Baby stroller, kereta tolak atau kereta sorong – apa sahaja namanya, yang pasti, ia amat penting apabila anda membawa anak kecil berjalan-jalan. Terdapat banyak jenis baby stroller yang anda boleh dapati sekarang, dan setiap jenis stroller mempunyai design dan fungsinya yang tertentu. Jika anda merancang untuk membeli baby stroller, eloklah jika anda tahu jenis-jenis stroller yang ada supaya anda dapat membeli yang sesuai dengan keperluan anda.
Lightweight stroller
Ini adalah stroller jenis boleh dilipat seperti payung. Stroller jenis ini ringan dan mempunyai keperluan asas untuk sebuah kereta sorong. Jika anda banyak mengembara, stroller jenis ini menjadi pilihan yang baik kerana ianya ringan dan bersaiz kecil. Jika anda menaiki kapalterbang, stroller jenis ini cukup kecil untuk disimpan di tempat simpanan beg yang terletak di bahagian atas tempat duduk. Kelemahan stroller ini ialah kebiasaannya tempat duduk anak anda tidak boleh dibaringkan jika anda membeli stroller jenis ini. Jadi, jika anda membeli stroller untuk bayi atau inginkan stroller yang boleh dibaringkan, ini tidak sesuai untuk menjadi pilihan.
(sumber foto: babycenter.com) |
Standard stroller
(sumber foto: albeebaby.com) |
Review: Stroller pilihan: Peg Perego Pliko P3 Compact
Full size stroller
(sumber foto: kohls.com) |
Stroller jenis ini mempunyai tempat duduk kanak-kanak yang boleh dibaringkan, banyak padding untuk lebih keselesaan, ruang meletak barang yang besar dan pemegang yang boleh dialihkan. Tetapi, stroller jenis ini adalah berat dan agak besar, jadi, jika anda memandu kereta yang mempunyai ruang simpanan yang agak kecil, pastikan ia muat untuk dimasukkan ke dalam tempat simpanan kereta anda.
Stroller travel system
Stroller jenis ini adalah kombinasi kereta sorong dan car seat bayi. Kelebihan trave
l system ini ialah anda boleh mengeluarkan car seat bayi dari dalam kereta, meletakkannya ke kereta sorong dan terus membeli-belah tanpa perlu mengangkat dan mengejutkan bayi anda yang sedang tidur.
Stroller jenis ini hampir sama dengan stroller travel system tetapi perbezaannya ialah universal car seat carrier boleh digunakan bersama kebanyakan model car seat bayi di pasaran (berbanding stroller travel system hanya boleh digunakan bersama model car seat stroller itu sahaja).
Multi-child stroller
Ramai di antara kita yang tahu jenis stroller ini. Kebanyakan kita memanggilnya stroller berkembar. Stroller ini di designkan untuk membawa anak lebih dari satu, contohnya pasangan kembar. Seseparuh ibu bapa juga membeli stroller jenis ini untuk membawa 2 anak yang mempunyai jarak umur yang dekat pada satu masa. Namun, kelemahan stroller ini ialah ia agak memakan ruang. Jadi, jika anda selalu ke tempat di mana lifnya kecil dan sebagainya, mungkin stroller jenis ini kurang sesuai untuk anda.
Active stroller
Baby carriage/pram
Ini adalah jenis stroller yang amat klasikal. Melihatkan stroller ini, mungkin anda akan terbayangkan filem-filem Inggeris lama di mana kereta sorongnya mempunyai 4 tayar yang besar. Tidak ramai yang menggunakan jenis stroller ini kini, mungkin antara sebabnya – ia hanya sesuai digunakan ketika anak anda masih bayi dan ia juga agak besar.
(sumber foto: laweekly.com) |
Jenis-jenis stroller di atas hanyalah sebagai panduan asas anda. Kini, terdapat pelbagai pilihan stroller yang dijual di pasaran, baik secara online, di kedai-kedai barangan bayi dan juga di pasaraya-pasaraya seluruh negara. Bukan itu sahaja, design dan rekabentuk stroller juga semakin advance, sebagai contohnya, kini sudah terdapat stroller yang amat ringan dan kecil seperti lightweight stroller, tetapi tempat duduknya boleh dibaringkan, dan ada juga yang boleh dilipat sehingga menjadi seperti beg sandang. Walaupun harganya agak mahal, ramai juga yang memilih stroller begini kerana ianya lebih praktikal. Tanyalah kepada penjual apabila anda bercadang membeli baby stroller. Biar alah membeli asal menang memakai.
Jika anda sedang mencari stroller, anda boleh melihat pilihan stroller yang pelbagai di motherhood.com.my, sebuah kedai online Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi yang berkualiti dan boleh dipercayai.
assalamualaikum.
BalasPadamsalam perkenalan. menarik info ni.
saya juga nak share sedikit tips tentang pemilihan stroller.
Saya pernah beli stroller murah (Puku, tak branded sangat la) dan mahal (Quinny, Phil & Teds).
Yang murah bila dilipat memang makan ruang. Tu yang saya tak suka.
Yang branded memang melambung harganya kat Malaysia ni. Tapi saya beli yang second hand je. Kualiti masih elok. Memang puas hati dengan keupayaan stroller yang mahal ni. Compact, memenuhi keperluan saya yang anak banyak ni .
salam perkenalan.
ilani
Blog : www.cancanmali.blogspot.com
Facebook: https://www.facebook.com/norilani
FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat
jemput la jalan2 ke blog saya
Howdy! This is my first visit to your blog! We are a collection of volunteers and starting a new project in a community in the same
BalasPadamniche. Your blog provided us beneficial information to work on. You have done a outstanding job!
Hi, thanks for droppping by. Glad to know the blog can be of help. Wishing all the best for your kind work.
Padam