Pages

Diskaun Berjaya Times Square Theme Park hanya dari RM25 - seronoknya bermain beramai-ramai!

Tempat menarik di Kuala Lumpur
Dizzy Izzy di Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur

Untuk anak-anak, sememangnya best bila dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Setiap kali cuti sekolah, sentiasa sahaja mereka merancang untuk menjemput kawan-kawan ke rumah. Hanya menghabiskan masa sehari dua bermain monopoli atau menonton kartun bersama-sama sudah memadai.

Bagi anak-anak kami, kawan-kawan paling rapat untuk mereka tidak lain dan tidak bukan ialah sepupu-sepupu mereka sendiri. Walau tidak menghadiri sekolah atau tinggal di kawasan yang sama, nama merekalah yang sentiasa disebut-sebut sebagai tetamu cuti sekolah. Malah, jika kami ke mana-mana, anak-anak tidak lupa untuk membeli cenderahati sebagai tanda ingatan untuk mereka.

Jika kebiasaannya mereka meluangkan masa bersama-sama di rumah, pada cuti akhir tahun persekolahan 2018 yang lepas, kami merancang untuk membawa kesemua mereka keluar meluangkan masa bersama-sama. Disebabkan kekangan masa, kami perlu memilih destinasi berdekatan di mana kami tidak perlu bermalam di tempat lain. Dalam masa yang sama, jika boleh, biarlah tempat tersebut sesuai untuk anak-anak dari umur belum memasuki tadika hinggalah ke remaja yang telah berada di sekolah menengah.

Setelah berfikir dan berkira-kira, akhirnya kami membawa mereka ke taman tema Berjaya Times Square. Boleh dikatakan tempat ini menepati keperluan kami - dekat, mempunyai pelbagai attraction untuk anak-anak dari yang kecil hingga besar, kawasan indoor menjadikannya sangat sesuai memandangkan ketika itu musim hujan dan harga tiket menerusi wonderfly yang sangat berpatutan!


Tiket

Sejak mengenali wonderfly.asia, sememangnya saya sentiasa menyemak availability dan harga tiket apabila merancang untuk membawa anak-anak kemana-mana. Mana tidaknya, kadang-kadang, tiket yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding harga tiket di kaunter.

Untuk excursion kali ini contohnya, diskaun yang ditawarkan adalah RM20 untuk setiap seorang. Harga tiket dewasa ke Berjaya Times Square Theme Park di wonderfly.asia adalah RM35 berbanding harga biasa RM55, manakala untuk kanak-kanak, harga online di sini hanyalah RM25 berbanding RM45 di kaunter. Oleh itu, untuk kumpulan kami seramai 10 orang, jumlah diskaun yang kami perolehi adalah RM200 kesemuanya! Berbaloi, kan?


Tempat menarik di Kuala Lumpur
E-Ticket yang diterima


Walaupun decision untuk ke sini dipersetujui pada saat akhir dan saya hanya sempat membeli tiket pada awal pagi kami ke sini, alhamdulillah, e-ticket dihantar instantly ke akaun email. Jika anda pernah menggunakan wonderfly.asia sebelum ini, mungkin anda menyedari rupa e-ticketnya sedikit lain daripada dahulu. Namun, fungsinya masih sama. Kami hanya printkan e-ticket tersebut dan menunjukkannya berserta kad pengenalan lead traveler di kaunter. Alhamdulillah, tiada masalah. Setiap kami diberikan wrist band untuk sebelum memasuki kawasan theme park.

Nota: Tiket ke Berjaya Times Square Theme Park yang dijual melalui wonderfly.asia adalah fixed date ticket. Tiket tersebut HANYA boleh digunakan pada tarikh pilihan anda. Oleh itu, pastikan anda betul-betul pasti mengenai tarikh kunjungan. 

Walaupun harga tiket lebih murah, anak-anak anda masih dapat bermain semua attraction pada tempoh waktu yang sama seperti mereka yang membeli tiket di kaunter. Selain itu, anda dibenarkan keluar dari kawasan theme park sebanyak dua kali. Pastikan anak-anak tidak mengoyak wrist band yang dipakai jika masih ingin kembali ke kawasan theme park untuk bermain.


Attraction

Tiada apa-apa perubahan atau penambahan rides yang kami lihat semenjak ke sini pada tahun sebelumnya. Semuanya masih sama (anda boleh membaca mengenai rides di Berjaya Times Square Theme Park di sini).

Jika dahulu anak-anak kami agak takut menaiki roller-coaster berpusing-pusing di sini, kali ini mereka sudah berani bermain rides tersebut. Kunjungan bersama rakan-rakan sebaya mungkin membuatkan mereka bukan sahaja menjadi tidak begitu takut, malah excited menaikinya berkali-kali.

Walaupun tiada rides baharu, pihak Berjaya Times Square masih menyediakan attraction baharu berupa interactive floor dan wall games yang dinamakan Ooop's Playhouse dan Ooort's Super Run. Secara ringkas, kedua-dua attraction ini memaparkan games di dinding dan lantai yang bertindakbalas tehadap gerakan atau sentuhan anda. Walaubagaimanapun, anak-anak kami did not find kedua-dua atttraction baharu ini amusing berbanding permainan berbentuk rides.


Tempat menarik untuk anak-anak di Kuala Lumpur
Antara family rides di Berjaya Times Square Theme Park

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak
Bumper car merupakan antara favourite ride anak-anak kami di sini

Sungguhpun tidak begitu berminat untuk bermain di Ooop's Playhouse dan Ooort's Super Run, kesemua mereka masih gembira meluangkan masa di Cosmic Theatre. Di sini, anak-anak anda diberikan beberapa pilihan lukisan haiwan untuk diwarna. Lukisan yang telah siap diwarnakan ini kemudiannya discan dan hasilnya akan dipaparkan di screen besar. Yang menjadikan mereka teruja adalah apabila melihat haiwan yang diwarnakan bukan sahaja 'hidup' dalam bentuk gambar 3D, malah berjalan-jalan di screen yang boleh ditonton beramai-ramai.

Jika anak-anak gembira melihat hasil coloring mereka 'hidup' di screen tersebut, bagi kami pula, Cosmic Theatre menyediakan kawasan rehat yang selesa dan condusive, terutama apabila anak-anak yang masih kecil mula keletihan dan meragam. Kawasan tertutup berpenghawa dingin dengan lighting yang malap di sini mampu membuatkan anak-anak yang keletihan terlelap sebentar, sebelum recharge untuk sambung bermain lagi.


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak
Mewarna lukisan sebelum discan

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak
Screen yang memaparkan lukisan yang discan di Cosmic Theatre

Secara keseluruhannya, kami merasakan Berjaya Times Square Theme Park adalah tempat menarik sesuai untuk meluangkan masa beramai-ramai bersama anak-anak di pelbagai peringkat usia. Attraction yang disediakan agak pelbagai, namun mungkin agak terhad berbanding taman tema seperti Legoland. Walaupun begitu, kawasan indoor memberi advantage terutama ketika musim hujan dan harga tiket juga, untuk kami, terasa berbaloi.  

Update: Harga tiket yang ditawarkan telah berubah sejak awal tahun 2019. Walaupun tidak seperti yang kami perolehi semasa ke sana, wonderfly.asia masih lagi menawarkan diskaun untuk pengunjung indoor theme park ini.



Lain-lain yang menarik:




14 ulasan:

  1. that entrance ticket allow us to play the attraction? or we need to pay more for a certain games?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, the entrance ticket covers most of the attractions. Only a few require extra payment.

      Padam
    2. How about the roller-coaster, is there any extra payment for it? Kalau akak ada masa, boleh tak listkan activities yg kena bayar lebih berserta harga. Tqvm 😁😁

      Padam
    3. How about the roller-coaster, is there any extra payment for it? Kalau akak ada masa, boleh tak listkan activities yg kena bayar lebih berserta harga. Tqvm 😁😁

      Padam
    4. Maaf lambat reply. Roller coaster tak perlu extra payment. Anak kami tak mencuba any of the attractions yang perlu extra payment, jadi saya kurang pasti exactly berapa banyak dan berapa bayarannya. Daripada apa yang saya ingat, permainan yang perlu extra payment adalah seperti permainan VR dan beberapa carnival games.

      Padam
  2. Salam nak tnya klau sya beli tiket dkt Wonderfly ni kan sya beli hari ni tp sya nk pergi minggu depan tiket masih sah ke? Then lps beli tiket tu sya kena print ke Qr/barcode tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ada dua jenis tiket di Wonderfly. Satu ialah fixed date ticket dan satu lagi ialah open dated ticket. Sila pastikan yang mana on offer.
      Untuk fixed date ticket, hanna perlu memilih tarikh lawatan dan tiket HANYA LAKU pada tarikh tersebut. Tak mengapa kalau tarikh yang dipilih adalah minggu depan, asalkan digunakan pada that specific tarikh yang hanna telah pilih.
      Untuk open dated ticket, tiket boleh digunakan pada mana-mana tarikh selagi DALAM TEMPOH yang ditetapkan.
      Sesetengah attraction mahukan tiket diprint, tetapi sesetengah yang lain tidak. Sila baca pada 'product information'. Kebiasaannya saya akan print tiket just to be on the safe side.

      Padam
  3. Saya nak tahu.. Sekali bayaranuntuk semua permainan atau contoh ( rm25 untuk rollercstr kemudian yang lain2 harga lain) ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga tiket covers kebanyakan attractions. Ketika ke sana, tiket yang dibeli covers 7 rides di Fantasy Garden, 6 rides di Galaxy station, Ooop's Playhouse, Ooort's Super Run, playground dan Cosmic Theatre. Ini bermakna pengunjung bebas bermain kesemua attraction ini berkali-kali tanpa dikenakan bayaran tambahan.

      Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa attraction lain seperti VR games, arcade games dan carnival games yang perlukan extra payment.

      Tiket pada harga RM25 yang kami beli adalah ketika promotion di Wonderfly. Harga tiket sekarang mungkin berbeza.

      Padam
  4. Is The entrance still rm35, rm25 now??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Very very sorry for the late reply. We weren't around. There was extra promotion on Wonderfly when we went there. Please click the link above to check the latest pricing on Wonderfly.

      Padam
  5. Salam..saya ingin bawa anak pergi ke sana hari ini 12/12/19..berapa ya harga tiket sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Maaf sangat2 lambat reply. Was not around. Wonderfly mengadakan extra promotion ketika itu. Sila klik link di atas untuk harga terkini.

      Padam