Homestay menarik di Pulau Pinang ...jom bawa keluarga bercuti!

Tak keterlaluan rasanya jika saya katakan rakyat Pulau Pinang memang bijak mengambil peluang di atas populariti negeri mereka sebagai tempat pelancongan dengan menyediakan homestay-homestay menarik kepada para pelancong. Melihatkan homestay airbnb di Pulau Pinang, naik juling dan rambang juga mata dek banyaknya tawaran yang ada. Dekorasi yang menarik juga menggugat keimanan... terasa mahu aja terus kemas beg dan pergi bercuti!

Oleh kerana banyaknya homestay yang ada, di sini saya tidak senaraikan homestay yang hanya menawarkan bilik. Memandangkan tujuan saya mencari homestay adalah untuk seisi keluarga, konsep bilik ini terasa kurang sesuai pula.

Jadi, tak pelu buang masa, jom kita tengok homestay menarik yang ada di Pulau Pinang.

(sumber foto: airbnb.com)


1. Koleksi Homestay Heritage the Secret Garden

Keseluruhan rumah heritage hanya untuk percutian sekeluarga... menarik juga bunyinya. Dengan tawaran-tawaran homestay di airbnb, anda boleh merasai pengalaman menginap di rumah heritage dengan menyewa keseluruhan penginapan pada harga yang amat berpatutan.

Bukan itu sahaja, setiap unit homestay oleh Secret Garden ini juga mempunyai identiti berlainan yang unik sebagai pilihan tetamu mereka. Daripada warna biru yang mengasyikkan, tema British yang ceria, katil buaian ala fairytale dan lain-lain, interior mereka memang memberi keunikan untuk percutian keluarga anda.

Homestay-homestay heritage oleh Secret Garden ini bagaimanapun tidak mempunyai dapur atau kemudahan mesin basuh pakaian. Hmmm... mungkin jika ke Pulau Pinang, isu makan tidak begitu menjadi masalah. Maklumlah, negeri ini bukan sahaja terkenal sebagai heritage site, tetapi juga makanan yang murah dan sedap-sedap belaka. Oleh itu, untuk para ibu, bolehlah anda berehat dari tugas rutin anda seharian Sit back dan enjoy percutian anda!

Koleksi homestay Secret Garden boleh dilihat di airbnb di sini



Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Tiffany Blue dengan warna biru yang menarik



Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Tema Great Britain yang ceria


Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
The Secret Garden dengan katil buaian yang unik


2. Heritage King and Queen Suite

Kembalikan kenangan zaman silam di homestay Heritage King and Queen Suite yang menarik ini. Dengan dekorasi dan hiasan perabot vintage di keseluruhan homestay ini, sudah pasti percutian keluarga anda terasa seperti merentas masa ke kehidupan dahulu kala..

Siapa sangka, keseluruhan homestay menarik seperti ini boleh disewa pada harga yang sangat berpatutan untuk percutian anda sekeluarga. Walaupun pemilik hpmestay ini cuba mengekalkan ciri-ciri tradisional kehidupan dahulu, keperluan moden seperi penghawa dingin, water heater dan televisyen tetap disediakan untuk kemudahan para tetamu.

Tiada dapur disediakan di homestay ini. Walaubagaimanapun, kedai-kedai makan terletak tidak jauh dari sini. Jika berminat untuk menginap di sini, klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai homestay yang menarik ini.



Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Heritage King and Queen Suite



3. The 3rd Street

Along dan Angah ikut sekali? Tak mengapa. Masih boleh rasa pengalaman menginap di homestay warisan di The 3rd Street. Lagi ramai lagi seronok!

The 3rd Street adalah sebuah homestay heritage menarik yang sesuai untuk mereka yang bercuti dalam keluarga yang lebih besar. Dengan kombinasi interior moden dan ceria di dalam bangunan tinggalan warisan, tentu akan menginggalakn lebih memori menarik untuk anda sekeluarga.

Bukan sahaja tempat penginapan, homestay The 3rd Street juga menyediakan kemudahan dapur untuk anda menyediakan hidangan ringkas ketika percutian. Memang... apabila cuti beramai-ramai begini, makan pun makin meyelerakan. Yang uniknya, terdapat 'Mini Mart' di dalam penginapan anda! Pilih sahaja minuman atau makanan segera di dalam 'pondok' kecil berwarna-warni ini dan bayar di cashier box yang disediakan... segalanya self-service untuk kemudahan anda!

Jika berminat, klik di sini untuk melihat homestay 3rd Street yang menarik ini.



Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
The 3rd Street


4. Summer Bohemian Holiday House

Homestay menarik untuk penginapan keluarga yang ramai. Homestay ini menggunakan tema biru dalam dekorasinya, lengkap dengan hiasan dalaman yang membuatkan tetamu terasa 'homely' semasa percutian.

Jika anda meminati dekorasi Bohemian, homestay yang mengaplikasikan konsep ini dalam keseluruhan interior mereka sudah pasti menjadi tarikan semasa percutian anda. Bukan hanya untuk ibu bapa, malahan dua bilik di sini juga didekorasi dengan hiasan dalaman yang disesuaikan dengan citarasa kanak-kanak. Yang penting, homestay ini bukan sahaja menawarkan penginapan yang menarik, malah selesa untuk seluruh keluarga pada harga yang berpatutan.

Untuk menempah homestay ini, klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay Bohemian yang menarik ini.



Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Summer Bohemian Holiday House


5. The Seascape

Penginapan dengan dekorasi mewah seperti The Seascape boleh menjadi alternatif bagi mereka yang bercuti dalam bilangan keluarga yang sederhana. Homestay sebegini, walaupun menonjolkan motif mewah dalam interiornya, masih menawarkan harga yang sangat kompetitif.

Berkonsepkan dekorasi Scandinavian dan bermotifkan warna putih, homestay ini memberikan rasa lapang pada pengunjungnya. Ceiling yang tinggi dan tingkap yang luas bukan sahaja menjadikan homestay ini terasa besar, tetapi juga menawarkan pengunjungnya pemandangan cantik dan jauh mata memandang.

Homestay ini boleh ditempah melalui airbnb. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay ini.




Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
The Seascape



6. Panoramic Seaview Cottage

Seperti juga The Seascape, homestay ini menawarkan penginapan mewah, cuma berbeza dari segi konsep interiornya. The Panoramic Seaview Cottage menampilkan interior berkonsepkan English cottage, lengkap dengan dekorasi bricks dan ruang televisyen yang dibuat seolah-olah kawasan fireplace untuk keluarga berkumpul.

Selain itu, hiasan grandfather clock dan chandelier menambahkan sentuhan kemewahan kepada homestay menarik ini. Tingkap yang tinggi dan luas juga berperanan seolah-olah wallpaper semulajadi yang boleh dinikmati seluruh keluarga di ruang rehat. Kombinasi dekorasi English cottage dan apartment moden dan mewah ini pasti memberi kelainan dan keselesaan untuk percutian anda seisi keluarga.

Homestay ini boleh ditempah menerusi airbnb di sini.




Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
The Panoramic Seaview Cottage


7. Exclusive Waterfront Condominium

Homestay mewah, luas dan moden sesuai untuk mereka yang bercuti dalam keluarga yang agak ramai. Dengan dekorasi interior yang moden tetapi ringkas, homestay ini menawarkan penginapan yang lengkap untuk keselesaan sehingga sepuluh orang tetamu.

Homestay moden nini bukan sahaja menyediakan penginapan, tetapi juga kemudahan seperti permainan x-box yang sudah tentu menjadi tarikan untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. Selain itu, sesuatu yang mungkin tidak ada di tempat lain ialah seawater pond sebagai sebahagian landskap condominium ini di mana tetamu boleh mengambil peluang membawa anak-anak melihat sea turtle berenang. Bayangkan... melihat sea turtle di perkarangan homestay semasa percutian... memang kelainan yang pasti menjadi memori yang menyeronokkan semasa percutian anda sekeluarga!

Homestay menarik ini boleh ditempah di airbnb. Klik di sini ntuk mengetahui lebih lanjut mengenai penginapan ini.




Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Exclusive Waterfront Condominium


8. Banglo SH

Ramai ahli keluarga turut serta untuk percutian kali ini? Mengapa tidak bawa mereka bersama-sama menginap di homestay banglo seperti ini? Orang dewasa boleh berkumpul meluangkan masa bersama-sama sementara kanak-kanak mempunyai ruang dan halaman yang luas untuk bermain. 

Homestay yang luas, menarik, dan moden tetapi... errr... tiga tingkat? Aduh! Tok Wan nak ikut tetapi sakit lutut untuk mendaki tangga. Jangan risau. Homestay disable-friendly ini turut menyediakan lift untuk kemudahan tetamu yang memerlukan!

Untuk menempah homestay ini, klik di sini untuk mengetahui tentang homestay ini dengan lebih lanjut.




Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang

Homestay Pulau Pinang
Banglo SH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan