Tantrum berbeza pada usia berbeza


temper tantrum
(photo: todaysparent.com)
Adakah anda tahu yang corak tantrum berbeza pada umur yang berbeza? Cara seseorang anak itu tantrum pada umur 18 bulan adalah berbeza dari seorang kanak-kanak berumur 3 tahun. Ini adalah kerana perkembangan anak-anak yang berbaza pada usia yang berbeza.

Pada usia 18 bulan, tantrum biasanya bermula dan habis dengan cepat, dan apabila anak anda sudah habis tantrum, anak anda dengan sekelip mata berubah menjadi ceria seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada umur ini, anak anda mungkin menunjukkan tantrum dengan salah satu cara berikut:

1. Merebahkan badan ke lantai
2. Lari daripada anda


Walau apapun cara anak anda tantrum, yang pasti, anak anda tidak akan betul-betul lari dari anda. Anak anda cuba mendapatkan perhatian dari orang yang paling dia sayang, jadi, dia akan tantum di mana anda akan dapat melihatnya (Tonton video menarik kenapa anak tantrum di sini).

Pada usia lebih kurang 3 tahun, cara anak anda tantrum mungkin akan berbeza. Pada umur ini, biasanya anda boleh bahagikan tantrum pada beberapa peringkat:

  1. Peringkat pre-drama – pada peringkat ini, anda mungkin sudah boleh menjangka bila anak anda hendak mula tantrum. Anak anda mungkin akan mencari sebab untuk tantrum. Sebagai contoh, mungkin anak anda tak bersetuju dengan pilihan baju, atau mungkin anda tidak dapat memahami apa yang dikatakannya.

    temper tantrum
    (photo: thinglink.com)
  2. Peringkat tantrum – anak anda akan mula menjerit atau menghentak-hentakkan kaki atau tangannya. Seseparuhmya merebahkan badan ke lantai atau berguling-guling di atas lantai. Ada juga yang menghentakkan kepala ke lantai atau dinding.
  3. Peringkat sedih dan rasa bersalah – pada masa ini, anak anda sedar yang dia kelakuannya tidak dapat diterima. Dia akan mula teresak-esak. Seseparuh kanak-kanak akan membiarkan anda memujuknya pada peringkat ini. Seseparuhnya hanya berdiri disebelah anda tetapi tak mahu dipegang.
Walaupun pada umur ini anak anda sudah boleh mula faham yang kelakuannya tidak dapat diterima, ketika sedang tantrum, dia masih tidak matang dan susah untuknya mengawal perasaannya ketika episod tantrum. Tantrum pada umur ini mungkin lebih berpanjangan dan lebih dramatik, membuatkan ibu bapa lebih marah dan kemungkinan hilang sabar (adakah tantrum normal? Lagi artikel mengenai tantrum di sini).

Apapun, ibu bapa perlu cuba mengawal perasaan sendiri dalam menangani anak tantrum. Sebagai ibu bapa, kita tidak akan dapat mengajar anak mengawal perasaannya jika kita sendiri gagal megawal perasaan sendiri.

Yang penting, jangan berhenti menambah ilmu keibubapaan sedia ada. Minta nasihat, dan bacalah buku-buku yang dirasakan membantu. Kebiasaannya, saya suka membeli buku-buku secara online di bookcafe.com.my, namun, anda boleh memilih untuk mendapatkan buku-buku di mana-mana sahaja asalkan bermanfaat. Semoga kita sama-sana menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak yang cemerlang di masa hadapan, insya-Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan