Cuti-cuti Sabah: Kinabalu Pines Resort

Kinabalu Pine Resort hotel review
Bilik di Kinabalu Pines Resort (foto: Agoda.com)

Bangun awal pagi untuk menikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu terus dari beranda bilik anda - itulah keistimewaan menginap di Kinabalu Pines Resort, Kundasang, Sabah. 

Pencarian online untuk penginapan di Kundasang akhirnya membawa kami ke Kinabalu Pines Resort. Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dengan pilihan resort dua bintang ini.

Kemudahan di resort ini adalah basic dan biasa-biasa sahaja, namun, keindahan alam semulajadi yang ditawarkan sangatlah awesome! Perkarangan yang dijaga bersih dan pokok-pokok pines yang menghiasi persekitaran resort ini membuatkan hati berasa tenang dan damai.



Senarai hotel menarik pelbagai konsep di Kundasang-Ranau


Hotel menarik Kundasang-Ranau
Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Di sebelah petang, kami membawa anak-anak ke playground kecil di perkarangan resort ini. Tidak ramai kanak-kanak di playground ketika itu, dan playground itu sendiri kelihatan seperti jarang digunakan. Saya tak pasti kenapa. Mungkin pengunjung lebih suka meluangkan masa bersiar-siar, atau kedudukan taman permainan itu sendiri yang agak ke bawah dan sedikit tersorok. Walau bagaimanapun, permainan yang ada di situ masih dalam keadaan baik dan seperti biasa, anak-anak kami sentiasa seronok setiap kali berpeluang ke taman permainan.


Lihat harga Kinabalu Pine Resort di AGODA dan EXPEDIA. Semak untuk tawaran terbaik percutian anda.


Bilik penginapan kami bersambung dengan bilik bersebelahan dan setiap bilik juga mempunyai anjung atau beranda sendiri. Pada sebelah malam, kami ke pekan Kundasang yang terletak tidak jauh dari resort untuk membeli ayam KFC dan makan di anjung di hadapan bilik sambil menikmati pemandangan alam semulajadi di waktu malam. 

Buffet sarapan adalah biasa tetapi memuaskan. Parking tidak menjadi masalah kerana parking disediakan berdekatan dengan bilik penginapan.

       
Jika ada perkara yang perlu diberi perhatian adalah kedudukan Kinabalu Pines Resort yang dibina di kaki gunung. Disebabkan kedudukan resort ini, saya mendapati jalan menuju ke bilik adalah agak curam. Oleh itu, jika anda membawa anak-anak kecil yang aktif, anda perlu lebih berhati-hati ketika berjalan-jalan di perkarangan hotel atau turun ke restoran untuk bersarapan.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...