu senapang Nerf yang telah diorder untuk sampai. Oleh itu, kami mengubah permainan tersebut dengan membaling bola-bola ke arah tin-tin yang disusun sebagai target.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Taking aim.... kawasan yang sepatutnya menyediakan permainan Nerf

Wall bat wall pula adalah permainan seperti squash tetapi menggunakan bola ping-pong dan ping-pong bat. Sejarah permainan ini dikatakan bermula sejak tahun 1890 di kalangan pekerja-pekerja estet di Malaya. Malaysian Wall Bat Wall Federation ditubuhkan pada tahun 1963 di Lumut, Perak dan bertanggungjawab menganjurkan kejohanan kebangsaan tahunan bermula dari tahun 1966. Pada tahun 1973, negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand,. Filipina dan Brunei menubuhkan World Wall Bat Wall Federation dan kejohanan diadakan setiap dua tahun antara negara-negara anggota.

Untuk kami, ini adalah pertama kali kami mengetahui tentang permainan ini namun kami menggemarinya. Kami merasakan lebih banyak pendedahan dan promosi perlu dilakukan untuk rakyat Malaysia lebih mengenali permainan yang berasal dari negara kita sendiri ini.


Hotel best untuk anak-anak di Perak


Secara keseluruhannya, Kids Club dengan wajah baharu ini memang jauh lebih menarik dan selesa berbanding yang dahulu. Tandas turut disediakan di dalam Kids Club dan pintu keluar masuk diawasi petugas di kaunter. Namun, tiada aktiviti berjadual ditawarkan seperti di sesetengah resort dan anda juga perlu memantau sendiri anak-anak anda, terutamanya jika mereka masih kecil.

Pintu masuk Kids Club ini juga merupakan pintu ke gym dan sauna. Namun, ketika kami di sini, sauna yang disediakan menghadapi sedikit masalah dan tidak boleh digunakan.



6. Padang permainan

Kawasan playground turut ditukar baharu. Kawasan yang dahulunya kecil kini dijadikan lebih luas dan permainan juga lebih menarik. Anak-anak kami yang kecil terutamanya seronok meluangkan masa di sini. Boleh saya katakan kebanyakan children friendly facility di sini telah diupgrade menjadikan resort ini sangat sesuai untuk percutian bersama anak-anak.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Playground lama (kiri) kini ditukar baharu (kanan)


7. Aktiviti lama dan baharu

Kebanyakan aktiviti sports & recreation seperti banan boat, menunggang kuda, ATV ride, jetski, memancing dan Pangkor Island drop masih dikekalkan. Seperti juga dahulu, anak-anak kami memilih untuk mencuba aktiviti memanah yang masih menggunakan platform dan target yang sama, namun dimaintain dengan baik. Harga aktiviti ini pada kunjungan kali ini adalah RM20 per set untuk setengah jam permainan.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Aktiviti memanah di Swiss Garden Damai Laut

Sejajar dengan usaha upgrading keseluruhan resort, bukan sahaja aktiviti lama dikekalkan, tetapi beberapa aktiviti baharu turut ditawarkan. Berikut adalah dua aktiviti baharu yang sempat kami sertai:


Movie under the star...

Jika di Tiarasa Escapes kami sempat menonton wayang di kehijauan alam semulajadi, di sini tetamu ditawarkan peluang menontong wayang di tepi pantai di bawah kerlipan bintang. Tikar dihampar di hadapan screen untuk keselesaan tetamu.

Walaupun anak-anak kami sukakan pengalaman ini, secara peribadi saya merasakan waktu mula tayangan yang dijadualkan pada pukul 8.30 malam agak tidak convenient memandangkan waktu tersebut merupakan waktu dinner kebanyakan tetamu. Disebabkan itu, kami hanya sempat membawa anak-anak ke kawasan tayangan ini pada pertengahan cerita.

Aktiviti ini hanya ditawarkan pada hari Jumaat dan Sabtu dan tiada caj tambahan dikenakan untuk menyertainya.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Menonton movie di tepi pantai


Cooking class...

Menjadi rezeki anak-anak kami untuk turut menyertai cooking class pada kunjungan ini. Sangkaan saya, sudah tentu resepi-resepi mudah seperti sandwich atau salad yang akan diajarkan, lebih-lebih lagi mereka mengetahui 'peserta' yang ingin menghadiri kelas tersebut hanyalah terdiri daripada kanak-kanak.

Namun, sangkaan saya meleset sama sekali. Resepi yang diajar oleh chef bertugas pada hari tersebut ialah Grilled Beef Tenderloin with Cream Mushroom Sauce. Bukan sahaja anak-anak, malah saya sendiri terasa excited untuk mempelajari masakan ini.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Cooking class di Swiss Garden Damai Laut, Lumut, Perak

Semua raw material dan peralatan telah siap disediakan pada waktu yang dijanjikan. Chef mengajar dan menunjukkan penyediaan resepi secara step by step sebelum memberi peluang anak-anak menyediakan sendiri hidangan mereka. Hasilnya? Alhamdulillah... sangat sedap!

Selesai menyediakan hidangan, anak-anak kami diberi peluang menjamu selera hasil tangan mereka. Walaupun hanya sepinggan dikongsi bersama, mereka sangat gembira dan mula bercakap ingin menyediakan resepi yang sama apabila pulang ke rumah.

Jika anda ingin menyertai aktiviti ini, pastikan anda menghubungi receptionist terlebih dahulu untuk booking dan confirm kelas yang akan diadakan. Tiada bayaran tamabahan dikenakan untuk kelas tersebut.


Hotel best untuk anak-anak di Perak
Beef tenderloin hasil tangan anak-anak

Hotel best untuk anak-anak di Perak
Menikmati hasil masakan sendiri

Sejujurnya, masih terdapat banyak aktiviti yang ditawarkan di resort ini. Anak-anak kami tidak sempat melakukan kesemua aktiviti yang mereka sukai seperti tram ride, bicycle ride dan longkang fishing. Boleh saya katakan anak-anak kami occupied dan mereka agak rambang mata dengan aktiviti yang disediakan. Ini menjadikan resort ini sangat menarik untuk percutian bersama anak-anak!

Swiss Garden Damai Laut terbuka untuk tempahan melalui laman web rasmi mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika ingin ke sini, pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa penginapan anda. Selamat bercuti bersama keluarga!


Update: Hotel ini ditutup buat masa ini untuk renovation dan rebranding. Sila ke laman web rasmi mereka untuk sebarang update. 



 



40 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hi zue_ieda. Harga berbeza mengikut jenis bilik dan tarikh penginapan. Sila klik link di atas untuk melihat latest price semasa tarikh yang dirancang.

      Padam
  2. Ok ke hotel ni??ada gangguan x??ada yg kata hotel no mnyeramkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ok. Kami tak mengalami apa-apa gangguan sepanjang bermalam di sini.

      Padam
  3. kalau weekdays ada tak activity cocking class dengan pertunjukan bunga api?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa kami ke sini, cooking class hanya diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Pertunjukan bunga api pula hanya pada malam Sabtu.

      Padam
  4. dri skala 1 (sangat teruk) ke 10 (sangat baik), brapa rating yg u nak bagi utk hotel ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejujurnya, kami berikan 9.

      Kami sangat berpuas hati dengan hotel ini, anak-anak sangat gembira dan langsung tiada complaint. Malah meminta untuk ke sini lagi.

      Kurang satu markah hanya disebabkan location yang jauh dari nearest town. Then again, location begini juga memberi ketenangan kepada hotel ini dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika membawa bekalan yang cukup untuk anak-anak.

      Padam
  5. Nk tanya 1 hotel boleh k kongsi 2 atau 3 fmly n harga berape ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat reply. Unit yang kami sewa adalah bilik deluxe dengan 1 king size bed/2 single bed. Rasanya kurang sesuai untuk dikongsi 2-3 family.

      Walaubagaimanapun, Swiss Garden Damai Laut juga mempunyai unit-unit apartment dan villa yang mungkin lebih sesuai jika ingin dikongsi among 2-3 family. Kawasan villa dan apartment a bit further dari main building, namun masih di dalam kawasan resort. Anda boleh menghubungi pihak Swiss Garden di 05-684 3333 untuk bertanya lebih lanjut mengenai unit apartment/villa ini.

      Padam
  6. untuk kids club n semua aktiviti dikenakan bayaran atau percuma..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kid's club, masuk adalah percuma, namun sesetengah aktiviti seperti batik, keychain dan t-shirt painting serta sand art dikenakan bayaran. Aktiviti lain seperti movie time, bermain peralatan yang disediakan, mewarna dan stone painting tidak dikenakan bayaran.

      Untuk aktiviti lain, sesetengahnya dikenakan bayaran seperti archery, ATV ride, jetski, menunggang kuda etc. Sesetengah yang lain seperti cooking class, dan movie under the star tidak dikenakan bayaran.

      Padam
  7. klu nak makan diluar, boleh recommend kedai makan yg sedap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekan terdekat agak jauh dari resort, jadi kami tak makan di luar. Maaf tak dapat recommend tempat makan yang sedap di luar 😞

      Padam
  8. Boleh masak tak dlm bilik 😊
    Ade island hoping tak ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bilik yang kami tempah hanya bilik hotel biasa, cuma ada kettle untuk jerang air ��

      Island hopping adalah antara aktiviti berbayar yang ditawarkan di sini

      Padam
  9. Boleh buat xtvt bbq tak kat sini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya tak pasti. Saya tak lihat sesiapa buat aktiviti bbq dan tak perasan pula kalau tempat bbq disediakan.

      Padam
  10. Baik makan kat dalam je ...sebab jauhh kena lalu hutan hahaha agak seran

    BalasPadam
  11. Untuk mandi di kolam renang n main di waterpark perlu pakai baju renang tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya perlu. Namun, mungkin resort tidak terlalu strict mengenainya kerana saya lihat a number of guest memakai baju biasa

      Padam
  12. Balasan
    1. Maaf Suzana kerana lambat reply. We were away. Harga biasa BBQ dinner ialah RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ketika kami ke sana, Swiss Garden sedang mengadakan promosi dengan dinner included in the package.

      Padam
  13. Hi nak tanya untuk bercuti time weekdays dinner smua ada ke tidak ye dalam tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat reply. Tempat makan di dalam resort di buka setiap hari. Untuk maklumat lanjut, buleh hubungi pihak Swiss Garden Damai Laut di 05-684 3333.

      Padam
  14. Hi, saya nak tanya ye, saya sudah search di booking.com tapi saya tengok bilik untuk 2 orang je, cam mana saya nak Bawa 3 anak saya ye, kene tempah bilik lain-lain ke? TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, setakat kami ke sana, tiada masalah untuk anak-anak yang masih kecil dan berkongsi katil. Namun, jika anak-anak sudah besar dan memerlukan katil sendiri, ada baiknya jika encik/puan hubungi resort untuk kepastian - samada perlu menempah dua bilik lain-lain atau mereka boleh menambah extra bed di dalam bilik (kebiasaannya dengan extra charge).

      Kebiasaannya, jika ragu-ragu, kami akan menghubungi hotel untuk kepastian. Namun begitu, kami masih melakukan tempahan melalui website yang menawarkan deal terbaik. Jika masih memilih untuk menempah melalui booking.com, encik/puan boleh menulis di bahagian request jika mahukan bilik dengan interconnecting door, extra bed, baby cot dll.

      Padam
  15. Memancing kena bayaran ke? And kalau kena caj dikira per person ke apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tak memancing ketika ke sini. Tapi seingat saya memancing ada dalam list recreational activity berbayar. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di sini, encik boleh hubungi pihak resort di 05-684 3333.

      Padam
  16. Hai..nk tnye kalau sy bawa ank dh sekolah menengah dikire dewasakan..untk 1 bilik..dikenakan..extra charge krr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ambil extra bed, biasanya dikenakan extra charge. Untuk kepastian dan maklumat lanjut, boleh hubungi pihak resort di 05-684 3333.

      Padam
  17. buat masa skrg water park buka x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, hotel ini sekarang ditutup utk renovation dan rebranding. Sila check laman rasmi mereka untuk sebarang update ya.

      Padam
  18. Hotel ini dekat dengan pantai? Kalau ye, boleh mandi manda di pantai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, hotel ini sekarang ditutup utk renovation dan rebranding. Sila check laman rasmi mereka untuk sebarang update ya.

      Padam