English Cottage di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highland (sumber foto: cameronhighlandsinfo.com) |
Hotel menarik ala-Inggeris di Cameron Highlands
Sebelum ini, kami pernah menginap di hotel dan homestay yang banyak terdapat di Cameron Highlands. Cuma kali ini kami berpeluang menginap di English Cottage yang terletak di Taman Pertanian Agrotek MARDI. Inilah pertama kali kami menginap di sana. Bukan senang nak menempah cottage ini. Sentiasa penuh tiap kali mencuba. Macam pisang goreng panas!
Ada dua unit yang boleh ditempah. Satu unit mempunyai 2 bilik, manakala satu lagi mempunyai 3 bilik. Kami menempah unit dengan 2 bilik. Kedua-dua unit ini terletak sebelah-menyebelah, seperti unit rumah berkembar dua tingkat. Oh, ya... anda tak perlu bekerja dengan MARDI untuk menempah. Penginapan di English Cottage ini terbuka kepada orang awam.
Ruang rehat, ruang makan dan dapur terletak di tingkat bawah. Ruang rehat dilengkapi sofa dan televisyen flat screen sesuai untuk keluarga berkumpul dan bersantai bersama-sama. Dekorasi ala Inggeris di cottage ini ringkas tetapi menarik dan selesa. Ruang makan dilengkapi meja dan kabinet sementara dapur dilengkapi peti sejuk dan kelengkapan asas memasak sesuai untuk mereka yang bercadang untuk memasak sayur-sayuran segar di tanah tinggi ini. Salah satu tandas juga terdapat di tingkat bawah, namun anak-anak kami tak menggunkannya. Walaupun masih terletak di kawasan unit ini, tandas ini tidak bersambung dengan bahagian dalam rumah. Jadi anda perlu keluar pintu rumah untuk ke tandas ini. Seperti yang telah dijangka, anak-anak kami takut untuk menggunakannya. Hhmmm... anak-anak sekarang!

Anak-anak seronok bermain bersama-sama di ruang rehat |
Salah satu sudut di ruang rehat |
Ruang makan |
Dapur dengan kelekapan asas memasak |
Bilik tidur terletak di tingkat atas dengan Kedua-duanya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen. Selain itu, bilik tidur master juga mempunyai sofa dan set televisyen lama yang masih berfungsi. Shared bathroom juga disediakan lengkap dengan water heater. Penginapan ini tidak mewah, tetapi menarik dan selesa untuk percutian sekeluarga. Apa lagi ia terletak di dalam kawasan MARDI, oleh itu penginapan ini boleh dikatakan sedikit tersisih dari kesibukan terutamanya ketika ramai pengunjung ke Cameron Highland semasa cuti sekolah.
Sofa di bilik tidur master |
Bilik tidur kedua. Tuala dan sejadah disediakan oleh pihak MARDI |
Hotel menarik mesra bajet di Cameron Highlands
Pondok rehat di hadapan cottage |
Pertama kali mengadakan barbeque |
Pilihan family hotel terbaik untuk percutian keluarga di Cameron Highlands
Tetamu English Cottage tidak dikenakan bayaran untuk ke Taman Agroteknologi MARDI. Oleh itu, anda tidak perlu membeli tiket untuk masuk ke taman ini. Kepada yang membawa anak-anak, jangan lupa merasa aiskrim strawberry dan strawberry celup coklat di Taman Agroteknologi ini. Sedap dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Jika anda berminat untuk menginap di sini, pastikan anda melakukan tempahan awal. Ketika ke sana, kami hanya bernasib baik kerana ada tetamu yang membatalkan tempahan mereka pada tarikh percutian kami. Menurut staff di sana, untuk musim cuti persekolahan, tetamu kebiasaannya menempah seawal enam bulan sebelum tarikh penginapan!
Untuk menempah, anda boleh menghubungi pihak MARDI Cameron Highlands di 05-4911255, atau klik di sini untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan