Mengajar anak menulis: Free letter stroke / line worksheets


letter stroke worksheet

Dalam usaha mengajar anak-anak menulis, saya suka mencari cara untuk memancing mereka untuk membuat kerja yang diberi. Dalam usaha mempelajari letter stroke, saya perhatikan anak-anak saya cepat bosan apabila disuruh mengikut garis-garis yang banyak terdapat dalam kebanyakan buku-buku writing untuk kanak-kanak. Mereka akan hanya trace beberapa garis - itupun setelah puas dipujuk. Kemudian, tinggalkan kerja dan bermain.

line tracing worksheet
Anak-anak saya cepat bosan
apabila disuruh trace garisan-
garisan seperti ini
Seperti kebanyakan kanak-kanak lain pada usia prasekolah, anak-anak saya suka mewarna dan 'melukis' (atau menconteng?) walaupun tidak suka membuat latihan letter stroke atau line tracing. Walau bagaimanapun, sebagai persediaan menulis, saya percaya latihan letter stroke atau line tracing ini adalah amat penting. Ini adalah kerana, apabila mereka sudah mahir membuat garisan-garisan atau letter stroke, lebih mudah untuk mereka belajar menulis pada masa akan datang.

Dalam usaha memancing anak-anak, saya cuba menggunakan kegemaran mewarna dan 'melukis' ini untuk melatih mereka membuat letter stroke. Saya menggunakan latihan-latihan yang menggabungkan garisan-garisan letter stroke ke dalam gambar dan lukisan. Setiap kali mengajak mereka membuat latihan, saya akan memberitahu mereka yang kami akan melukis dan mewarna bersama-sama. Dengan cara ini, anak-anak merasakan yang mereka sedang melukis dan mewarna dan bukan belajar menulis. Alhamdulillah, cara ini menjadi dengan kesemua anak-anak saya. Malahan, mereka amat sukakannya dan meminta lebih banyak latihan 'melukis' dan mewarna ini.

Oleh itu, untuk melatih mereka, selain mencari latihan-latihan dan bahan-bahan di internet dan buku-buku, saya juga telah cuba menyediakan beberapa latihan mengikut minat mereka seperti keretapi, belon dan sebagainya. Jika anda sedang mencari latihan letter stroke, feel free untuk menggunakan latihan-latihan di bawah yang saya sediakan ketika melatih anak-anak. Moga bermanfaat.  


Download free vertical line worksheet:


Download free horizontal line worksheet:
2. Yachts 


Download free diagonal line worksheet:


Download free curved line worksheet:
4. Smiling jellyfishes


Download free circle worksheet:
1. Juggling clown
2. Blooming flowers
3. Cheesy treat 


Related: Mengajar anak membaca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan