Pages

Tempat menarik di Kota Kinabalu : Rumah terbalik Tamparuli

Percutian keluarga menarik di Kota Kinabalu dengan anak-anak
Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah

Dalam perjalanan ke Kundasang, kami singgah sebentar di tarikan popular yang terletak di Tamparuli, Sabah. Rumah Terbalik atau Upside Down House yang menjadi desinasi kami ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Walaupun kini sudah semakin banyak tarikan seperti ini boleh didapati di negeri-negeri lain, Rumah Terbalik Tamparuli terletak di compound sendiri membolehkan pengusaha tarikan ini membina keseluruhan rumah - exterior dan interior, malah halaman rumah juga dalam keadaan terbalik. Keadaan ini berlainan dengan sesetengah rumah terbalik yang diadakan di rumah kedai di mana hanya interiornya dalam keadaan terbalik tetapi tidak exterior rumah.


Bertolak

Walaupun kami berada di Kota Kinabalu beberapa hari lebih awal, kami sengaja mengatur untuk mengambil kereta sewa hanya pada hari kami akan ke Kundasang. Sebaik selesai urusan mengambil kereta, kami tidak membuang masa dan terus bertolak ke tarikan ini yang menjadi stop kami on the way ke Kinabalu Pines Resort. Sesampainya kami di sini, kami mendapati sudah agak ramai pengunjung yang beratur untuk membeli tiket masuk ke Rumah Terbalik ini. Baik dewasa baik kanak-kanak, masing masing kelihatan tidak excited untuk melihat apa yang ada di dalam rumah dalam keadaan terbalik ini.

Jika anda ingin ke sini, anda boleh klik di sini untuk melihat latest pricing ke Rumah Terbalik Tamparuli dan 3D Wonders Musuem. 3D Wonders Musuem adalah sebuah 3D art gallery yang dibina di dalam compound yang sama dengan Rumah Terbalik.


Tiket

Harga tiket ke Rumah Terbalik adalah RM10 untuk warganegara Malaysia dan RM18 untuk bukan warganegara Malaysia. Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM5 manakala kanak-kanak di bawah umur 3 tahun masuk percuma. Waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 10 malam.

Setelah membeli tiket, kami sempat bersiar-siar dahulu dan mengambil gambar di persekitaran rumah sebelum sampai giliran masuk ke dalam. Pengunjung tidak dibenarkan mengambil  gambar di dalam rumah. Jumlah pengunjung yang dibenarkan berada di dalam rumah juga dihadkan. Oleh itu, jika kebetulan pengunjung agak ramai, anda mungkin perlu menunggu giliran untuk ke dalam.


Rumah yang Terbalik

Seperti namanya, segala di dalam rumah ini adalah di dalam keadaan terbalik. Bumbung di tanah, tapak rumah ke atas, kereta di perkarangan rumah juga terbalik, dan segala-gala perkakas rumah juga terbalik - katil, meja, kipas, tandas dan lain-lain. Bagi anak-anak kami, mereka enjoy berada di sini. Jika anda suka mengambil gambar dan pandai berposing, tempat ini juga menawarkan suasana unik untuk gambar anda. Pelbagai lagat dan aksi dapat kami lihat dilakukan oleh pengunjung yang kreatif mengambil gambar.


Percutian keluarga menarik di Kota Kinabalu dengan anak-anak
Kereta dalam keadaan terbalik di halaman rumah

Apa pendapat kami tentang tarikan ini? Walaupun anak-anak enjoy melihat kelainan di sini, secara peribadi, kami merasakan tarikan ini biasa-biasa sahaja. Yang kami lihat hanyalah sebuah rumah ringkas dengan perkakasan yang diterbalikkan. Pengunjung juga rata-rata tidak meluangkan masa yang lama di dalam rumah ini.

Kami sempat solat di Rumah Terbalik ini sebelum meneruskan perjalanan. Bilik solat yang selesa ada disediakan. Jika anda mahu, anda boleh menjamu selera di Mango Restaurant yang terletak bersebelahan dengan Rumah Terbalik. Kami sempat mengalas perut resoran yang menyediakan hidangan halal ini. Bagi kami, rasa makanan di sini enak, namun, harganya mungkin sedikit mahal. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan