Portable child car seat: Waspada killer car seat di pasaran

memilih baby / child car seat
( foto: which.co.uk_

Terdapat banyak portable child car seat boleh didapati di pasaran sejak kebelakangan ini terutamanya pasaran online. Portable child car seat yang diperbuat daripada fabrik ini dijual dengan pelbagai nama seperti 'portable child car seat', 'baby and children car safety seat cushion', 'multi-function car cushion', 'portable safety car seat' dan banyak lagi.

Sekali pandang, memang child car seat ini sangat menarik. Harganya yang jauh lebih murah berbanding child car seat biasa dan penggunaannya yang tidak begitu memakan ruang - memang terasa ideal terutamanya untuk kita yang memandu kereta kecil dan pada masa yang sama mempunyai beberapa orang anak.



Tetapi, satu persoalan penting yang perlu kita jawab sebelum menggunakannya - adakah child car seat ini dapat berfungsi apabila diperlukan?

Sama ada percaya atau tidak, hakikatnya, kekuatan yang diperlukan untuk memegang seorang bayi dalam kemalangan pada kelajuan hanya 50km sejam adalah bersamaan dengan kekuatan yang diperlukan untuk mengangkat sebuah mesin basuh bersaiz besar.


Persoalannya, adakah portable car seat ini mempunyai kekuatan yang diperlukan?

Jawapannya - tidak. Portable car seat yang diperbuat daripada fabrik ini tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk membantu melindungi si kecil jika perlanggaran berlaku.

Pada tahun 2014, Surrey Trading Standards, sebuah badan yang bertanggungjawab melindungi hak-hak dan keselamatan pengguna di United Kingdom telah mengeluarkan sebuah rakaman video yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang menggunakan portable car seat ini boleh tercampak apabila perlanggaran berlaku dalam sebuah crash test. Crash test yang menggunakan dummy mewakili kanak-kanak berumur sekitar 3 tahun ini dilakukan pada kelajuan 30batu sejam, iaitu bersamaan kira-kira 48km sejam (lihat video di bawah).

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa di sana telah berusaha untuk menghalang penjualan child car seat ini di sana, namun malangnya, sehingga kini masih ada pihak yang menjualnya secara online.

Penggunaan portable car seat seperti yang dibincangkan di atas bukan sahaja dianggap menyalahi undang-undang di United Kingdom, tetapi juga di Amerika Syarikat dan Australia

Di Malaysia, saya tidak pasti jika sudah ada undang-undang yang melarang penggunaan child car seat ini, tetapi, yang pasti, portable child car seat yang diperbuat daripada kain ini dijual dengan banyak secara online. Malah, saya pernah menjumpainya dijual di kedai barangan bayi.

Demi keselamatan anak-anak tersayang, kita perlulah bijak memilih apa yang terbaik untuk mereka. Mereka adalah 'kargo' paling berharga di dalam kenderaan kita.




Lain-lain artikel mengenai car seat:
1. Baby/child car seat: Selamatkah anak anda dalam perjalanan?
2. Sesuaikah baby/child car seat anda?
3. Baby/child car seat: Mengadap depan atau belakang? Mana lebih selamat?


Jika anda sedang mencari baby/child car seat, anda boleh melihat pilihan car seat yang pelbagai di motherhood.com.mysebuah kedai online Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi yang berkualiti dan dipercayai. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...