Potty train gear semasa percutian

Anak belum betul-betul pandai ke bilik air sendiri.... tapi dah nak pergi bercuti. Macamana ya? Nak rehatkan sekejap anak atau teruskan sahaja training semasa percutian?

Sudah tentu, keadaan setiap orang berbeza. There is no one correct answer. Ibu bapa sudah tentu bijak membuat keputusan berdasarkan situasi masing-masing.

Bagi kami, secara keseluruhannya, kami melihat kepada kematangan anak yang sedang dilatih. Jika anak masih kerap accident di rumah, kami rehatkan sahaja sebentar. Namun, jika anak sudah tahu mengawal habit ke bilik air, namun masing accident on and off, kebiasaannya kami teruskan sahaja training semasa percutian dengan persediaan tertentu. Lagipun, anak-anak kami pada peringkat ini kebiasaannya tidak mahu kembali memakai diaper. Kerap mereka memberi alasan dah besar, bukan baby lagi!

Sebelum membawa anak-anak bercuti semasa peringkat ini, sudah tentu preparation sangat penting untuk mengurangkan stress dan memberi lebih ketenangan kepada anak dan juga ibu bapa. Jangan pula nanti percutian yang sepatutnya menggembirakan bertukar penuh tekanan hanya semata-mata kerana perkara ini. Berikut adalah senarai barangan yang secara peribadi kami dapati sangat membantu dalam percutian kami.



1. Pull-up diaper

Bagi kami, pull-up diaper adalah must-have item baik untuk anak-anak yang 'direhatkan' mahupun yang belum dilatih ke bilik air. Diaper begini sangat berguna terutamanya apabila kerja menukar lampin agak sukar seperti di dalam penerbangan. Kawasan bilik air yang sempit dan anak yang sudah agak besar untuk dibaringkan di atas changing table menjadikan pemakaian pull-up diaper sangat membantu berbanding dengan diaper biasa. 

Walaupun pull-up diaper dikatakan dapat digunakan sebagai training pants dalam proses potty training, secara peribadi, saya tidak menggunakan diaper jenis ini untuk tujuan tersebut di rumah apalagi ketika bercuti. Kenapa? Simply kerana idea tersebut tidak pernah berjaya dilaksanakan untuk anak-anak kami. Setiap mereka menganggap pull-up diaper hanya sebagai diaper biasa, langsung tak berkesan. Oleh itu, kami hanya menggunakan diaper jenis ini semasa percutian untuk memudahkan pertukaran lampin.

Pull-up diaper senang didapati dikedai mahupun secara online. Jika anda lebih menggemari pembelian secara online, anda boleh lakukannya di platform seperti Motherhood, Lazada ataupun Shopee.


Potty train gear semasa percutian
Pull-up diaper memudahkan pertukaran lampin (foto: Motherhood.com.my)



2. Foldable toilet seat

Apabila anak-anak sudah biasa untuk ke tandas, foldable toilet seat sangat berguna untuk dibawa ketika percutian. Anak-anak selesa untuk ke tandas dan dalam masa yang sama, toilet seat begini tidak memakan ruang malah boleh dibawa di dalam beg. Bukan sahaja sesuai untuk percutian, foldable toilet seat juga sesuai untuk dibawa apabila bersiar-siar di shopping mall atau tempat-tempat tumpuan awam yang lain.

Walaupun direka untuk kegunaan kanak-kanak, apabila menggunakan toilet seat begini, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian. Ibu atau bapa mesti berada bersama untuk membantu anak-anak. Foldable toilet seat ini kini boleh didapati secara online di Lazada.


potty train gear semasa percutian
Foldable toilet seat begini memudahkan percutian (foto: lazada.com.my)



3. Disposable waterproof sheet protector

Anak yang baru 'graduate', kadang-kadang masih boleh ter-accident apabila sedang tidur. Dengan persekitaran berbeza dan waktu tidur yang mungkin tertanggu, chances untuk perkara ini berlaku kebiasaannya lebih tinggi.

Untuk latihan malam, kami menggunakan waterproof sheet protector yang hanya dilapik di tempat tidur anak untuk menghalang tilam daripada basah jika berlaku 'kebocoran'. Walaupun bersifat waterproof, lapisan atas protector ini tetap selesa dan tidak mengganggu tidur anak. Protector yang kami pilih adalah reusable, namun, jika mustahil untuk membasuh semasa percutian, anda boleh memilih disposable sheet protector yang kebiasaannya digunakan untuk masalah urinary incontinence. Cuma disposable sheet protector kebiasaannya lebih ringan dan mungkin senang beralih jika anak anda banyak bergerak semasa tidur.

Jika ingin mendapatkan protector begini, anda boleh melihat contoh washable sheet protector di MotherhoodLazada dan Shopee. Untuk reusable protector pula, anda boleh melihat pilihan yang ada secara online di Lazada di sini.


potty train gear semasa percutian
Waterproof sheet protector mengatasi masalah kebocoran malam (foto: shopee.com.my)


potty train gear semasa percutian
Disposable sheet protector (foto: lazada.com.my)



4. Alas toilet

Apabila anak-anak sudah professional, insya-Allah, ibu bapa juga tidak terlalu pening membuat persiapan untuk percutian. Namun, terdapat seperkara lagi yang kami sediakan walaupun anak-anak sudah tahu mengawal toilet habit. Perkara tersebut ialah alas toilet.

Mengapa kebiasaannya kami tetap memastikan alas toilet ini sentiasa available semasa percutian?Kadang-kadang, anak-anak sudah dalam keadaan emergency namun keadaan tandas pula tidak begitu memberangsangkan. Dengan adanya alas seperti ini, sekurang-kurangnya anak-anak tidak berasa terlalu geli untuk menggunakan kemudahan yang ada.

Alas toilet ini turut boleh digunakan orang dewasa dan boleh didapati di kedai-kedai dan juga secara online melalui platform seperti Motherhood, Lazada dan Shopee



potty train gear semasa percutian
Alas toilet menjamin kebersihan (foto: motherhood.com.my)







Tiada ulasan:

Catat Komen