Homestay dan apartment dekat Legoland - seronoknya bercuti bersama keluarga!

Nak ke Legoland... tapi mana nak menginap? Sebagai tempat yang menjadi tarikan ramai pengunjung terutamanya ketika cuti sekolah, tak hairanlah banyak pilihan hotel dan homestay yang disediakan di sekitar Legoland Malaysia.

Penginapan di apartment atau homestay sememangnya mempunyai kelebihan dan tarikan sendiri. Bagi sesetengah orang, penginapan begini menawarkan rasa home away from home semasa percutian, manakala bagi sesetengah yang lain pula merasakan penginapan begini lebih mesra ekonomi terutamanya jika ramai ahli keluarga yang menyertai bercuti bersama-sama.

Di sini disenaraikan beberapa pilihan apartment atau homestay menarik untuk pilihan anda ke Legoland. Tidak seperti apartment Somerset (lihat senarai hotel menarik untuk percutian ke Legoland)) yang lebih berkonsepkan hotel-apartment di mana khidmat seperti front desk disediakan, senarai apartment dan homestay di sini lebih merupakan unit penginapan persendirian yang ditukarkan menjadi homestay untuk percutian bersama keluarga ke Legoland.


(sumber foto: airbnb)


Homestay mesra kanak-kanak

1. SK Wonderful Homestay

Homestay mesra kanak-kanak dengan tema lego ini yang sudah tentu mampu menceriakan anak-anak anda setelah seharian bermain di Legoland. Bukan sahaja dilengkapi dengan permainan lego, homestay ini juga menyediakan peralatan mainan lain termasuk VTech TV Games yang sesuai sebagai hiburan kanak-kanak berusia dari 3 hingga 6 tahun. Selain bilik master yang selesa, bilik kanak-kanak dihiasi lampu ala disco bagi menambahkan keceriaan percutian anda sekeluarga. Unit yang terletak di apartment Afiniti Residences ini sesuai untuk penginapan sehingga 8 orang tetamu. Selain itu, lokasi homestay ini ideal terutamanya jika anda tidak berkenderaan memandangkan homestay ini terletak hanya kira-kira 5 minit berjalan kaki dari taman tema Legoland.

Homestay menarik ini boleh ditempah melalui airbnb airbnb. Jika anda berminat, anda juga boleh melihat unit homestay mesra kanak-kanak lain yang diusahakan oleh hos yang sama di sini.



Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



2. Home @ Afiniti

Apartment studio yang sesuai untuk penginapan keluarga kecil ini juga terletak di Afiniti Residences, tidak jauh dari Legoland, iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki. Satu-satunya bilik tidur di homestay ini dilengkapi katil bersaiz queen manakala ruang tamu pula dilengkapi sofa bed untuk keselesaan anak-anak. Sebagai homestay yang mengetengahkan konsep children friendly, homestay ini turut menyediakan permainan sebagai hiburan anak-anak sepanjang penginapan di sini. Dengan dekorasi ringkas, homestay ini mampu menawarkan penginapan yang bersih dan selesa setelah kepenatan setelah seharian berhibur di taman tema Legoland.

Homestay ini terbuka untuk tempahan melalui airbnb dan booking.com



Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



3. Kiddyland @ Afiniti

Daripada namanya sahaja, sudah tentu anda dapat mengagak bahawa kanak-kanak dialu-alukan di homestay ini. Dengan lokasi di Afiniti Residences, anda hanya memerlukan 5 minit berjalan kaki ke taman tema Legoland.

Dilengkapi satu Queen bed dan satu sofa bed, homestay ini sesuai untuk penginapan mereka yang bercuti dalam ahli keluarga yang agak kecil. Jika anda memerlukan lebih tempat tidur, tidak perlu membawa toto bersama kerana pemilik homestay ini boleh menyediakan 2 tilam extra (floor mattress) untuk anda. Anak-anak juga pasti terhibur melihat mainan dan Playstation 3 disediakan untuk menceriakan percutian keluarga anda.

Homestay ini boleh ditempah secara online melalui airbnb dan juga booking.com


Homestay menarik di Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



4. Meridin LEGO Apartment

Di sebelah siang berhibur di taman tema Legoland, malam pula pulang ke penginapan bertemakan Lego! LEGO-Themed Apartment sememangnya menawarkan percutian unik dalam dunia Lego untuk anak-anak.

Mempunyai dua bilik tidur, homestay ini dilengkapi sebuah katil bersaiz king, sebuah katil bertingkat dan juga sofa bed. Dekorasi warna-warna ceria sudah pasti menarik minat tetamu-tetamu kecil. Selain itu, permainan lego dan plush toy turut disediakan sebagai hiburan buat anak-anak.

Walaubagaimanapun, tidak seperti homestay yang tersenarai di atas, unit apartment ini terletak di Meridin@Medini dan bukannya di Afniti Residences. Walaupun apartment Meridin@Medini terletak tidak begitu jauh dari taman tema Legoland, lokasinya mungkin lebih sesuai untuk tetamu yang berkenderaan.

Meridin LEGO Apartment terbuka untuk tempahan melalui airbnb dan booking.com



Homestay menarik di Legoland

Homestay menarik di Legoland



5. TNJ Palace

Walaupun dekorasinya ringkas, TNJ Palace tetap tidak melupakan tetamu kecil dalam menghiasi homestay mereka. Sentuhan tepee tent di sudut ruang tamu pasti menjadi tumpuan kanak-kanak, di samping koleksi buku dan soft toy sebagai hiburan setelah pulang daripada berhibur di taman tema Legoland.

Sesuai untuk penginapan keluarga ketika bercuti di Legoland, setakat ini TNJ Palace menawarkan dua unit kediaman masing-masing dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang selesa dan bersih. Bilik tidur utama dilengkapi katil bersaiz king, manakala bilik tidur kedua pula mempunyai katil bersaiz queen untuk anda dan anak-anak mendapat istirahat yang cukup semasa percutian. Homestay ini terletak tidak jauh dari taman tema Legoland, namun, TNJ Palace lebih sesuai untuk tetamu yang berkenderaan.

Homestay TNJ Palace terbuka untuk tempahan melalui airbnb



Homestay airbnb menarik di Legoland

Homestay airbnb menarik di Legoland

Homestay airbnb menarik di Legoland



Homestay menarik untuk penginapan ringkas


1. Homestays by Lovely Home 88

Jika tema kanak-kanak tidak begitu penting dan anda hanya mahukan penginapan yang ringkas dan selesa untuk keluarga, pilihan unit-unit homestay oleh host Lovely Home 88 mampu memenuhi keperluan percutian anda. Walaupun ringkas, unit-unit yang ditawarkan adalah tastefully furnished dengan katil yang selesa untuk anda beristirahat.

Unit-unit homestay yang ditawarkan terletak di beberapa bangunan apartment di sekitar taman tema Legoland seperti Afiniti Residences dan Meridin@Medini. Selain itu, host ini juga mempunyai unit di Teega Residences di Puteri Harbour di mana terletaknya taman tema Thomas Town dan Hello Kitty.

Secara amnya, pilihan penginapan di Afiniti Residences membolehkan anda berjalan kaki ke taman tema Legoland, namun, jika anda berkenderaan, penginapan di Meridin@Medini dan Teega Residences sepatutnya tidak menjadi masalah. Setiap unit juga menawarkan jumlah bilik dan katil yang berlainan sebagai memenuhi keperluan tetamu yang pelbagai.

Senarai unit yang dihoskan oleh Lovely Home 88 boleh dilihat di sini atau klik di sini untuk catatan percutian kami di salah satu unit homestay oleh Lovely Home 88.



Homestay airbnb menarik di Legoland

Homestay airbnb menarik di Legoland




2. Sogen & Ruby Homestays

Seperti juga pilihan homestay oleh Lovely Home 88, Sogen & Ruby juga merupakan hos airbnb yang menawarkan beberapa pilihan unit homestay ringkas yang menarik pada harga berpatutan. Unit-unit homestay yang ditawarkan pasangan suami isteri ini bukan sahaja menarik, tetapi juga dijaga bersih untuk keselesaan anda sekeluarga beristirahat semasa percutian.

Pilihan homestay oleh Sogen & Ruby boleh disemak di airbnb di sini
Nota: Sogen & Ruby juga menawarkan pilihan homestay di Kuala Lumpur melalui airbnb. Oleh itu, pastikan anda memilih homestay yang betul berdasarkan destinasi percutian keluarga.



Homestay airbnb menarik di Legoland

Homestay airbnb menarik di Legoland



Homestay menarik untuk cuti beramai-ramai


1. Holi 1Medini

Merupakan rangkaian unit apartment yang dimiliki oleh pengusaha homestay Holi Hospitality, Holi 1Medini menawarkan pilihan beberapa saiz apartment mengikut kesesuaian percutian anda.

Walaupun tidak mengetengahkan konsep homestay yang menyediakan barang-barang permainan untuk tetamu kanak-kanak, kelebihan Holi 1Medini terletak pada kepelbagaian saiz apartment daripada unit studio hinggalah ke unit penthouse yang menawarkan sehingga 4 bilik tidur. Pilihan begini sudah tentu menjadikan rangkaian homestay ini pilihan penginapan yang selesa terutama untuk anda yang berkunjung ke Legoland bersama ahli keluarga yang agak ramai. 

Unit-unit Holi 1Medini boleh ditempah secara online melalui airbnbbooking.com atau Agoda

Nota: Jika dahulu rangkaian Holi 1Medini banyak terdapat di sekitar taman tema Legoland, kini, pengusaha rangkaian homestay ini turut menawarkan unit-unit penginapan di kawasan lain di Johor seperti di Johor Bahru dan KSL D'Esplanade. Selain unit-unit di sekitar taman tema Legoland, unit-unit di Johor Bahru dan KSL D'Esplanade turut terbuka untuk tempahan terutamanya di airbnb. Jika berminat untuk menempah homestay ini, pastikan anda memilih unit yang betul bersesuaian dengan lokasi percutian keluarga anda.



Apartment menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland



2. Semi-D Villa Homestay

Khas buat mereka yang lebih menggemari homestay di landed house, Villa ini menyediakan penginapan yang luas dan selesa, sesuai untuk mereka yang bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Dengan lokasi hanya 5 minit berkenderaan dari taman tema Legoland, Villa berkembar ini boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu dalam satu-satu masa. Dekorasi yang cosy menjadikannya tempat yang sesuai untuk seluruh keluarga beristirahat selain halaman persendirian yang boleh menjadi tempat anak-anak bermain dan berlari tanpa mengganggu mereka yang lain.

Villa percutian yang sesuai untuk keluarga yang ramai ini menawarkan harga berpatutan dan boleh ditempah melalui airbnb di sini.



Homestay menarik dekat Legoland

Homestay menarik dekat Legoland











Tiada ulasan:

Catat Ulasan