Borong buku RM2 di bookcafe.com.my

buku kanak-kanak
Buku-buku kanak-kanak yang dijual pada harga hanya RM2 di bookcafe.com.my

Buku pada harga hanya RM2? Ya... anda tak tersilap membacanya. Baru-baru ini, anak-anak saya meminta untuk membeli lagi buku-buku cerita di bookcafe.com.my. Buku-buku di rumah dah habis dibaca katanya. Dah ulang berkali-kali. Kalau boleh nak buku cerita baru. Terdapat beberapa tajuk buku yang memang dalam senarai wishlist mereka. Teringin sangat nak baca katanya. Kawan cakap cerita dia best!

Ketika membeli buku-buku inilah saya ternampak jualan cuci gudang sedang diadakan dengan buku-buku dijual hanya pada RM2. Begitu excited rasanya. Manakan tidak, tiap kali membeli buku-buku, tak sampai seminggu anak-anak sudah memberitahu kesemua buku yang dibeli telah habis dibaca. Nampaknya kali ini bolehlah membeli lebih buku untuk mereka. Mungkin ada yang bertanya... kalau murah sangat, mungkinkah buku-buku ini sudah tidak dalam keadaan elok? Jawapannya tidak sama sekali. Setiap buku yang kami terima dalam keadaan baik, malah di bungkus menggunakan bubble wrap dengan cermat walaupun harganya begitu murah!

Buku kanak-kanak
Buku yang diterima dibungkus dengan cermat
Rupa-rupanya pihak bookcafe.com.my memang sering mengadakan promosi di mana anda boleh mendapatkan buku pada harga yang sangat murah. Bukan itu sahaja, kadangkala, anda juga berpeluang memenangi buku sebagai giveaway dalam promosi, pertandingan dan cabutan bertuah yang diadakan. Memang terbaik! Jadi, rajin-rajinlah menyemak promosi yang sedang berlangsung di bahagian Promosi Terkini di halaman mereka.

Bagi saya, bookcafe.com.my memang menjadi kedai buku online favourite lebih-lebih lagi kebanyakan buku yang diminta anak-anak senang didapati di sini. Setiap kali membeli, saya sememangnya tidak lupa menyemak promosi mereka. Memang berbaloi. Seringkali juga, saya akan membelikan juga buku-buku untuk dihadiahkan kepada geng-geng membaca anak-anak. Memang excited mereka mendapat hadiah buku cerita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan