Hotel menarik di Kuching - best, selesa dan strategik!

Seringkali, percutian keluarga ke Kuching, Sarawak meninggalkan memori menarik buat anak-anak mahupun orang dewasa yang berkunjung. Manakan tidaknya, ibu negeri Sarawak ini sememangnya menawarkan pengalaman percutian unik yang tidak terdapat di tempat-tempat lain. Tarikan-tarikan pelancongan dan budaya tersendiri di sini sentiasa mempesonakan para pelancong. Belum lagi bercerita tentang keunikan makanan tempatan dan semestinya kek lapis dan ikan terubok masin yang sudah menjadi ole-ole wajib buat mereka yang berkunjung ke ibu negeri Bumi Kenyalang ini.

Sebagai tempat pelancongan popular, Kuching menawarkan banyak kemudahan penginapan untuk keselesaan para pelancong. Di sini, disenaraikan 6 hotel menarik yang boleh anda jadikan pilihan penginapan jika membawa keluarga dan anak-anak bercuti di sini!      


Senarai hotel murah, menarik dan selesa di Kuching


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)          


1. Pullman Hotel, Kuching

Terletak di kawasan tinggi tidak jauh dari Kuching Waterfront, Pullman Hotel sememangnya kelihatan gah dari kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di ibu negeri Bumi Kenyalang ini. Jenama hotel bertaraf lima bintang yang tidak asing lagi ini menawarkan bilik penginapan yang selesa untuk kunjungan anda sekeluarga ke Kuching. Selain pilihan bilik famili, hotel ini turut mempunyai bilik bersambung atau attached room untuk kemudahan mereka yang berkunjung bersama anak-anak. (Baca lebih lanjut catatan penginapan percutian keluarga di Pullman Hotel, Kuching)

Jangan lupa untuk menyemak harga Pullman Hotel, Kuching di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian anda!


Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching
Pullman Hotel, Kuching



2. Hotel Grand Margherita 

Dahulunya di bawah pengurusan Holiday Inn, lokasi Hotel Grand Margherita adalah strategik bukan sahaja kerana ianya terletak di pinggir Sungai Sarawak, malah ia terletak betul-betul berhadapan dengan patung kucing yang menjadi simbol ibu negeri wilayah terbesar di Malaysia ini. Selain daripada itu, hotel menarik ini juga menawarkan kemudahan shuttle ke  Sarawak Cultural Village, iaitu sebuah perkampungan budaya yang menjadi tarikan wajib pelancong ke Kuching.

Walaupun telah agak lama beroperasi, Hotel Grand Margherita tetap menyediakan bilik penginapan yang selesa dan kemudahan lain seperti kolam renang dan gym selain kawasan permainan kanak-kanak untuk tetamu kecil meluangkan masa. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga Hotel Grand Margherita di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda.

Nota: Hotel Grand Margherita mempunyai sister hotel, iaitu Riverside Majestic Hotel yang terletak hanya walking distance dari hotel menarik ini. Walaupun interior Riverside Majestic Hotel dikatakan agak outdated, ia popular kerana lokasi, kemudahan rekreasi seperti gym dan kolam yang disediakan dan paling utama ialah harga yang rata-rata lebih affordable. Semak harga Riverside Majestic Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia jika berminat untuk ke sini.


Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching
Hotel Grand Margherita, Kuching


Hotel menarik back to nature sekitar Kuching



3. Hotel Hilton, Kuching

Terletak di kedudukan yang dianggap antara lokasi terbaik di Kuching, Hotel Hilton menawarkan penginapan yang selesa lengkap dengan kemudahan rekreasi seperti kolam renang dan gym untuk percutian anda ke ibu negeri Sarawak ini. Walaupun telah berusia hampir tiga dekad, hotel menarik ini masih menjadi pilihan popular para pelancong disebabkan lokasinya yang bukan sahaja memudahkan para pelancong menerokai tempat-tempat menarik popular, malah mencari tempat menjamu selera dan mendapatkan barang keperluan lain. Hanya dipisahkan dari Kuching Waterfront oleh sebatang jalan, lokasi Hotel Hilton turut menawarkan pemandangan menarik sungai yang popular di kalangah pelancong dengan aktiviti river cruise ini terutamanya jika anda memilih bilik dengan pemandangan river view.

Untuk menjadikan hotel menarik ini sebagai pangkalan anda menerokai tempat-tempat menarik di sini, jangan lupa untuk menyemak harga Hotel Hilton di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda akan datang!


percutian keluarga menarik di Kuching

percutian keluarga menarik di Kuching

percutian keluarga menarik di Kuching
Hotel Hilton, Kuching



4. The Waterfront Hotel

Daripada namanya sahaja, sudah tentu anda dapat mengagak di mana hotel ini terletak - sangat obvious! Lokasi yang berdekatan dengan tempat tumpuan pelancong begini sudah tentu menjadi kriteria penting kebanyakan pengunjung. Bukan tu sahaja, hotel menarik yang bersambung dengan mall yang mempunyai department store seperti Parkson dan kedai-kedai menjamu selera ini sememangnya memudahkan para tetamu semasa percutian mereka.

Selain itu, The Waterfront Hotel juga lengkap dengan kemudahan seperti gym dan kolam renang buat anda beristirahat. Tidak seperti di kebanyakan hotel lain, kolam renang di sini disediakan di kawasan berbumbung, namun dalam masa yang sama overlooking pemandangan indah Sungai Sarawak. Ini juga memberi kelebihan untuk anak-anak meluangkan masa di kolam jika keadaan cuaca tidak mengizinkan anda membawa mereka keluar bersiar-siar.

Jika ingin menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga The Waterfront Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia dan pastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda yang dirancang!


percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching
The Waterfront Hotel, Kuching



5. Batik Boutique Hotel

Popular di kalangan penggemar penginapan berkonsepkan butik hotel, Batik Boutique Hotel menyediakan penginapan menarik yang selesa berdekatan Kuchihg Waterfront yang sememangnya tidak asing lagi di kalangan pelancong yang berkunjung ke Kuching, Sarawak. Terletak di kawasan shoplot, hotel menarik berkonsep butik ini menawarkan suasana penginapan unik, berlainan dengan hotel-hotel yang lebih dianggap mainstream di sekitar sini. Walaupun tidak mempunyai kemudahan seperti kolam renang dan gym, keistimewaan hotel butik ini terletak pada kemesraan staffnya sehingga ramai tetamu di sini merasakan seperti bertandang ke rumah sahabat rapat. Jika anda berkunjung bersama anak-anak, pilihan connecting room turut disediakan untuk keselesaan percutian anda.

Seperti hotel-hotel lain yang terletak di kawasan ini, lokasi hotel menarik ini juga memudahkan anda bersiar-siar di Kuching Waterfront, menaiki river cruise, ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis dan mencari tempat menjamu selera mahupun mencari keperluan. Walaubagaimanapun, parking boleh menjadi masalah jika anda berkenderaan memandangkan kawasan parking yang disediakan adalah sangat terhad.

Jika ingin merasai pengalaman menginap di hotel butik ini, jangan lupa untuk menyemak harga Batik Boutique Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda yang akan datang.


Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching
Batik Boutique Hotel, Kuching



6. Citadines Uplands Kuching

Mengetengahkan konsep service apartment, Citadines Uplands Kuching menjadi pilihan percutian keluarga, terutamanya untuk mereka yang lebih suka menyediakan sendiri sedikit juadah untuk anak-anak ketika bercuti. Pilihan penginapan jenis studio dan apartment satu atau bilik di sini lengkap dengan bilik air, kawasan common untuk keluarga bersantai bersama dan juga kitchenette yang legkap dengan kemudahan memasak asas. Di samping itu, hotel menarik ini juga lengkap dengan kemudahan kolam renang dan gym selain terletak berhampiran dengan shopping mall yang boleh diakses melalui overhead bridge.

Hotel ini bagaimanapun tidak terletak berhampiran kawasan Kuching Waterfront. Lokasinya adalah kira-kira 10 ke 15 minit berkenderaan ke kawasan yang popular sebagai tempat tumpuan pelancong ini. Oleh itu, adalah lebih membantu jika anda mempunyai kenderaan jika memilih untuk menginap di sini untuk memudahkan anda membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik semasa percutian.

Jika memilih untuk menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga Citadines Uplands Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa kunjungan anda nanti!


Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching

Percutian keluarga menarik di Kuching
Citadines Uplands, Kuching


Tiada ulasan:

Catat Ulasan