Bidan a.k.a confinement lady



Kebanyakan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak pasti memikirkan mengenai pantang selepas bersalin. Walaupun dunia sudah semakin moden, berpantang masih menjadi topik kegemaran masyarakat kita di Malaysia.

Kebiasaannya ketika mengandung lagi bakal-bakal ibu sudah mula memikirkan di mana dan bagaimana nak berpantang. Ini ditambah lagi dengan soalan-soalan 'favourite' saudara-mara dan sahabat seperti 'nanti nak pantang kat mana?', 'pantang nanti sapa yang jaga?', 'nanti pantang berapa lama?' dan sebagainya.

Kebanyakan dari kita biasanya akan pulang ke kampung untuk berpantang. Jadi, kebanyakannya dijaga oleh ibu atau ibu mertua ketika berpantang. Ada juga yang memilih untuk berpantang sendiri. Kini berbagai-bagai produk berpantang boleh dibeli untuk memudahkan proses berpantang ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan bidan atau 'confinement lady'. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan -separuh hari, sepenuh hari dan ada juga pakej ala-ala hostel di mana ibu-ibu boleh merehatkan diri ketika berpantang.

Secara peribadi, saya berpeluang merasai khidmat bidan atau 'confinement lady' sebanyak 2 kali oleh 2 bidan yang berbeza. Kedua-duanya adalah bidan perseorangan, bukan melalui syarikat perbidanan. Asal mereka adalah bidan kampung yang kini menawarkan khidmat penjagaan pantang stay-in atau tinggal bersama. Charge mereka juga saya kira berbaloi  dengan perkhidmatan yang diberikan.

Next entry insya-Allah saya sambung tentang bidan pertama yang menjaga saya ketika berpantang pada tahun 2012. Sayangnya, saya tak ambil gambar kedua-dua mereka sebab masa tu tak terfikir langsung untuk menulis tentang perkhidmatan mereka. Tapi setelah ramai kawan yang bertanya tentang perkhidmatan seperti ini, saya rasa eloklah jika saya berkongsi tentang perkhidmatan mereka dengan harapan dapat memudahkan mereka yang mencari perkhidmatan seperti ini.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan