Updated Jun 2018
Foto: Agoda.com |
Sejak ia dibuka, sudah empat tahun anak-anak berangan-angan untuk ke Legoland, alhamdulillah, akhirnya, tercapai juga hasrat di hati.
Kami bertolak ke Johor pada hari Isnin semasa cuti pertengahan tahun persekolahan. Sepanjang perjalanan, tak habis-habis mereka bertanya... jauh ke Legoland ni? Saya pasti, selama ini ramai rakan-rakan di sekolah yang bercerita betapa awesomenya percutian ke Legoland. Kalau tidak, masakan mereka boleh bercakap tentang apa yang ada di Legoland sedangkan kami tak pernah sampai ke sana! (Penginapan di Legoland Hotel - klik di sini)
Tiket
Legoland terbahagi kepada theme park dan water park (saya pasti ramai yang dah tahu). Kami telah mengambil combo tiket - iaitu entrance to kedua-dua park tersebut selama dua hari. Sebenarnya, kami memanfaatkan promosi yang sedang berlangsung di mana kami mendapat tiket hari kedua percuma. Sebelum ke sini, ada baiknya jika anda turut menyemak juga tawaran yang ada di website seperti Wonderfly dan TripCarte.
Bercakap mengenai tiket Legoland, pihak Legoland menjual tiket secara berasingan iaitu theme park only dan water park only dan juga secara combo iaitu satu tiket untuk kedua-dua entrance theme park dan water park.
Legoland theme park dan Legoland water park terletak bersebelahan, namun mempunyai pintu masuk yang berasingan. Tidak ada jalan dalam yang menyambungkan kedua-dua park tersebut. Jika anda membeli theme park only atau water park only ticket, anda hanya dibenarkan single entry sahaja. Jika anda keluar, anda tidak dibenarkan masuk semula.
Antara ride di Legoland Theme Park |
Berlainan dengan combo tiket, anda dibenarkan multiple entry. Jadi, kelebihan tiket combo ini ialah anda boleh keluar masuk sebanyak mana yang anda mahu ke kedua-dua park tersebut sepanjang hari. Dengan ini, bolehlah anda keluar membawa anak-anak makan di Medini Mall berhampiran dan menyambung semula bermainan kemudian. Memang terdapat juga tempat makan di dalam kedua-dua park tersebut, namun, maklum sahaja harga makanan di tempat-tempat begini. Lebih-lebih lagi, anda tidak dibenarkan membawa makanan luar masuk ke dalam, jadi, anda tidak boleh tapau makanan sebagai bekalan anak-anak.
Tidak ada kelebihan diberikan untuk pelanggan hotel Legoland dari segi ini - walaupun anda menginap di Legoland Hotel, kebenaran untuk keluar masuk theme park dan water park tetap bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Dalam kata lain, walaupun anda menginap di Legoland hotel, anda masih hanya dibenarkan single entry sahaja jika anda memilih untuk membeli theme park atau water park only ticket dan bukannya combo ticket. Semasa kami ke sana, pihak Legoland juga menawarkan promosi untuk mengupgradekan tiket ke annual pass pada harga yang lebih murah dari biasa. Jika anda kerap ke sini, sudah tentu tawaran begini berbaloi untuk anda.
Legoland theme park
Lagi rides di Legoland Theme Park |
Kawasan Legoland agak luas, dan jika anda membawa anak-anak kecil, adalah amat dinasihatkan untuk membawa stroller. Legoland theme park ada menyediakan stroller untuk disewa. Untuk single stroller, kadar sewaan adalah RM40 untuk sepanjang hari, manakala untuk twin stroller, kadar sewaan adalah RM60. Memang memudahkan jika mempunyai stroller, namun, stroller yang disediakan oleh pihak Legoland tidak boleh dibaringkan. Jadi, jika anak anda tertidur, anda masih perlu mendukungnya.
Ride yang disediakan bagi saya lebih sesuai untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur sekolah rendah. Jika anak-anak anda berusia remaja, adventurous dan mengharapkan rides yang lebih advance seperti roller-coaster yang berpusing atau corkscrew roller coaster dan sebagainya, mereka mungkin akan kecewa. Jika anak anda terlalu muda juga, tidak banyak rides yang boleh dinaiki.
Antara family ride yang terdapat di Legoland |
Tidak dinafikan, anak-anak kami yang berusia 9 dan 10 tahun memang enjoy dan seronok ketika ke sini. Pelbagai rides dicuba mereka. Namun, adiknya yang berumur 4 tahun boleh dikatakan agak kecewa. Ride yang boleh dinaiki olehnya tidak begitu banyak kerana tidak cukup tinggi (kurang daripada 100cm). Setiap kali kakak-kakaknya pergi menaiki satu-satu ride, dia akan berkeras untuk mengikut walaupun kami telah memujuk. Apabila sampai di hadapan ride, dia akan terpaksa berpatah balik. After sometime, dia bosan dan mula meragam kerana kebanyakan masa dia hanya terpaksa menunggu kakak-kakaknya bermain. Untuk memujuknya, kami membawanya menaiki ride yang sama berulang-ulang kali.
Legoland water park
Tarikan utama anak-anak kami di Legoland water park |
Sesuatu yang saya tidak jangka, anak-anak kami kelihatan lebih enjoy bermain di Legoland water park berbanding Legoland theme park. Saya tahu, mereka suka bermain air, namun, saya dapat merasakan mereka lebih enjoy di sini kerana kebanyakan attraction yang disediakan di water park boleh dilakukan bersama-sama adik mereka. Mereka akan mencuba attraction yang lebih mencabar sekali dua, dan kebanyakan masa, mereka akan bermain di bahagian yang mereka boleh lakukan bersama. Sekurang-kurangnya, adik mereka tidak berasa left out.
Dari segi atttraction, tidak banyak yang boleh saya katakan. Cukup sekadar saya rasakan ia adalah setaraf dengan kebanyakan water park lain di Malaysia. Namun, sesuatu yang saya rasakan perlu dipuji ialah pihak Legoland menyediakan lifeguard di sekitar water parknya dengan banyak. Amat banyak. Dan mereka juga kelihatan alert dengan tugas mereka dan pada masa yang sama, sangat helpful dan friendly.
Kawasan Legoland water park tidak sebesar Legoland theme park, dan stroller juga tidak begitu diperlukan di sini.
Tarikan lain di Legoland Water Park |
Update Jun 2018: Lagi sekali, kami berpeluang membawa anak-anak ke Legoland. Selepas dua tahun, kami perhatikan rata-rata tidak banyak perubahan dilakukan pada kedua-dua theme park dan water park. Hanya terdapat tambahan rides Lego Ninjago dan pertambahan teknologi VR di salah satu roller coaster di sini. Selain itu, kami juga dapat melihat kerja-kerja penambahan tarikan baru SeaLife sedang dilakukan.
Walaupun kami ke sini pada waktu cuti persekolahan, waktu operasi Legoland Theme Park tidak dipanjangkan. Jika sebelum ini Legoland Theme Park ditutup lebih lewat, iaitu kira-kira pukul 8 malam pada musim cuti persekolahan, pada kunjungan terbaru ini, waktu operasi Legoland Theme Park adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja.
Salah seorang staf di sini mengesahkan bahawa kini, waktu operasi Legoland Theme Park adalah sama tidak kira semasa cuti persekolahan ataupun tidak. Hanya pada hari Sabtu ataupun cuti umum, Legoland Theme Park ditutup lebih lewat iaitu pada pukul 7 malam.
Waktu operasi Legoland Water Park masih kekal dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Lain-lain berkaitan:
1. Percutian keluarga di Legoland Hotel
2. Percutian selesa di homestay selesa dekat Legoland
1. Percutian keluarga di Legoland Hotel
2. Percutian selesa di homestay selesa dekat Legoland
Tiada ulasan:
Catat Ulasan