Bookxcessonline.com: Buku bahasa Inggeris online pada harga diskaun

buku online murah Malaysia
(sumber foto: bookxcessonline.com)

Jika sebelum ini saya berkongsi tentang bookcafe.com.my di mana anda boleh membeli buku-buku bahasa Melayu secara online, kini, saya ingin berkongsi mengenai website di mana anda boleh membeli buku-buku secara online - pada harga diskaun.

Saya mengetahui tentang bookxcessonline.com secara kebetulan semasa mencari buku yang diminta oleh anak-anak saya. Untuk buku-buku dalam bahasa Melayu, kebiasaannya saya akan membeli di bookcafe.com.my, namun untuk buku Bahasa Inggeris, kebiasaannya saya akan mencari di kedai buku. Sesuatu yang agak memeningkan saya ialah buku-buku Bahasa Inggeris yang diminati anak-anak kebanyakannya adalah buku import menjadikan harganya tinggi, selain kadang-kadang kami perlu ke beberapa buah kedai buku hanya untuk mencari sesuatu tajuk. Disebabkan letih ke sana-ke mari, saya mula berfikir jika ada kedai buku online yang menjual buku-buku tersebut. Setelah meng-google, akhirnya saya telah berkenalan dengan bookxcessonline. Bukan sahaja mereka mempunyai banyak koleksi buku, buku-buku tersebut dijual pada harga jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai buku. Alhamdulillah! Bayangkan, ada buku yang saya beli di kedai pada harga RM49.95 sebuah, dijual di sini hanya pada harga RM17.90. Sangat jauh perbezaannya!

Memang diakui bahawa tak semua buku dijual pada potongan harga yang banyak seperti itu. Tapi, yang pasti, kesemuanya di jual pada harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kedai buku. Tambahan pula, jika jumlah pembelian anda melebihi RM100, automatik anda mendapat keahlian di mana anda akan mendapat further diskaun pada pembelian akan datang. Bagi saya, ia memang berbaloi dan sangat membantu kami berjimat.

Bagaimana dengan servis mereka? Excellent! Penghantaran juga pantas... memang mudah. Bukan itu sahaja, buku-buku yang diterima juga dalam keadaan baik dan dibungkus dengan cermat.

Bagaimana buku-buku ini dijual pada harga murah? Saya mengakui yang saya sendiri pada awalnya berfikir jika buku-buku tersebut adalah buku secondhand. Maklumlah, perbezaan harganya sangat ketara. Namun, sangkaan saya rupanya meleset sama sekali. Buku-buku yang dijual bukanlah secondhand, jauh sekali buku-buku yang rosak. Sebenarnya, pihak bookxcessonline mampu menjualnya pada harga jauh lebih murah kerana buku-buku tersebut adalah buku lebihan atau overprinted books. Untuk mengurangkan kerugian, publisher akan menjual buku-buku ini secara pukal pada harga yang sangat murah. 


buku online di Malaysia
Contoh tanda yang diletakkan oleh publisher


Sesuatu yang perlu difahami mengenai overprinted books adalah kadang-kadang publisher akan meletakkan tanda pada buku-buku lebihan ini (sila lihat pada gambar di atas). Walaubagaimanapun, bukan semua buku lebihan ditanda. Oleh itu, jika anda menerima buku dengan tanda seperti di atas, janganlah pula menyangka ia adalah buku secondhand yang telah diconteng oleh pemilik asal atau buku yang rosak. Secara peribadi,  saya tidak kisah dengan tanda-tanda yang sedikit ini, berbanding diskaun yang banyak diperolehi. Masih amat berbaloi. Namun, jika anda tidak suka dengan sebarang tanda seperti ini, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum membeli di sini. Tepuk dada, tanyalah selera!


(Bookexcess juga mempunyai kedai retail di Armcorp Mall Petaling Jaya, Starling, Fareinheit88 Kuala Lumpur dan SS15 Courtyard Subang Jaya)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan