Hotel menarik... jom ke Sekinchan!

Destinasi kali ini... Sekinchan! Tahukah anda bahawa tempat menarik tak jauh dari ibu kota ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sesuai untuk percutian bersama anak-anak. Jarak hanya sejam setengah dari Kuala Lumpur menjadikannya destinasi weekend getaway yang ideal untuk warga kota membawa anak-anak berehat dari kesibukan kehidupan di bandar sehari-harian. 

Sebagai destinasi yang kian mendapat tempat di kalangan pelancong, tak hairanlah jika semakin hari semakin banyak hotel dan tempat penginapan ditawarkan untuk keselesaan pengunjung yang bertandang. Di sini disenaraikan hotel dan penginapan menarik yang boleh anda jadikan sebagai port percutian bersama anak-anak di Sekinchan - kawasan yang popular dengan keindahan sawah padinya.



Apa nak buat dengan anak-anak di Sekinchan?



1. Padi Box

Homestay kontena menarik berwarna-warni ini menawarkan penginapan unik di tengah bendang untuk short getaway. Walaupun kawasannya tidak besar, Padi Box menyediakan banyak spot untuk tetamu bersantai sambil menikmati pemandangan sawah padi yang indah.

Setiap biliknya dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin malah attached bathroom untuk kemudahan anda. Sesetengah pilihan bilik di sini turut menyediakan balkoni betul-betul di tepi sawah sesuai untuk tetamu bersantai. Selain itu, untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih pilihan bilik famili yang mampu memuatkan sehingga enam orang tetamu.

Padi Box juga menawarkan sewaan basikal untuk anda menunggang mengelilingi kawasan sawah padi di sini. Bukan itu sahaja, para tetamu juga boleh memilih untuk meluangkan masa bermain games yang disediakan di common room, bersantai di cafe ringkas ataupun mengatur sesi barbeque bersama keluarga dan anak-anak. Sila baca pengalaman kami menginap di homestay menarik ini di sini.

Amaran! Bilik-bilik di sini kerapkali penuh ditempah terutamanya pada hujung minggu ketika musim sawah padi sedang menghijau atau kekuningan. Oleh itu, jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda merancang percutian anda lebih awal. Padi Box boleh ditempah secara online melalui website mereka, Expedia ataupun airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM120 untuk tempahan pertama anda*.

*tempahan anda mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM290 untuk mendapat potongan ini



Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Padi Box Homestay, Sekinchan (foto:airbnb)


2. Farmville Homestay & Cafe

Sebuah lagi homestay berkonsep kontena, Farmville Homestay & Cafe merupakan sebuah penginapan yang lebih luas berbanding Padi Box. Terletak berhadapan sawah padi yang menjadi tarikan utama di sini, homestay unik ini menawarkan pilihan bilik penginapan sesuai untuk percutian bersama anak-anak pada harga berpatutan.

Bilik-bilik di sini dilengkapi penghawa dingin, kipas dan attached bathroom untuk keselesaan para tetamu. Tiada televisyen disediakan di dalam bilik. Jika anda mahu menonton televisyen, anda boleh meluangkan masa bersama-sama di waiting room.

Di sini, anak-anak (malah ibu bapa) pasti teruja bermain trampolin yang disediakan di bahagian rooftop. Selain itu, anak-anak juga boleh mencuba bakat bermain golf di sudut mini golf atau bergembira di swimming pool kecil lengkap dengan gelongsor ringkas.

Farmville Homestay & Cafe turut menyediakan basikal dan buggy yang mana anda boleh gunakan untuk bersiar-siar mengelilingi kawasan sawah padi yang terbentang luas. Walaupun sewaan basikal dan buggy dibuka kepada mereka yang tidak menginap di sini, sudah tentu sebagai tetamu, anda diberi harga istimewa. Setelah penat bersiar-siar mengelilingi sawah, anda boleh melepaskan penat bersama anak-anak dengan menghirup minuman di cafe sambil menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan.

Farmville Homestay dan Cafe tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika berminat untuk ke sini, sila hubungi talian 017-206 8666 atau klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai homestay kontena menarik ini.


Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Farmville Homestay & Cafe, Sekinchan (foto:farmvillehomestay.com.my)


Dah seronok di Sekinchan, jangan lupa ke Kuala Selangor... dekat je!



3. Sekinchan Cruise Hostel

Mencari kelainan dalam penginapan semasa percutian? Homestay unik Sekinchan Cruise Hostel membawa suasana outdoor ke dalam penginapan anda untuk percutian yang lain daripada lain. Walaupun pada hakikatnya homestay menarik ini adalah sebuah unit kondominium, dekorasi kreatif pengusaha homestay ini membuatkan tetamu berasa seolah-olah berada di kawasan camping dengan khemah, buaian, malah bot yang menjadi kegemaran terutamanya buat kanak-kanak.

Keseluruhan unit kondominium ini  tiga bilik tidur dan dua bilik air dan sesuai untuk penginapan sehingga sepuluh orang tetamu. Selain itu, tetamu juga dapat menikmati kemudahan seperti kawasan parking, penghawa dingin, gym dan kolam renang.

Untuk merasai pengalaman outdoor dalam kemudahan dan keselesaan indoor di Sekinchan Cruise Hostel, anda boleh melakukan tempahan secara online di airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM120 untuk tempahan pertama anda*.

*tempahan anda mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM290 untuk mendapat potongan ini



Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
Sekinchan Cruise Hostel (foto:airbnb)


4. A+ Boutique Hotel

Terletak di pekan Sekinchan, A+ Boutique Hotel menawarkan penginapan unik untuk percutian anda sekeluarga di Sekinchan. Tak keterlaluan rasanya jika dikatakan tarikan utama hotel menarik ini adalah di bahagian rooftop garden yang menampilkan 3D mural art sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Sementara anda bersantai dan bergambar di rooftop garden, anak-anak boleh meluangkan masa bermain di playground ringkas yang disediakan.

Walaupun bilik-bilik di sini agak kecil, ia dilengkapi katil yang selesa, penghawa dingin dan attached bathroom untuk kemudahan tetamu. Kawasan parking rata-rata tidak menjadi masalah, dan para tetamu juga tidak perlu bimbang jika berkunjung bersama anak-anak kecil atau warga emas memandangkan kemudahan lift turut disediakan.

A+ Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan Expedia. Pastikan anda merancang masa percutian anda di Sekinchan dan jangan lupa menyemak harga hotel menarik ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.


Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan

Hotel menarik di Sekinchan
A+ Boutique Hotel, Sekinchan (foto:airbnb)

Hotel dan penginapan menarik di Kuala Selangor


5. Omah Liren

Omah Liren menawarkan homestay sesuai untuk anda berkumpul dan meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga dalam suasana kampung berdekatan sawah padi. Banglo kayu dua tingkat yang boleh menempatkan sehingga lapan orang tetamu dengan selesa ini dibina berkonsepkan pelan terbuka yang mengutamakan pemandangan keluar rumah. 

Walaupun mengetengahkan suasana kampung, homestay menarik ini tetap menawarkan kemudahan dan fasiliti moden termasuklah penghawa dingin, televisyen LCD, malahan kolam renang yang sudah tentu menjadi tarikan utama anak-anak. Jika anda mahu, anda turut boleh mengatur sesi barbeque bersama anak-anak dalam suasana kampung yang damai.

Omah Liren TIDAK terletak di Sekinchan, tetapi di Sungai Besar, iaitu kira-kira setengah jam perjalanan ke utara Sekinchan. Namun, disebabkan kedudukan yang tidak begitu jauh dari Sekinchan (selain turut menawarkan pemandangan sawah padi), ia tetap menjadi pilihan penginapan ramai pengunjung, terutamanya mereka yang bercuti bersama ahli keluarga yang agak ramai. Walaubagaimapun, perlu diingatkan bahawa ia agak jauh (kira-kira sejam atau lebih perjalanan) dari Kuala Selangor dan Jeram di mana kelip-kelip dan Sky Mirror menjadi tarikan. 

Omah Liren terbuka untuk tempahan secara online di booking.com, Agoda dan airbnb. Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini secara percuma dan dapatkan diskaun RM120 untuk tempahan pertama anda*

Nota: Kerja-kerja penambahan penginapan sedang dilakukan buat masa ini. Walaubagaimanapun Omah Liren masih terbuka untuk anda merasai pengalaman private getaway menarik di sini.
*tempahan anda mestilah bernilai sekurang-kurangnya RM290 untuk mendapat potongan ini



Homestay menarik di Sekinchan

Homestay menarik di Sekinchan

Homestay menarik di Sekinchan
Omah Liren, Sungai Besar (foto:airbnb)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...