Penginapan keluarga di Lost World Hotel

Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Lost World Hotel, Ipoh

Untuk percutian kali ini, kami memilih untuk membawa anak-anak menginap di Lost world Hotel yang berada di bawah pengurusan yang sama dengan taman tema Lost World. 

Di mana letaknya hotel ini? Sudah tentu tidak jauh dari taman tema Lost World. In fact, Lost World Hotel terletak hanya berhadapan dengan taman tema Lost World. Walaupun tidak jauh, bangunan hotel ini TIDAK bersambung dengan pintu masuk ke taman tema. Untuk ke taman tema, anda perlu melintas sebatang jalan dan melalui kawasan meletak kenderaan. Tiada jejantas yang menghubungkan bangunan hotel ini dengan taman tema.


Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Kedudukan hotel dan taman tema (foto: google maps)

Dari luar, bangunan hotel kelihatan seperti deretan shoplot yang telah diubahsuai keseluruhannya untuk menyediakan tempat penginapan kepada pengunjung. Terdapat kawasan perumahan, kedai dan tempat makan yang terletak sangat berdekatan dengan hotel ini sekaligus memudahkan kami semasa percutian.


Check-in

Nothing fancy tentang hotel ini. Keseluruhan hotel adalah ringkas. Lobi yang disediakan selesa dan lengkap dengan tempat duduk di mana anak-anak boleh berehat sementara menunggu urusan check-in selesai. Alhamdulillah, kami tidak perlu menunggu lama di kaunter sebelum mendapat kunci ke bilik yang ditempah.


Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Kaunter check-in di Lost World Hotel


Bilik

Bilik yang ditempah tidak berada pada blok yang sama dengan lobi. Kami perlu ke pintu masuk yang berbeza untuk menaiki lif ke bilik. Namun, ini tidak menjadi masalah memandangkan ample parking space disediakan di hadapan setiap blok. Oleh itu, tetamu boleh meletak kenderaan betul-betul di hadapan blok masing-masing dan tidak perlu berjalan jauh untuk ke bilik.

Walaupun bahagian lif ke bilik kami berbeza daripada pintu ke bahagian lobi, kami melihat aspek keselematan tetap dijaga. Sentiasa sahaja ada pengawal yang menjaga laluan masuk ini, tak kira siang atau malam.


Hotel cuti di Ipoh
Bilik tidur utama family suite di Lost World Hotel

Bilik family suite yang ditempah sebenarnya adalah bilik eksekutif dengan bahagian living ditambah dua extra bed bersaiz single. Bilik tidur utama dipisahkan oleh pintu sliding yang boleh dikunci. Di bahagian bilik tidur utama terdapat katil bersaiz king dengan attached bathroom. Di bahagian kedua  pula terdapat attached toilet namun tiada shower, dan juga set sofa. Extra-bed belum disediakan ketika kami masuk ke bilik, dan kami diminta menunggu seketika untuk staf hotel membawa dua katil tambahan tersebut.

Secara keseluruhannya, bilik yang ditempah adalah selesa. Cumanya, mungkin kerana bahagian living sebenarnya tidak dikonfigurasi sebagai sebuah bilik tidur, sebahagian laluan dari bilik tidur utama terhalang oleh extra bed yang ditempatkan.


Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Katil tambahan di bahagian living
Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Bahagian laluan yang sedikit terhalang

Oleh kerana bilik yang disediakan sebenarnya lebih berupa 'makeshift family suite', terdapat miscommunication yang berlaku. Pihak hotel hanya menyediakan kelengkapan seperti tuala dan mandian untuk dua orang tetamu. Walaubagaimanapun, di dalam reservation, tertera bilik yang ditempah adalah jenis family suite untuk empat orang tetamu. Berkali-kali kami terpaksa meminta untuk kelengkapan tambahan. Namun, pada awalnya staf yang bertugas kedengaran reluctant dengan alasan bilik tersebut adalah bilik eksekutif dan sememangnya pihak hotel hanya menyediakan kelengkapan untuk dua orang tetamu sahaja, dan bukannya untuk empat orang. Despite explanation, mereka tidak bersetuju untuk menyediakan kelengkapan untuk empat orang. Namun, setelah kami meminta untuk memeriksa kembali reservation yang dibuat, barulah pihak hotel menambah kelengkapan yang perlu.


Sarapan

Buffet sarapan included bersama tempahan bilik. Awal pagi lagi, kami telah ke kawasan buffet yang terletak berhampiran pintu masuk taman tema. Ini bermakna kawasan untuk buffet sarapan BUKAN terletak di bangunan yang sama dengan bangunan hotel. Oleh itu, tetamu perlu melintas jalan dan kawasan meletak kenderaan untuk ke buffet sarapan (sila lihat peta di atas).

Pilihan hidangan yang disediakan lebih memenuhi citarasa tempatan, dan rasa hidangan biasa-biasa sahaja. Namun, bagi kami, sarapan yang disediakan cukup untuk anak kami yang sememangnya tidak berselera besar.


Kelebihan

Selain menawarkan accommodation yang paling hampir dengan taman tema Lost World of Tambun, tetamu Lost World Hotel dibenarkan re-entrance sebanyak SEKALI sepanjang berada di taman tema. Anda perlu mendapatkan pengesahan di lobi hotel jika ingin menggunakan privilege ini. 

Untuk mereka yang mempunyai anak yang masih kecil, kelebihan begini mungkin membantu untuk anak berehat dengan lebih selesa jika telah kepenatan. Bagi kami, alang-alang diberikan kelebihan ini, kami menggunakannya untuk membawa anak yang masih kecil berehat sebentar sementara yang lain-lain melakukan urusan lain seperti solat dan sebagainya. Kami juga menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan quick lunch sebelum anak-anak sambung bermain di taman tema.


Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Kebanyakan masa diluangkan di taman tema

Namun, sejujurnya, kami merasakan fasiliti di taman tema Lost World sudah cukup lengkap untuk pengunjung terus berada di sana sepanjang hari. Anak-anak kami yang sudah agak besar sendiri tidak melihat keperluan untuk balik ke bilik dan tidak kisah untuk terus berada di sana. Namun, melihatkan adik yang sudah kepenatan, mereka menurut sahaja supaya masing-masing dapat enjoy selepas semuanya refresh kembali after a quick nap.

Jika anda ingin menginap di hotel ini, Lost World Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka di sini. Tempahan juga terbuka di laman-laman seperti Agoda, booking.com dan Expedia. Sementara itu, tiket ke taman tema pula terbuka untuk tempahan di laman seperti Wonderfly dan TripCarte.asia. Pastikan anda menyemak tawaran di laman-laman ini untuk memastikan deal terbaik semasa percutian yang dirancang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan