Percutian Keluarga ke Pulau Pinang: Holiday Inn Resort

Hotel best untuk anak-anak di Pulau Pinang
Bilik Family Studio di Ferringhi Tower
(foto: ihg.com)


NOTA: Hotel ini telah menutup operasi mereka sejak 15 June 2020


Post yang agak lama overdue.... tidak kesampaian kerana sibuk dengan urusan lain dan akhirnya hampir terlupa. Kali ini tentang penginapan semasa percutian keluarga di Holiday Inn Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Cuti akhir tahun sekolah tahun 2015, kami telah ke Pulau Pinang. Tujuan utama adalah untuk menghadiri kenduri walimatul urus kenalan, namun, alang-alang ke sana semasa cuti persekolahan, kami bercadang untuk menjadikan ia destinasi percutian keluarga. 2 dalam 1.

Pada awalnya, kami bercadang untuk menginap di penginapan homestay menerusi AirBnb. Beberapa penginapan yang sesuai telah kami kenalpasti. Antara kriteria penginapan yang kami ambil kira ketika itu adalah lokasinya mestilah tidak terlalu jauh dari tempat untuk membawa anak-anak berjalan-jalan, dan kebiasaannya, saya lebih prefer tempat yang menyediakan kemudahan kanak-kanak walaupun hanya sekadar taman permainan kecil. Selalunya, anak-anak tidak tahan terus menginap di bilik walaupun telah seharian berjalan. Pasti mereka mengajak untuk beraktiviti juga setelah kembali ke tempat penginapan. Jadi, tempat-tempat yang dikenalpasti adalah di unit-unit apartment kerana kebiasaannya walau sedikit, kemudahan seperti ini tetap disediakan.

Namun, sudah tiada rezeki. Setelah menghubungi beberapa owner homestay menerusi AirBnb, kami memutuskan untuk mencari penginapan lain. Sesetengah owner agak hesitant dengan pelanggan yang membawa kanak-kanak kecil, manakala sesetengahnya pula memberitahu yang pihak pengurusan apartment tidak membenarkan pelanggan homestay menggunakan kemudahan yang disediakan di apartment berkenaan. Yang tinggal ketika itu hanyalah unit-unit yang lebih mahal melebihi bajet percutian kami. Salah kami juga kerana mengatur penginapan percutian saat akhir.

Ketika mencari tempat penginapan lain itulah, saya terperasan yang pihak Holiday Inn Batu Ferringhi, Penang sedang mengadakan promosi, dan yang lebih membuat saya tertarik, terang-terang mereka mengwarwarkan yang kanak-kanak dialu-alukan di hotel mereka. Harga promosi itu juga lebih kurang sahaja dengan harga homestay yang telah kami survey, tambahan pula kami semua mendapat buffet breakfast setiap pagi. Jadi, apalagi, terus sahaja saya menempah bilik di Holiday Inn Penang. (Tempahan secara online boleh dilakukan menerusi Agoda, booking.com dan Expedia)

Hotel best untuk anak-anak di Pulau Pinang
Kidsuite di Ferringhi Tower
(foto: ihg.com)
Kami telah memilih bilik Family Studio yang mempunyai 1 katil king dan 2 katil single. Sebenarnya, terdapat dua jenis bilik lagi yang lebih mesra kanak-kanak yang dipanggil Kidsuite. Bilik-bilik Kidsuite ini didekorasi dengan tema kanak-kanak dan mempunyai penghadang antara katil King dan katil single. Namun, pihak hotel tidak membuat pintu yang memisahkan kedua-dua bahagian ini, hanya opening yang menghubungkan kedua-dua bahagian ini. Selain itu, playstation juga disediakan di bilik jenis Kidsuite.

Bangunan Holiday Inn Penang terbahagi kepada dua wings yang dipisahkan oleh sebatang jalan. Beach wing terletak betul-betul di pesisiran pantai Batu Ferringhi manakala Ferringhi Tower terletak di seberang jalan. Bilik-bilik Kidsuite ada yang terletak di beach wing dan ada juga terletak di Ferringhi Tower. Bilik yang kami tempah terletak di Ferringhi Tower. Terdapat jambatan yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini, jadi, jika anda menginap di Ferringhi Tower, anda boleh menggunakan jambatan ini untuk ke beach wing.

Kemudahan-kemudahan seperti swimming pool, cafe dan kids club semuanya terletak di beach wing, manakala gym dan permainan indoor seperti table tennis dan pool terletak di Ferringhi Tower. 

Hotel best untuk anak-anak di Pulau Pinang
Kidsuite di Beach Wing
(foto: ihg.com)
Kenapa kami tidak memilih Kidsuite? Ini hanyalah personal choice. Pertama, saya secara peribadi tidak begitu berkenan dengan idea playsation di dalam bilik semasa percutian keluarga. Permainan playstation ini, bagi saya amat 'berhantu', sekurang-kurangnya untuk anak-anak kami. Jika sudah ada di hadapan mata, saya pasti anak-anak kami hanya akan melekap di hadapan playstation sahaja. Masa untuk keluar bersama akan dikompromi. Kedua, memandangkan tujuan kami ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan, saya tidak menjangka yang kami akan menghabiskan terlalu banyak masa di hotel, jadi, bilik yang kami tempah sudah memadai.

Bilik Family Studio di Holiday Inn Penang ini sememangnya luas dan selesa, lebih daripada cukup untuk kami sekeluarga. Buffet breakfast yang dihidangkan juga memuaskan.


Hotel best untuk anak-anak di Pulau Pinang
Kids Club
(foto: ihg.com)
Kids Club di Holiday Inn Penang pula tidaklah begitu besar, namun, terdapat petugas yang menjaga Kids Club di sini di mana anda boleh meninggalkan anak-anak berumur 4 tahun ke atas untuk menghabiskan masa di sini. Terdapat aktiviti-aktiviti yang dijadualkan di kelab ini, namun, semasa kami di sini, quite a number of acitivities dibatalkan dan digantikan dengan yang lain. Jadi, adalah lebih baik jika anda confirmkan dahulu dengan pihak Kids Club tentang aktiviti mereka. Namun, tidak seperti ketika percutian di Shangri-La Rasa Ria, kami perhatikan tidak ramai kanak-kanak yang menyertai aktiviti Kids Club di sini. Anak-anak kami sendiri, selepas sekali dua menyertai aktiviti di sini, mereka tidak mahu lagi ke Kids Club ini. Tiada kawan katanya.

Swimming pool di sini juga biasa-biasa sahaja. Sebagai hotel yang pride itself sebagai children friendly hotel, tidak ada pool slide ataupun inflatable pool playground disediakan. Saiz swimming poolnya juga tidaklah begitu besar. Namun, untuk anak-anak kami, asalkan ada swimming pool, mereka sudah gembira.

Holiday Inn Batu Ferringhi terletak tidak jauh dari kedai-kedai makan dan deretan gerai menjual barangan cenderahati. Jadi, isu makan tidak menjadi masalah, dan jika anda ingin membeli cenderahati, anda hanya perlu berjalan sahaja di sepanjang jalan di mana Holiday Inn terletak. Pelbagai barangan souvenir ada dijual. Selain daripada itu, terdapat juga beca-beca yang dihias cantik di sepanjang jalan ini jika anak-anak inginkan pengalaman menaiki beca di Pulau Pinang. (Holiday Inn Penang terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan expedia).

Terdapat beberapa hotel lagi yang dikatakan children friendly di sini seperti Shangri-La Golden Sand, Park Royal Hotel dan Hard Rock Hotel yang terletak tidak jauh dari Holiday Inn Batu Ferringhi, Penang. Menurut kenalan-kenalan yang pernah menginap di hotel-hotel ini, kemudahan untuk kanak-kanak amat baik dan anak-anak mereka juga amat menyukai aktiviti-aktiviti kanak-kanak yang disediakan di hotel-hotel ini. 

Namun, ketika percutian kami ke sini, harga yang ditawarkan oleh Holiday Inn adalah hampir separuh berbanding harga penginapan di hotel-hotel ini. Jadi, saya masih merasakan penginapan kami berbaloi. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah hotel dengan reputasi mesra kanak-kanak, secara peribadi, saya merasakan dari segi kemudahan dan aktiviti kanak-kanak, masih banyak yang boleh diperbaiki. 

(Kids Club di Holiday Inn, Penang telah di upgrade sekitar tahun 2017 dan kini dinamakan PlayLab. Wajah baru kemudahan khas kanak-kanak ini jauh lebih ceria dan grand berbanding sebelumnya. Selain itu, terdapat dua PlayLab yang disediakan untuk kumpulan umur yang berbeza. Tarikan seperti slide, ballpit, sudut bacaan, interative games dan lego menjadi tarikan yang hit di kalangan tetamu muda di sini. Pengalaman kami di sini adalah sebelum kerja-kerja naiktaraf dibuat. Jika anda sempat merasa kemudahan baru ini, anda dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda di ruangan komen di bawah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan