Bidan Che Ma - confinement lady dari Kelantan



Pada tahun 2012, selepas melahirkan anak yang ke-3, saya berkesempatan berpantang dengan seorang bidan dari Kelantan. Bidan ni lebih senang dipanggil Che Ma. Bukan mudah mencari bidan kampung yang sanggup datang menjaga orang berpantang seperti ini. Kebanyakan confinement lady yang menawarkan khidmat seperti ni samada confinement lady berbangsa Cina atau confinement lady yang disediakan oleh syarikat perbidanan. 

Semasa survey untuk confinement lady ni, apa yang saya tahu, bidan yang disediakan oleh syarikat perbidanan ni rata-rata dilatih oleh syarikat untuk melakukan kerja-kerja perbidanan. Pada mulanya, saya memang ingat nak ambil confinement lady dari mana-mana syarikat yang menawarkan khidmat macam ni, tapi apabila berjaya contact Che Ma, saya fikir lebih baik saya ambil bidan kampung yang memang dah berpengalaman dalam menjaga orang berpantang. 

Saya telah 'book' Che Ma ni semasa saya mengandung 6-7 bulan. Saya jumpa nombor contact Che Ma di satu forum keibubapaan tapi saya dah tak ingat apa nama forum tu. Nak dijadikan rezeki, kebetulan Che Ma cuma free sekitar EDD saya. Saya diberitahu sebelum tarikh yang saya minta dan 6-7 bulan selepas tu, Che Ma dah fully booked. 

So, kalau ditakdirkan saya bersalin seminggu atau dua minggu awal, Che Ma hanya boleh datang selepas dia selesai manjaga ibu yang bersalin sebelum saya. Kalau ibu tu bersalin lewat, saya mungkin perlu tunggu juga. Jadi, kalau anda terfikir untuk menggunakan khidmat seperti ni, ini adalah satu setback yang perlu difikirkan. Maybe kena ada back up plan in case Che Ma hanya boleh datang lewat daripada tarikh anda melahirkan.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya melahirkan lewat sehari dari tarikh jangkaan dan Che Ma sampai hanya sehari selepas discharge dari wad.

Che Ma ni berumur dalam 50-an tetapi masih kuat. Kalau tak silap, Che Ma dah menjalankan khidmat menjaga orang berpantang secara stay-in ni dah lebih 10 tahun.

Che Ma memang tak berlengah untuk start penjagaannya. Khidmat Che Ma termasuk berurut, tungku 2 kali sehari, bengkung, sediakan air mandi herba untuk ibu dan baby, mandi baby, urut baby, bertangas, sediakan makanan pantang dan basuh kain-kain baby.

Sepanjang Che Ma dengan kami, Che Ma tak berkira dengan kerjanya. Masa tu, tiada orang lain yang dapat membantu kami semasa saya dalam pantang. Kalau suami saya sibuk dan tak sempat membeli makanan untuk anak-anak, Che Ma tolong sediakan makanan untuk mereka. Walaupun simple, anak-anak tak lapar. Che Ma juga tolong jemurkan baju-baju kami sekeluarga. Pernah juga Che Ma bawakan anak-anak bersiar-siar di kawasan perumahan waktu petang.

Alat-alat seperti tungku, kain bengkung, jamu, minyak urut dan daun-daun mandian semuanya dibawa oleh Che Ma. In fact, jamu yang Che Ma bawa dibuat sendiri olehnya. Che Ma memberitahu saya dia mencari sendiri bahan-bahan untuk mebuat jamu tersebut. Jamu Che Ma berbentuk kapsul. Katanya dulu sebelum dia membuatnya dalam bentuk kapsul, ramai ibu-ibu refuse makan jamu yang dibawa kerana tak tahan dengan rasanya. Sebab tu Che Ma usahakan untuk membuatnya dalam bentuk kapsul.

Sesuatu yang agak mengagumkan saya ialah apabila Che Ma beritahu yang dia pernah ke France untuk menjaga orang di dalam pantang. Rupanya bidan kampung di Malaysia ni dah mencapai international level.

Sesuatu yang anda mungkin perlu tahu jika berminat untuk menggunakan perkhidmatan bidan Che Ma ialah Che Ma mempunyai tabiat merokok. Walaupun secara peribadi saya tak begitu kisah dengan tabiatnya itu, mungkin ada antara bakal-bakal ibu yang tak begitu berkenan dengan hal ni. 

Sepanjang di rumah kami, Che Ma tak pernah merokok di dalam rumah, di depan anak-anak saya, semasa melakukan kerja-kerja perbidanan, malahan saya tak pernah pun bau rokok padanya apalagi terjumpa puntung rokok di dalam atau di halaman rumah. Tak pernah sama sekali. Kami tahu tentang tabiatnya pun kerana suami pernah ternampak Che Ma merokok di luar rumah bersendirian semasa pulang dari kerja. Sebab itu saya menganggap tabiatnya itu hal kecil berbanding khidmat yang telah diberikannya.

Nombor Che Ma yang saya gunakan semasa menghubunginya dulu ialah 0139411569. Chargenya ketika itu ialah RM100 sehari. (Update: Nombor Che Ma yang saya hubungi dahulu sudah tidak available. Saya tidak mempunyai nombor terkininya, dan juga tidak pasti jika Che Ma masih meneruskan khidmat perbidannannya)

Jika anda mempunyai pengalaman menggunakan perkhidmatan bidan yang memberikan perkhidmatan begini, anda sangat dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman dan juga nombor contact bidan tersebut di ruangan komen di bawah. Semoga perkongsian bersama memudahkan bakal-bakal ibu yang mungkin sedang mencari perkhidmatan bidan untuk penjagaan semasa dalam pantang.

4 ulasan:

  1. Salam. Saya cube contact number che ma. Tapi org lain yg dah pakai. Ade tak no hp terkini che ma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Maaf, saya not aware yang Che Ma dah tak pakai no ni. Saya tak ada no terkini Che Ma. Apa pun, terima kasih for the update.

      Padam