Hotel best untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah salah satu tempat percutian favourite semasa cuti sekolah. Sejak saya di bangku sekolah hinggalah sekarang, Pulau Pinang sentiasa menjadi tempat tumpuan keluarga setiap kali musim cuti persekolahan tiba. Hotel-hotel dan tempat-tempat penginapan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di Pulau Mutiara ini.

Disebabkan itu juga, beberapa hotel dan resort di sini menawarkan konsep children friendly atau hotel mesra kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak tetamu istimewa mereka. Pelbagai inisiatif seperti dekorasi bilik yang menarik, in room entertainment untuk kanak-kanak dan kemudahan kids club atau kelab untuk pengunjung kanak-kanak disediakan untuk tetamu-tetamu istimewa ini.

Sekarang, jom kita tengok senarai hotel yang menawarkan kemudahan mesra kanak-kanak di Pulau Pinang.

(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)


1. Golden Sands Resort by Shangri-La

Golden Sands Resort adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan percutian keluarga terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak bersama. Terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, sesuai bagi mereka yang memang mahu meluangkan masa bersantai di hotel.

Bagi kanak-kanak yang kebiasaannya memang gemar bermain air, Golden Sands Resort menyediakan Splash Zone, iaitu kawasan ala-ala taman tema air mini untuk pengunjung kecil mereka. Selain dilengkapi dua water slide, Splash Zone juga menyediakan water cannon, sprayer dan sebagainya. Lantai Splash Zone ini juga menggunakan anti-slip surface untuk keselamatan kanak-kanak bermain.

Golden Sands Resort juga menyediakan kelab kanak-kanak yang dinamakan Cool Zone untuk tetamu berusia 5 ke 12 tahun dari pukul 9.30 pagi ke 9 malam. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti yang dijudualkan. Terdapat petugas yang akan menjaga dan memantau kanak-kanak di sini.

Sebagai tambahan, Golden Sands juga menyediakan kawasan indoor playground yang dinamakan Adventure Zone, bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terbuka untuk orang dewasa juga. Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, malahan anda sendiri boleh kembali ke zaman kanak-kanak dan berseronok bersama mereka! Tidak seperti Cool Zone yang hanya terbuka untuk tetamu hotel, Adventure Zone juga dibuka untuk mereka yang tidak menginap di sini dan extra charge dikenakan untuk menggunakan kemudahan ini. Namun, tetamu resort layak untuk mendapat special rate berbanding mereka yang tidak menginap di Golden Sands Resort.

Golden Sands Resort juga terletak berdekatan dengan pasar malam atau night market di Batu Ferringhi. Jadi, tidak menjadi masalah jika anda ingin membawa anak-anak keluar berjalan-jalan melihat suasana malam di sana atau mencari sedikit cenderahati untuk di bawa pulang kemudian. Lihat harga terbaik Golden Sands Resort by Shangri-La di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel menarik untuk cuti dengan anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang bila cuti dengan anak-anak

Hotel menarik untuk cuti dengan anak-anak di Pulau Pinang
Golden Sands Resort by Shangri-La, Pulau Pinang

2. Shangri-La Rasa Sayang

Terletak hanya bersebelahan dengan Golden Sands by Shangri-La, Shangri-La Rasa Sayang juga adalah salah sebuah resort di bawah pengurusan Shangri-La group. Resort 5 bintang ini juga sesuai untuk mereka yang mencari resort mesra keluarga dan kanak-kanak. Walaupun mesra kanak-kanak, Shangri-La Rasa Sayang juga menawarkan lebih kedamaian untuk golongan dewasa yang mahukan lebih ketenangan.

Shangri-La Rasa Sayang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Rasa Wing dan Garden Wing. Rasa Wing lebih dikhaskan untuk tetamu dewasa manakal Garden Wing lebih sesuai untuk tetamu bersama anak-anak. Shangri-La Rasa Sayang juga mempunyai kawasan khas untuk tetamu dewasa sahaja di mana kanak-kanak tidak dibenarkan di sini. Tempat-tempat ini adalah seperti Spa dan kolam renang di Rasa Wing. Ini dalah untuk memberi lebih ketenangan untuk tetamu dewasa yang mahukan lebih masa rehat tanpa hiruk pikuk kanak-kanak yang sentiasa ceria.

Shangri-La Rasa Sayang dan Golden Sands juga berkongsi beberapa kemudahan seperti Cool Zone Kids Club dan Adventure Zone. Jadi, kemudahan mesra kanak-kanak tetap disediakan di Shangri-La Rasa Sayang.

Antara Golden Sands by Shangri-La dan Shangri-La Rasa Sayang, Golden Sands lebih menumpukan kepada aktiviti kanak-kanak. Oleh itu, suasana di Golden Sands lebih sibuk dengan keletah kanak-kanak. Jika anda tidak kisahkan kesibukan dan keriangan kanak-kanak bermain, sepatutnya Golden Sands tidak menjadi masalah. Namun, jika anda menginginkan percutian mesra kanak-kanak dan dalam masa yang sama mahukan personal time dan kedamaian untuk diri dan pasangan dengan sedikit sentuhan kemewahan, maka Shangri-La Rasa Sayang mungkin lebih sesuai. Lihat harga terbaik Shangri-La Rasa Sayang di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel menarik untuk cuti dengan anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang
Shangri-La Rasa Sayang, Pulau Pinang


3. Hard Rock Hotel

Satu lagi jenama hotel yang menawarkan konsep mesra kanak-kanak di Pulau Pinang ialah Hard Rock Hotel. Kanak-kanak boleh dikatakan dilayan seperti seorang superstar kecil dengan suite-suite khas untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak.

Terdapat dua pilihan bilik mesra kanak-kanak di sini yang dipanggil Roxity Kids Suite. Bilik ini terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh sliding door. Satu bahagian untuk ibu bapa dan dilengkapi dengan katil King manakala satu lagi untuk anak-anak. Katil jenis pull-out disediakan untuk bilik kanak-kanak. Selain itu bilik khas, bahagian kanak-kanak ini juga dilengkapi set televisyen, playstation, soft toys, buku kanak-kanak dan set minibar. Jika anda memilih Roxity Kids Suite with courtyard, bahagian kanak-kanak ini juga terbuka ke halaman peribadi yang dilengkapi dengan mini playground.

Bercakap mengenai hotel mesra kanak-kanak, memang tak sah jika tidak bercakap mengenai kolam renang. Di Hard Rock Hotel, bukan sahaja kolamnya luas, ia juga dilengkapi dengan gelongsor dan pancuran yang pastinya menjadi tarikan untuk kanak-kanak.

Kelab kanak-kanak juga disediakan di hotel ini yang dinamakan Roxity Kids Club. Tetamu kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 12 tahun boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan di kelab ini. Untuk anak-anak di usia remaja pula, mereka boleh berehat dan berkenalan dengan rakan-rakan baru di Tabu Teen Club - sebuah kemudahan khas untuk golongan remaja di Hard Rock Hotel. Lihat harga terbaik Hard Rock Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.

Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang
Hard Rock Hotel, Pulau Pinang


4. Parkroyal Resort

Terletak bersebelahan dengan Holiday Inn, Parkroyal adalah salah sebuah hotel yang menawarkan konsep mesra kanak-kanak di Pulau Pinang. Parkroyal Resort menawarkan kelab kanak-kanak yang dinamakan Kokonut Kids Club di mana pelbagai aktiviti dan games disediakan untuk tetamu kanak-kanak beerusia antara 4 hingga 12 tahun. Selain daripada menyediakan aktiviti-aktiviti kanak-kanak, Kokonut Kids Club juga mempunyai indoor mini playground untuk kanak-kanak bermain dalam persekitaran yang selamat.

Selain kemudahan kelab kanak-kanak, kolam renang di Parkroyal juga dilengkapi dengan dua gelongsor besar untuk anak-anak anda berseronok. Lihat harga terbaik Parkroyal Resort di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk bawa anak-anak di Pulau Pinang
Parkroyal Resort, Pulau Pinang


5. Holiday Inn Resort


Sebuah jenama hotel yang tidak asing lagi di Malaysia, Holiday Inn Batu Ferringhi menawarkan pilihan bilik Kidsuite di mana bilik-bilik ini didekorasi sesuai untuk kanak-kanak. Bukan sahaja hiasan mesra kanak-kanak ditawarkan, malahan sebahagian bilik ini turut menyediakan permainan playstation untuk hiburan peribadi anak-anak di bilik penginapan.

Selain itu, Holiday Inn Batu Ferringhi juga menawarkan Kids Club di mana anda boleh meninggalkan anak-anak berumur 4 ke 12 tahun untuk menghabiskan masa di sini. Kelab ini menyediakan aktiviti berjadual untuk anak-anak anda sertai.

(Update: Kids Club di Holiday Inn, Penang telah di upgrade sekitar tahun 2017 dan kini dinamakan PlayLab. Wajah baru kemudahan khas kanak-kanak ini jauh lebih ceria dan grand berbanding sebelumnya. Selain itu, terdapat dua PlayLab yang disediakan untuk kumpulan umur yang berbeza. Tarikan seperti slide, ballpit, sudut bacaan, interative games dan lego menjadi tarikan yang hit di kalangan tetamu muda di sini)

Dari segi kolam renang, walaupun Holiday Inn Batu Ferringhi menyediakan kolam kanak-kanak, semasa percutian kami di sini, kami mendapati tidak ada gelongsor atau pool slide disediakan sepertimana kebanyakan hotel mesra kanak-kanak yang lain.



(Nota: Holiday Inn Pulau Pinang telah menutup operasi mereka sejak 15 June 2020)



Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
Holiday Inn Resort, Pulau Pinang



6. Bayview Beach Resort Penang

Tak dapat dinafikan, di Batu Ferringhi, terdapat banyak hotel best sebagai pilihan percutian anda bersama anak-anak di Pulau Pinang. Disesuaikan dengan pelbagai bajet, terpulang kepada pengunjung untuk memilih pilihan yang ada.

Salah satu hotel yang menawarkan konsep mesra kanak-kanak ini ialah Bayview Beach Resort yang terletak hanya bersebelahan dengan hotel jenama antarabangsa Hard Rock Hotel. Walaupun tidaklah semewah hotel-hotel lain, hotel menarik ini bukan sahaja menyediakan pilihan bilik yang luas, tetapi juga menawarkan kemudahan mesra kanak-kanak yang lengkap pada harga yang lebih mesra poket.

Bukan hanya menyediakan kemudahan kolam renang lengkap dengan wading pool, malah hotel menarik ini turut menyediakan kawasan waterplay khas untuk kanak-kanak bermain. Kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan tetamu kecil ini dilengkapi dengan gelongsor dan pancuran air untuk hiburan keluarga semasa percutian.

Selain bermain di kawasan waterplay, anak-anak kecil sekitar umur prasekolah boleh meluangkan masa di indoor play area. Play area yang dipanggil PlayLand ini dilengkapi permainan seperti bouncy ball, gelongsor dan stuffed pillow untuk anak-anak yang kepenatan take five sebentar. Sebahagian kawasan playland ini bagaimanapun memerlukan bayaran tambahan jika anda mahu menggunakannya.

Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel menarik mesra kanak-kanak ini di Agodabooking.com dan Expedia untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga nanti.


Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
Bayview Beach Resort, Pulau Pinang



7. Lexis Suite, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Satu-satunya hotel di dalam senarai ini yang TIDAK terletak di Batu Ferringghi, Lexis Suite Pulau Pinang menyediakan private swimming pool atau kolam renang peribadi dan bilik stim di setiap biliknya. Merupakan salah satu rangkaian hotel Lexis Group, Lexis Suite telah dibuka pada awal tahun 2016. Selain kolam peribadi yang memberi keunikan dan menjadi tarikan tersendiri, setiap bilik di Lexis Suite cukup luas untuk memuatkan 2 katil bersaiz king. Dengan rekabentuk dan design yang moden, hotel ini sesuai untuk percutian keluarga bersama anak-anak pada semua peringkat umur.

Untuk tetamu kanak-kanak, Lexis Suite juga menyediakan Kidzworld, iaitu sebuah indoor playground untuk kanak-kanak meluangkan masa. Bayaran tambahan berdasarkan kadar jam dikenakan jika anda hendak menggunakan Kidzworld. 

Restoran turut disediakan di hotel ini. Namun, sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan makanan tempatannya, tidak kira di mana anda menginap, Pulau Pinang sentiasa menawarkan pilihan restoran di sekitar tempat penginapan sebagai pilihan alternatif anda menjamu selera. Lihat harga terbaik Lexis Suite, Pulau Pinang di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel best untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
Lexis Suite, Pulau Pinang



8. DoubleTree by Hilton

Tahun 2018 menyaksikan satu lagi jenama hotel terkemuka menyertai senarai hotel mesra kanak-kanak di kawasan pantai popular Batu Feringgi. Terletak agak terpinggir dari main beach yang lebih menjadi tarikan pelancong, hotel menarik ini sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan dari pengunjung terutamanya semasa musim cuti persekolahan.

Bilik-bilik penginapan yang disediakan adalah selesa termasuklah pilihan bilik famili yang sesuai untuk mereka yang berkunjung bersama anak-anak. Seperti lain-lain hotel mesra kanak-kanak, kolam renang sudah tentu menjadi kemudahan wajib. Bukan hanya kolam renang, malah water play area lengkap dengan kemudahan gelongsor dan pancuran air juga disediakan.

Kemudahan Kid's Club turut tidak dilupakan. Jika anda bercuti bersama anak-anak kecil di usia bawah 12 tahun, pastinya mereka seronok meluangkan masa dan menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh staf hotel di ruangan yang selesa dan ceria khas buat mereka ini. 

Kawasan pantai bagaimanapun dipisahkan oleh sebatang jalan dari hotel ini. Tetamu boleh menggunakan jambatan yang disediakan untuk ke kawasan pantai. Memandangkan hotel ini tidak terletak di main beach area, ia mampu menjadi pilihan ideal untuk mereka yang inginkan sedikit kedamaian, namun bukan untuk mereka yang inginkan kawasan yang meriah dengan aktiviti pantai. 

DoubleTree by Hilton terbuka untuk tempahan secara online di Agodabooking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak tawaran terbaik untuk percutian keluarga yang dirancang!   


Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
DoubleTree Resort by Hilton, Pulau Pinang

Kemudahan-kemudahan mesra kanak-kanak yang disediakan di hotel-hotel ini sebenarnya bukan sahaja memberi keseronokan dan pengalaman yang berbeza untuk kanak-kanak, tetapi juga menawarkan ketenangan kepada ibu bapa kerana mengetahui anak-anak bukan sahaja mampu berseronok, malah dipantau dan dijaga oleh petugas-petugas professional. Ini sekaligus memberi mereka lebih masa untuk diluangkan bersama pasangan. Dalam kata lain, hotel-hotel ini menawarkan percutian yang seronok untuk anak-anak dan juga peluang ibu bapa untuk berbulan madu dalam masa yang sama.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan