Sekali-sekala, ada baiknya jika dapat membawa anak-anak bercuti ke tempat yang lain daripada yang lain. Memang, perkataan unik itu sangat subjektif. Setiap orang mempunyai tafsiran dan persepsi sendiri tentang unik atau tidaknya sesuatu tempat. Unik sesebuah hotel itu boleh jadi terletak pada rekabentuk, kemudahan, lokasi, persekitaran atau nilai sejarah yang ditawarkan.
Mari lihat senarai hotel-hotel unik di Pulau Pinang sebagai panduan untuk percutian keluarga yang menarik.
(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)
1. Nikmati panorama indah Georgetown dari Bellevue Hotel
Hotel kecil ini menawarkan 12 bilik penginapan zaman kolonial di kelilingi udara segar dan kehijauan alam semulajadi di atas Bukit Bendera yang memang sinonim dengan Pulau Pinang. Di samping itu, terdapat taman yang dinamakan Aviary Garden yang terletak hanya 100m dari hotel ini. Taman burung mini ini menempatkan koleksi burung natif dan eksotik selain koleksi tumbuhan tempatan dari spesis yang jarang ditemui.
Untuk ke hotel ini, anda boleh memilih samada menaiki keretapi funicular, atau kenderaan 4WD terus ke sini. Pihak hotel boleh mengaturkan perjalanan anda jika anda memilih untuk menaiki kenderaan 4WD. Lihat harga terbaik Bellevue Hotel, Pulau Pinang di AGODA atau EXPEDIA.
2. Tidur, bangun, makan durian di Bao Sheng Durian Farm
Bellevue, Bukit Bendera, Pulau Pinang |
2. Tidur, bangun, makan durian di Bao Sheng Durian Farm
Apa kata sekali-sekala bawa anak-anak bercuti di kebun durian? Bangun pagi menghirup aroma bau durian segar di kebun, atau tidur malam diulit bunyi buah durian gugur ke tanah.
Bao Sheng Durian Farm menawarkan percutian unik bagi mereka yang tidak pernah berpeluang merasai pengalaman menunggu dan mengutip buah durian gugur di kebun. Tempat ini dibuka sepanjang tahun, tetapi obviously masa yang paling baik untuk ke sana ialah ketika musim durian.
Sepanjang musim durian, terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan - pakej menginap dan pakej tanpa penginapan. Jika anda ingin merasai menginap di kebun durian, terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan. Anda boleh memilih bilik jenis Tatami dengan bilik air berkongsi (shared bathroom) atau standard atau deluxe villa, masing-masing dengan private bathroom. Terdapat kolam renang disediakan di penginapan kebun durian ini. Walaupun bilik disediakan, perlu diingat bahawa fokus utama Bao Sheng Durian Farm adalah pada kebunnya.
Pakej menginap ini merangkap makan unlimited durian dan buah-buah tropika lain yang terdapat di kebun itu. Selain itu, Bao Sheng Durian Farm juga menawarkan durian tour, peluang belajar bagaimana memilih durian, selain aktiviti memungut durian. Lihat harga terbaik Bao Sheng Durian Farm di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA
3. Kecapi ketenangan alam semulajadi di Fig Tree Hill Resort
Untuk ke resort ini, anda perlu memandu ke dalam kawasan hutan dengan sebahagian jalannya agak sempit yang hanya membenarkan satu kenderaan sahaja melaluinya pada satu-satu masa. Jika hendak ke sini, anda amat disyorkan untuk mengatur perjumpaan dengan pihak resort agar mereka boleh menunjukkan arah jalan ke sana. GPS atau Waze mungkin tidak dapat membawa anda ke sini. Jangan risau jika anda tidak mempunyai 4WD. Kereta biasa dan MPV masih boleh melalui jalan ke sana, asalkan bukan bas.
Fig Tree Hill Resort menawarkan enam jenis villa dua bilik lengkap dengan living dan dining room untuk disewa. Di samping villa, terdapat juga kolam renang di resort ini. Anda perlu memantau anak-anak mandi di kolam kerana tiada lifeguard disediakan. Jika anda ke sini, lupakan sahaja telefon bimbit dan internet. Di sini adalah tempat untuk anda offline untuk meluangkan lebih masa berkualiti dengan mereka di sekeliling. Lihat harga terbaik Fig Tree Hill Resort di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
Fig Tree Hill Resort, Sungai Ara, Pulau Pinang |
4. Hayati kehidupan saudagar silam di Cheong Fatt Tze - The Blue Mansion
Umpama membawa keluarga kembali ke zaman kehidupan masyarakat Cina pada masa lampau, Cheong Fatt Tze Mansion yang dibina pada akhir kurun ke-19 dahulunya adalah penginapan seorang pedagang dan ahli politik berbangsa Cina yang amat terkenal. Berasal daripada keluarga miskin, Cheong Fatt Tze telah berjaya membina empayar perniagaan hasil titik peluhnya sendiri hingga beliau dikenali sebagai "Rockfeller of the East" (Rockfeller adalah seorang saudagar minyak America yang dikatakan the wealthiest American of all time).
Mansion atau rumah agam ini dibina mengikut senibina rumah agam Hakka Teochew dengan keunikan dan kehalusan kerja pertukangan pada hiasan seni binanya. Kini, Cheong Fatt Tze adalah sebuah hotel merangkap living museum yang penuh dengan sejarahnya tersendiri.
Selain penginapan, sebagai living museum, hotel ini juga mengadakan tour pada setiap hari pada pukul 11 am, 2 pm dan 3.30pm. Tour ini adalah percuma untuk tetamu hotel. Oleh itu, jika anak-anak anda sudah cukup besar untuk menghargai sejarah, hotel ini mampu menyediakan daya tarikan yang unik untuk percutian keluarga anda. Yang menariknya, walaupun mengekalkan sejarah dan senibina asal, sentuhan kemudahan moden tetap disediakan untuk keselesaan tetamu. Malahan, Cheong Fatt Tze turut menyediakan kolam ringkas sesuai untuk tetamu bersantai setelah seharian meneroka Pulau yang penuh daya tarikan ini.
Terdapat tiga jenis bilik untuk pilihan anda. Cheong Fatt Tze Mansion atau the Blue Mansion juga menyediakan restoran untuk kemudahan tetamunya. Selain itu, jika anda suka, anda juga boleh ke street market yang terletak bersebelahan dengan hotel ini. Lihat harga terbaik Cheong Fatt Tze Mansion di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
(Nota: Sesetengah tetamu merasakan terganggu dengan bunyi bising street market yang terletak bersebelahan dengan hotel ini. Jika anda tidak sukakan suasana kesibukan ini, adalah lebih baik anda meminta pihak hotel menempatkan anda di bilik yang tidak terlalu dekat dengan street market ini)
Cheong Fatt Tze, Georgetown, Pulau Pinang |
5. Rasai kehidupan mewah aristokrat di Macalister Mansion
Jika Cheong Fatt Tze menawarkan suasana penginapan masyarakat Cina zaman silam, Macalister Mansion pula menawarkan suasana kehidupan mewah golongan aristokrat British untuk percutian keluarga anda.
Terletak di Macalister Road, Georgetown, Pulau Pinang, Mansion atau rumah agam yang dibina pada awal 1900-an ini diberikan nama sempena nama Sir Norman Macalister. Beliau adalah salah seorang governor British yang pertama di Pulau Pinang.
Macalister Mansion menawarkan hanya 8 buah bilik untuk disewa. Kesemua bilik ini mempunyai design tersendiri memberikan hotel mewah ini keunikan tersendiri. Macalister Mansion juga menawarkan restoran sendiri dan kolam renang untuk kemudahan tetamunya.
Keunikan Macalister Mansion tentulah terletak pada sejarah, rekabentuk dan sentuhan kemewahannya. Seperti juga Cheong Fatt Tze Mansion, jika anda ingin memilih hotel ini sebagai penginapan keluarga, ianya lebih sesuai jika anak-anak anda berada pada usia yang agak matang dan boleh menghargai keunikan yang ditawarkan. Lihat harga terbaik Macalister Mansion di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
(Nota: Macalister Mansion adalah sebuah hotel semata-mata. Oleh itu, ia tidak mempunyai daily tour seperti Cheong Fatt Tze atau The Blue Mansion)
Macalister Mansion, Georgetown, Pulau Pinang |
Ingin merasai pengalaman menginap di kawasan jeti zaman dahulu kala? Anda boleh memilih Clan Jetty Heritage Home sebagai tempat penginapan untuk percutian yang akan datang.
Merupakan rumah nelayan suatu masa dahulu, kini Clan Jetty Heritage Home menawarkan penginapan di atas air untuk pengalaman percutian yang unik. Bukan selalu boleh merasakan suasana begini. Bilik yang terbuka kepada deruan ombak, ketenangan yang ditawarkan di sebalik kesibukan kota dan dalam masa yang sama lokasi yang tidak begitu jauh daripada tempat makan dan transportation memang jarang-jarang boleh dirasai.
Selain itu, Clan Jetty Heritage Home juga menawarkan barbeque set untuk kemudahan tetamunya. Anda boleh bertanya kepada pihak mereka untuk menggunakannya. Bayangkan pengalaman barbeque di atas jeti nelayan! Memang unik bukan?
Bilik-bilik di sini bagaimanapun tidak mempunyai attached bathroom. Anda perlu berkongsi bilik air dengan tetamu lain. Parking tidak disediakan. Lokasinya di jeti juga membuatkan ia terbuka kepada laut dan anda perlu berhati-hati jika membawa anak-anak kecil yang sedang aktif. Lihat harga terbaik Clan Jetty Heritage Home di AGODA atau EXPEDIA.
Mencari penginapan di Pulau Pinang? Lihat senarai hotel-hotel menarik di sini
Catatan percutian keluarga best bersama anak-anak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan