(photo: terrificparenting.com) |
Tantrum adalah cara anak anda meluahkan perasaannya apabila dia merasakan dirinya hilang kawalan. Apa yang ditunjukkan oleh anak anda pada masa dia tantrum jelas menunjukkan apa yang dirasakan – keliru dan bercampur-aduk. Hampir kesemua tantrum berlaku apabila anak anda bersama dengan orang yang paling dia sayang .........hmmm... sekurang-kurangnya kini anda tahu bahawa andalah orang yang paling disayangi! Sekarang mungkin anda sudah mula faham kenapa anak anda kebiasaannya tantrum apabila anda ada bersamanya (adakah anda sukar mempercayai anak anda sebenarnya cuba mendapat perhatian orang tersayang? Tonton video menarik mengenai tantrum di sini).
Secara keseluruhannya, kanak-kanak mula untuk tantrum pada usia 18 bulan dan kebanyakannya berhenti selepas umur 4 tahun. Tetapi, ada juga yang tantrum lebih awal dan tak kurang yang berhenti lebih lambat.
Walaupun hampir kesemua anak-anak pada umur ini tantrum, sesetengah dari mereka lebih cenderung dari yang lain untuk tantrum. 14% anak-anak berumur setahun, 20% kanak-kanak berumur 2 ke 3 tahun dan 11% kanak-kanak berumur 4 tahun lebih kerap tantrum berbanding kawan-kawan sebaya mereka ('kerap' bermaksud 2 kali tantrum atau lebih dalam sehari). Ada beberapa kemungkinan kenapa kanak-kanak ini tantrum lebih kerap, antaranya genetik, disiplin yang terlalu ketat, masalah peribadi ibu-bapa dan personality ibu bapa yang berlainan dengan personality anak. Tetapi, semua ini hanyalah cadangan kemungkinan dan tiada satu sebab yang betul-betul kukuh yang dapat diberi setakat ini).
Sebenarnya, saya kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk tantrum di dalam bahasa Melayu. Mengamuk? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuannya ketika anak anda sedang tantrum. Tapi, tantrum membawa maksud lebih dari mengamuk. Mengamuk mungkin menunjukkan perlakuan seseorang yang hilang kawalan, tetapi seseorang anak yang tantrum sebenarnya cuba mengatasi perasaan kecewanya dan ia merupakan satu petunjuk yang anak anda mula belajar memahami perasaan dan dirinya sendiri. Percaya atau tidak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak anda. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak anda cuma mengamuk dan degil.
(photo: askthekidwhisperer.com) |
Kenapa kanak-kanak tantrum pada umur ini? Kanak-kanak pada umur ini dipanggil ‘toddler’. Hmmm... pernah terfikir kenapa kanak-kanak pada umur ini diberi nama yang istimewa? Ini adalah kerana ini adalah masa pembesaran yang istimewa untuk anak-anak. Ini adalah masa peralihan anak anda dari zaman bayi ke zaman kanak-kanak, seperti juga masa peralihan remaja dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Di Malaysia, kita lebih biasa membincangkan hal remaja. Ramai yang tahu zaman remaja merupakan zaman peralihan dan penuh dengan kekeliruan dan masa yang penting untuk seseorang itu lebih memahami diri sendiri. Serupa juga dengan remaja, disebabkan zaman ‘toddler’ ini juga merupakan zaman peralihan, ini adalah masa yang penuh dengan kekeliruan untuk anak anda. Berbeza dengan remaja, anak anda pada umur ini jauh lebih tidak matang dan perbuatannya tantrum adalah cara tidak matangnya menunjukkan dan meluahkan perasaan di dalam dirinya (adakah anda merasakan tantrum anak anda makin mencabar dari hari ke hari? Ketahui lebih lanjut mengenai corak tantrum di sini).
Walaupun tantrum dianggap normal, anak-anak perlu tahu yang perbuatan tantrum itu bukan sesuatu yang boleh diterima. Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak memahami dirinya dan belajar membezakan yang betul dari yang salah.
Bukan sahaja anak-anak, malah kita sebagai ibu-bapa juga masih mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari. Parenting is a continous learning. Jangan terlalu rasa bersalah dan menghukum diri jika berbuat kesilapan, namun dalam masa yang sama jangan berhenti menambahbaik dan mempraktikkan ilmu yang ada.
Jika perlu, dapatkan nasihat orang disekeliling atau mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Jangan lupa untuk membaca buku-buku sebagai rujukan. Secara peribadi, saya suka embeli buku secara online di bookcafe.com.my. Mereka mempunyai pelbagai kategori buku termasuk kategori keluarga & perhubungan. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan buku-buku pilihan di mana-mana kedai buku, baik secara online ataupun tidak, asalkan kita tidak berhenti menimba ilmu dalam usaha menjadi ibu bapa terbaik serta mendidik anak-anak agar menjadi insan cemerlang.
Bukan sahaja anak-anak, malah kita sebagai ibu-bapa juga masih mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari. Parenting is a continous learning. Jangan terlalu rasa bersalah dan menghukum diri jika berbuat kesilapan, namun dalam masa yang sama jangan berhenti menambahbaik dan mempraktikkan ilmu yang ada.
Jika perlu, dapatkan nasihat orang disekeliling atau mereka yang lebih arif dan berpengalaman. Jangan lupa untuk membaca buku-buku sebagai rujukan. Secara peribadi, saya suka embeli buku secara online di bookcafe.com.my. Mereka mempunyai pelbagai kategori buku termasuk kategori keluarga & perhubungan. Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan buku-buku pilihan di mana-mana kedai buku, baik secara online ataupun tidak, asalkan kita tidak berhenti menimba ilmu dalam usaha menjadi ibu bapa terbaik serta mendidik anak-anak agar menjadi insan cemerlang.
tantrum ni kalu salah cara kita treat, makin teruk jadinye. Tapi diakui, kena sabar tahap tinggi untuk hadapinya...saya sendiri kadang-kadang hilang sabar....hahaha
BalasPadamAdakah akan meninggalkan kesan buruk jika memarahi, menengking atau memukul anak ketika tantrum?
BalasPadamPerkara ini dipercayai akan menjadi lebih teruk dan berpanjangan jika anak dimarahi dan dipukul ketika tantrum. Dalam masa yang sama, sikap untuk give in kepada demand anak-anak ketika tantrum juga boleh menjadikannya lebih teruk dan sukar dikawal kerana anak-anak akan belajar untuk memanipulasikan keadaan menggunakan tantrum.
PadamPaling penting (walaupun mungkin terasa sukar) untuk ibu bapa bertenang. Direct attention ke arah perkara lain ketika tantrum berlaku dan jangan lupa untuk bercakap mengenainya setelah anak kembali tenang.
Bercakap mengenai apa yang berlaku setelah dia tenang penting untuk dia memahami mengapa ibu bapa berkata tidak kepadanya, mengapa sikapnya tadi tidak boleh diterima dan bagaimana dia boleh mengawal perasaan dirinya di masa hadapan.
as salam..tantrum ni sama dg austism ke..tq
BalasPadamWaalaikumussalam...
Padamtantrum dan autistic meltdown adalah berbeza
As salam nk tnye, anak saya sethn 3bln, tapi da srtt tantrum, pg shoping mall x mau berdukung, nk berjln sndri, bg dia berjln, semua dia nak usik, bukan x bg dia pegng lgsung tapi bersepah, org2 pula ckp,sy x pndai jg ank.Padahal yg ni no3. Bile dukung menjerit, bila x dpt ape dia nak, dia jerit, normal ke tantrum bg umur tu? Sy ada juga letak dia dlm blik, tpi dia ttp juga ngis, x berhenti, wlupon x berhenti, sy ttp cakap dgn dia, yg dia buat tu(menjerit/mengis) tu slh, wlupon sy x pasti dia fhm ke x.. Tapi dia ttp menjerit juga, mcm mn ye?
BalasPadamWaalaikumussalam. Setiap anak adalah unik, oleh itu, cara untuk handle masalah ini berbeza dari satu anak ke anak yang lain. Oleh itu, anda mungkin perlu trial and error untuk mencari jalan yang sesuai.
PadamSesetengah ibu meletakkan anak di dalam bilik, namun ada juga yang hanya duduk di sebelah, meletakkan anak di atas riba dan juga memeluk anak untuk memastikan anak tidak tercedera semasa episod ini. Ada yang menunggu sehingga anak lebih tenang untuk mula bercakap, dan ada juga yang terus bercakap semasa anak sedang tantrum.
Secara peribadi, saya hanya meletakkan anak di dalam bilik apabila mereka lebih besar dan faham, itupun tidak terlalu kerap kerana untuk anak-anak saya, cara ini kurang berkesan apabila terlalu kerap digunakan. Saya juga menunggu untuk mereka lebih tenang sebelum bercakap. Jika anak masih kecil, saya lebih suka duduk di sebelah dan tidak meletaknya di dalam bilik kerana bukan sahaja saya merasakan anak saya tidak faham, tetapi mereka kelihatan konfius dan takut. Pastikan persekitaran anak selamat, diri sendiri bertenang dan follow through apabila si kecil kembali tenang.
Apapun, ini hanyalah perkongsian pengalaman. Nasihat pakar mungkin diperlukan dan lebih membantu dalam mengendalikan situasi ini.
Saya mengalami masalah yg same..saya x tau nk handle anak saya cam mne bila dia tantrum..sbb bg saya tantrum dia telalu melampau sngt..bila kita cakap tetinggi suara pun dia x terime..dh menjerit2 mcm x puas hati..saya ade rujuk pada pihak yg lebih arif..dia suruh saya buat BMT..saya kurung dia dlm bilik lg dia menjerit2 nagis ketakutan dan x behenti nagis.
PadamAssalamualaikum..anak sya yg bongsu kerap sgt tantrum....nangis meneran...kuat sgt smpai suara tak ada...x bole silap sikit...mesti menangis semahunya...kadang2 lmbat buat susu pon nangis teruk..smpai setengah jam...atau smpai 10 minit....sya nk tnya adakah anak sya ni normal ..nukan autism???..sebb saya tkut sgt anak sya ni x terkawal...sya amat pelik...umo anak sya 5 tahun....mohon tolong jelask an kpd sya
BalasPadamWaalaikumussalam. Maaf, saya terlepas pandang komen ini. Saya nasihatkan untuk dapatkan penilaian pakar jika puan/encik merasakan bahawa anak mungkin mempunyai masalah autism.
PadamIni adalah kerana autistic metldown dan tantrum adalah dua masalah berlainan, namun boleh kelihatan sama from the outside.
Assalamualaikum.. Anak saya 3tahun.. Kerap sgt buat perangai. Kalau dia mahukan sesuatu tapi tak diberi. Dia akan nangis sampai pujuk apa pun tak jalan. Kdg dia mcm sngaja buat xpaham. Dia minta bnda yg xada. Bila didalam peti sejuk ada air milo. Dia xnak milo. Dia nak susu. Bila dlm peti ada susu. Dia xnak pula .Dia nak milo pula. Jadi sy siapkan dlm peti air milo dan susu. Dia minta air lain pula. Dia sngaja nak cri bnda yg xada. Sama juga mcm nasi. Bila saya masak ikan, dia xnak dia nak udang. Bila ada udang. Dia xnak makan pun. Sy pun pelik. Sy xtahan sgt. Sy slalu stress dgn perangai dia. Dia akan buat bnda yg saya tak suka .Minum air sngaja tumpahkan atas lantai. Makan apa2 sengaja naik makan atas tilam. Apa yg sya larang. Itulah yg dia nak buat sgt. Knp ya. Truk sgt. Hari2 dia buat perangai. Sy dalam pantang pula tu skrg ni. Letih sy.
BalasPadamWaalaikumussalam. Teringat pula anak kami sendiri ketika mendapat adik, serba yang dibuat tak kena.
PadamKami sendiri bukan pakar, setakat boleh berkongsi melalui pengalaman.
Memang stress, memang letih. Tapi ibu bapa perlu tenang. Don't take it hard.
Anak sedang adjust dengan kehadiran ahli keluarga baru. Mungkin dia rasa perhatian padanya berkurang.
Beritahunya ibu dan ayah tetap sangat sayangkan dia walaupun sekarang dah ada orang baru. Beritahu dengan kerap.
Make sure luangkan masa dengannya terutama apabila adik tidur. Dengan anak kami, lots of hugs sangat berkesan.
Libatkan dia dengan urusan adik... minta tolong ambilkan diaper, pilihkan baju etc.
Walaubagaimanapun, apabila anak buat perangai, kami tetap tegas supaya dia tahu apa yang dibuat tak betul, tetapi tidak memarahinya.
Apapun, kedua-dua anak dan ibu bapa dalam adjusting dan learning process.
Semoga membantu.
Assalamualaikum
BalasPadamWaalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh 😊
Padam