Jerebu dan kanak-kanak - apa tindakan anda?

Jerebu
Foto: absolutesolutions.com.sg
Jerebu - fenomena yang seakan-akan sudah menjadi 'tetamu tahunan' rakyat Malaysia dan Singapura. Kepada mereka yang mempunyai anak-anak kecil, sudah tentu kedatangan 'tetamu' ini mengundang seribu satu kebimbangan saban tahun.


Mengapa kanak-kanak berisiko untuk menghadapi masalah kesihatan ketika jerebu?

Tidak seperti orang dewasa, sistem imunisasi badan dan pertahanan paru-paru kanak-kanak masih tidak matang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko kesihatan apabila jerebu melanda. Terutamanya kepada kanak-kanak yang memang sudah sedia ada mempunyai masalah jantung atau paru-paru seperti lelah, ibu bapa perlu meminimumkan aktiviti luar rumah jika kadar indeks pencemaran udara atau PSI melebihi 100, dan mengelakkan terus aktiviti luar jika bacaan PSI sudah melebihi 200.


Apakah kesan jerebu?

Kanak-kanak, termasuk mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan, boleh menghadapi masalah-masalah seperti berikut akibat pendedahan kepada jerebu:

1. Mata gatal, berair dan kemerah-merahan
2. Hidung berair dan/atau tersumbat
3. Bersin
4. Sakit tekak
5. Batuk
6. Sukar bernafas
7. Sakit dan'atau pening kepala
8. Jangkitan saluran pernafasan

Kanak-kanak yang memang sudah sedia ada mempunyai masalah kesihatan adalah lebih berisiko untuk mengalami masalah-masalah di atas dengan lebih teruk. Masalah kesihatan yang sedia ada seperti asma atau allergy rhinitis boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan perhatian perubatan, malah mungkin perlu dipantau di hospital.


Melindungi anak daripada kesan jerebu

Mencegah lebih baik daripada mengubati, dan sebagai ibu bapa sudah tentu anda prihatin dengan kesihatan anak-anak. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat gejala jerebu yang melanda. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

1. Minimakan aktiviti luar rumah (elakkan terus jika indeks pencemaran udara atau PSI mencecah 200)

Aktiviti luar rumah perlu diminimakan untuk mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Tutup pintu dan tingkap sehingga keadaan jerebu berkurang atau pukih sepenuhnya. Jika menggunakan penghawa dingin, pastikan penghawa dingin diselenggara dan berfungsi dengan baik. Bersihkan bahagian filter penghawa dingin.

Aktiviti luar seperti beriadah di taman, berjoging, berbasikal dan sebagainya perlu dihentikan buat sementara. Pilih untuk membawa anak-anak ke tempat-tempat yang menawarkan indoor aktiviti.

2. Jauhi asap rokok

Sudahlah berjerebu, jika anak-anak anda turut terdedah kepada asap rokok, sudah pasti ini akan menambahkan risiko bahaya kesihatan terhadap anak-anak anda. Jika ada antara ahli keluarga yang menghisap rokok, elakkan merokok di dalam rumah atau di sekitar anak-anak. Paling baik adalah untuk mereka terus berhenti daripada tabiat ini.

3. Minum banyak air

Galakkan anak-anak untuk minum banyak air untuk mengekalkan tahap hidrasi yang optimum. Vitamin C juga dapat membantu pertahanan badan. Jika anda menyusukan abyi anda, teruskan dan pastikan bayi anda mendapat susu yang cukup.

4. Pastikan anda menyimpan ubat secukupnya

Jika anak anda mempunyai masalah kesihatan seperti asma, pastikan anda mempunyai akses kepada ubat-ubat yang diperlukan. Pastikan anak anda mengambil ubat-ubatan mengikut nasihat doktor. Jika anak anda mula menunjukkan kemerosotan kesihatan, segera bawa anak anda untuk mendapat perhatian doktor.


Adakah topeng muka N95 dan surgical  mask sesuai untuk kanak-kanak?

Topeng muka N95 sebenarnya tidak direka untuk kegunaan kanak-kanak. Disebabkan itu, apabila dipakai oleh kanak-kanak, topeng ini tidak dapat melekap dan menutupi bahagian hidung dan mulut dengan sempurna menjadikan ia tidak seefektif sebagaimana jika ia dipakai oleh orang dewasa.

Surgical mask pula tidak direka untuk melekap pada muka, dan ia juga tidak direka untuk melindungi pemakainya daripada zarah yang kecil a
tau particulate matter. Oleh itu, aarah-zarah kecil daripada jerebu ini masih boleh menjejaskan pemakai.


Langkah paling penting untuk melindungi anak-anak anda adalah meminimakan atau jika boleh, mengelakkan terus aktiviti luar rumah. Jika terpaksa membawa anak-anak keluar, anda masih boleh memberi mereka memakai topeng muka jika ini membuatkan mereka lebih selesa dan sekurang-kurangnya mengurangkan bau tidak enak yang berpunca daripada jerebu. Namun, anda perlu ingat bahawa topeng muka mempunyai kelemahan untuk pemakai kanak-kanak dan ia bukanlah langkah utama untuk melindungi anak-anak daipada kesan jerebu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan